Pregnancy Life: Carpal Tunnel Syndrome

by - Friday, November 01, 2013

Assalamualaikum

Pernah dengar x pasal ni? Or worse, penah mengalaminya x?


Ecah masa x pregnant lg ade pernah kena simptom Carpal Tunnel Syndrome ni..Memang seksa la..tapi ape CTS ni?buat yg xtahu:


Sindrom Karpal Tunnel  berlaku apabila saraf median, yang berhubung dari lengan ke tapak tangan, menjadi tertekan di pergelangan tangan. Saraf median yang mengawal sensasi/rasa ke tapak tangan dan jari-jari, serta kepada beberapa otot kecil di tangan yang membolehkan jari-jari dan ibu jari untuk bergerak. Karpal tunnel -, iaitu laluan kecil ligamen dan tulang di kaki tangan - menempatkan saraf median dan tendon. Kadang-kadang, penebalan daripada tendon jengkel atau bengkak lain terowong sempit dan menyebabkan saraf median untuk dimampatkan. Hasilnya boleh menjadi sakit, lemah atau kebas di tangan dan pergelangan tangan, terpancar sehingga lengan. 


Senang kata, bila laluan darah di pergelangan tangan terblock, atau jadi sempit ia akan menyebabkan cecair di tapak tangan dan jari kita ni termampat dan menekan saraf-saraf deria dan menyebabkan deria rasa kita akan terlebih sensitif dan jari rasa kebas, menyucuk2 dan sakit...


Biasanya rasa kebas ni akan kerap berlaku pada waktu malam atau sejurus lepas kita bangun tidur..


Bagi wanita mengandung, sindrom ni memang berkemungkinan besar akan berlaku bila dah mencecah masuk 2nd trimester, di mana badan kita akan menggunakan/menyimpan cecair yang banyak dan menyebabkan tangan/kaki sembab..Bila cecair tersimpan dah banyak, ketika itulah cecair tersebut akan menekan saraf-saraf di jari dan tapak tangan sehingga mewujudkan rasa kebas, sakit dan menyucuk2 di tapak tangan dan jari..Boleh jadi lebih teruk apabila ia menyerang sampai ke lengan..


Simptom ni akan hilang selepas anda bersalin....huhu


Ecah memang tengah mengalami CTS ni sekarang..setiap hari bangun tidur akan rasa kebas, kadang-kadang akan terjaga tengah malam sebab rasa sakit..boleh jadi masa tengah buat kerja, masa dalam kelas or masa tengah drive..seksa woo..nak nangis rasa sebab dia buka setakat kebas or sesemut jek..dia sakit menyucuk dan ada masa bila kita nak garu badan dgn tangan yg tengah kebas tu, jari xleh nak dibengkokkan pon...teruk!


Apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan rasa sakit ni?


Kenalpasti aktiviti apa yang boleh menyebabkan kebas2 ni datang dan cuba elakkan..kalo ecah, masa tengah menaip kat keyboard or masa tengah drive ecah pegang tombol gear tu..kan die gegar (kereta manual) so rasa sakit tu akan datang..tapi bila dh macam ni, sakit tu akan datang bila2 pon..x tentu..so kena tahan jela..


Masa tidur, elakkan baring atas tangan dan jangan tindih tangan tu..ecah pulak kena bukak gelang, abg gambo x bagi mende2 yg boleh menyekat peredaran darah..pastu kalau rasa tu mcm ade hint2 nak jadi, ecah akan goyang2 kan tangan or kepal tangan, lepas dan buat berulang kali supaya rasa tu hilang..yang paling cepat, ecah sapu ubat panas, FLANIL, doc penah bagi masa ecah kena simptom ni masa belum pregnant dulu..bila tangan rasa panas, slow2 rasa kebas tu hilang..pastu tangan sejuk jek...huhu


Lepas ni nak kena cari lagi FLANIL tu sebab sekarang memang kerap gila kebas tangan tu datang..Masya-Allah seksa sunggu..sampai tengah2 malam kejut abg gambo suh die picit2 tangan..bangun pagi jek mula la merengek skit tangan..sabar jek pakcik tu kelam kabut cari flanil nak sapu..ni tengah taip keyboard ni dah kebas la ni..nak kena taip cepat2 ni..hehe


Ape2 pon, yang terbaik consult la dulu dengan doktor ye..nanti senang kita pon jelas, hati pon lega..ecah plan kalo x jumpa flanil nak belasah pakai losyen mustajab jek..hehe..


Ada sapa2 pernah rasa mcm ni masa pregnant?  



Be Healthy, Be Happy!


Sekian..xoxo-ecahdenan



You May Also Like

0 comments