Student Life: Penangguhan Pinjaman MARA

by - Wednesday, March 05, 2014

Assalamualaikum

Ha..banyak sangat dok cerita pasal baby..kali ni nak cerita sikit pasal study..walaupun skang dalam cuti bersalin (even belom bersalin..hehe)

Alhamdulillah..semalam settle jugak urusan nak menangguhkan pengajian dengan pihak MARA..if korang student yang membuat pinjaman dengan MARA, kena alert dengan syarat dan perjanjian tau..nanti mula la gelabah ayam..hehe..macam ecah agak lambat sikit menguruskan penangguhan ni sebab berat badan (kata boboyot..haha)

1. Pertama sekali ecah pergi ke fakulti dan isi borang nak menangguhkan pengajian, ecah sediakan sekali surat yang mengatakan ecah mohon untuk tangguh pengajian atas sebab-sebab tertentu (format sila rujuk fakulti/penyelia program masing-masing)..bagi kes saya of course la sebab cuti bersalin...bagi yang tangguh sebab cuti bersalin tu kena mintak surat dari doktor yang biasa korang follow-up, biar doktor tu sahkan yang korang sedang mengandung dan dijangka akan bersalin pada sekian-sekian hari...bila dah setel isi borang tangguh, kepilkan surat sendiri dan surat dari doktor..tunggu aje surat dari pihak universiti/fakulti yang menyatakan korang dibenarkan tangguh atau tak...(biasa dia bagi la kan kalau sebab nya kukuh)

2. Bila dah dapat surat maklum balas dari universiti/fakulti, buat pulak surat untuk pihak MARA dan nyatakan sebab yang sama, kemudian kepilkan surat doktor, dan surat kelulusan dari fakulti..dah ada 3 jenis surat ni, boleh la pos ke pejabat MARA atau nak senang dan cepat, pergi ke bangunan MARA, naik eskelator ke tingkat 2, nanti nampak signboard tunjuk kaunter khidmat pelanggan Bahagian Penganjuran Mara..ambik nombor untuk pelajar dalam negara/pelajar luar negara/permohonan baru..bila nombor dah naik, nyatakan la tujuan korang tu...nanti pegawai yang berkenaan akan cek surat, cop sah diterima and DONE! Boleh balik dahhhh..hehe

Ecah update berkenaan surat ni di post baru. Itu je dokumen yang ecah ada. So nak gunakan copy, paste dan ubah nama jela serta details sebab korang tangguh tu. Harap membantu. Rujuk POST BARU

NAMA ANDA,
Alamat Anda,
Pahang Darul Makmur.

Bahagian Penganjuran Mara,
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur.                                                                                             Tarikh Surat Anda

Tuan/Puan,

PERMOHONAN MENANGGUHKAN PENGAJIAN

Merujuk perkara di atas, saya NAMA ANDA (IC ANDA) ingin memohon untuk menangguhkan pengajian bagi sesi pembelajaran semester (SESI BILA NAK TANGGUH).

1- NYATAKAN SEBAB. NYATAKAN MAKLUMAT RINGKAS DIRI

Peringkat : 
Kursus : 
IPT : 
No Akaun Pelajar: SEMAK SURAT TAWARAN


3. Please be alert yang korang kena buat satu surat lagi dalam sebulan atau paling lewat 2 minggu sebelum mendaftar masuk sem baru selepas abis tempoh penangguhan...surat ni untuk memaklumkan yang korang dah nak masuk mendaftar semula bagi sesi baru dan pihak MARA boleh sambung pembiayaan yang dah ditangguhkan sebelum ni..pegawai hari tu advise 2 minggu sebelum..tapi bagi ecah better la sebulan awal bagi mengelakkan duit lambat masuk dan bakal kekeringan sumber pendapatan di awal semester..hehe

Alhamdulillah urusan yang dibuat senang dan pantas..sekarang boleh fokus untuk little one exclusively for 6 month sebelum start new semester..itu pun rasa bertuah sangat sebab masih lagi student, jadual takde la pack sangat dan tak perlu la tinggalkan little one office hour...tinggal masa hari ade kelas jek...Alhamdulillah

Semoga sisa-sisa hari ni berjalan lancar..tak sabar berjumpa si kecik yang aktif sangat dalam perut ni!wheee

Be Healthy, Be Happy!

Sekian..xoxo-ecahdenan

You May Also Like

14 comments

  1. Assalamualaikum ecah.. ohh kena buat surat penangguhan ekk. sheila taktahu pasal takda sambung study lepas spm tu. heheee ~~~

    ReplyDelete
  2. rindu pulak zaman2 blaja dulu hehe

    ReplyDelete
  3. contoh yang menarik..nak contoh surat penuh leh tak.. Ni email sy nurliyana274@gmail.com.. Tq

    ReplyDelete
  4. Salam ecah. Terima kasih untuk maklumat yg sangat berguna ni. Kalau sy nak contoh surat penuh juga boleh? Ni emel sy, rajadyana@gmail.com. Terima kasih ecah. :-)

    ReplyDelete
  5. Salam, boleh email kan saya contoh surat untuk daftar masuk ke semester baru selepas penangguhan? Email: sarahaliya4@gmail.com thank you :)

    ReplyDelete
  6. Salam, boleh email kan saya contoh surat tangguh belajar untuk mara ? Dan untuk daftar masuk ke semester baru selepas penangguhan? Email:iedanajipaaa97@gmail.com thank you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Maaf terlambat, saya dah email surat tersebut. Nasib tergerak hati bukak blog. :)

      Delete
  7. Salam,sis penangguhan ni boleh by post x?sbb xde masa untuk pergi ke HQ mara

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, rasanya saya pun buat by post juga. Tapi pastikan call and check dieorg dah terima atau x surat tu.

      Delete
  8. Salam sis, boleh emailkan tak segala surat yg berkenaan tangguh belajar dan tangguh pinjaman mara serta surat nk sambung balik pinjaman tu? Email saya nurariessajamil98@gmail.com

    ReplyDelete
  9. Salam sis, boleh tak emailkan semua surat tangguh belajar, tangguh mara & surat nk sambung balik mara? Email sy nurariessajamil98@gmail.com

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum sis, maaf ganggu. Kalau tak keberatan boleh ke saya dapatkan contoh surat untuk penangguhan belajar, surat yang perlu diserahkan kepada pihak Mara dan surat untuk sambung semula pinjaman Mara tu? Ini email saya ya. Thank you in advance 🫶🏻 nurulhayatimohdzamri@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Maaf sebelum ni saya ada juga share surat pd orang yang bertanya, tapi hari tu saya clear email habis hilang semua dokumen. Tapi cuba rujuk post saya https://ecahdenan.blogspot.com/2023/02/update-surat-penangguhan-semesterbelajar.html dan try copy paste mana yang perlu dan adjust ikut kesesuaian. Harap membantu.

      Delete