Assalamualaikum
Kali ni ecah meng'google pulak pasal boleh tak kalau kita nak baca ayat-ayat Al-Quran ketika dalam keadaan keluar darah nifas ni...dulu-dulu masa kat asrama bila haid di bulan puasa aktiviti khatam Al-Quran lepas solat Asar kiteorg tak gi..tapi kena duduk kat dewan makan ngn kawan-kawan lain yg peot sambil baca Al-Mathurat..Al-Mathurat ni koleksi ayat-ayat Al-Quran, zikir dan doa...baca la ramai-ramai sambil di lead oleh sape2 yang terpilih hari tu..(seronok dan terkenang pulak aktiviti asrama)
So, haid dan nifas ni sama jugak la kategorinya...kita tak boleh solat dan jugak baca Al-Quran..jadi ecah pon nak tahu la jugak samada boleh tak kalau nak baca Al-Mathurat or doa-doa yang patut..al-maklum la masa berpantang ni kita dalam keadaan kotor dan tak suci kan..macam-macam boleh dekat..anak pon macam-macam nak mengganggu..tak kan la xde pelindung rohani..tambahan pulak, dugaan hati dan perasaan masa berpantang ni kuat sangat..dengan stress, anak menangis malam, tak boleh tido lagi..memang diri kita sendiri akan rasa stress, nak nangis, nak marah, nak mati semua ada lah...ha masa ni la orang kata nak jadi meroyan or dalam bahasa saintifik nye post-partum depression
Habis, tak kan takde ape yang boleh kita buat sebagai makanan rohani kan...sekurang-kurangnya untuk tenang kan hati...takde la rasa kosong, nak menung je..memang ada orang jadi macam ni tau..meroyan tu bukan takat mitos2 ugutan orang zaman dulu..memang diakui oleh kajian saintifik lagi..sila la google..kui3
Mengikut apa yang ecah baca dan faham...masa dalam keadaan bernifas ni kita masih lagi boleh baca ayat-ayat Al-Quran dengan niat nak berdoa dan berzikir...tak ade masalah..baca la ayat-ayat yang kita dah biasa amalkan dan dah hafal..ada jugak pendapat mengatakan cuma perlu baca dalam hati dan tak perlu keluar sebutan...kalau ikut ulama syafie dan hanafi memang tidak dibolehkan langsung nak baca..kalau ulama maliki pulak masih dibenarkan...setakat surah-surah yang dah memang dihafal, dengar bacaan dari qari or qariah ke...takde masalah..
Kesimpulannya, walaupun dalam keadaan berhadas macam tu kita masih boleh beribadat dan kumpul pahala Insya-Allah..untuk lindungi diri dan anak yang bakal dilahirkan jugak kan..yang penting, walaupun tak dapat beribadat sepenuhnya, hati kita tak kosong tanpa apa-apa makanan rohani...
Macam biasa, untuk fakta yang lebih telus dan terperinci, rujuk kat sini dan sini...yang kat atas tu ecah simpulkan saje untuk pemahaman peribadi..
Be Healthy, Be Happy!
Sekian..xoxo-ecahdenan
2 comments
betul tu ecah..dlm apa jua keadaan...kita perlu igt DIA...
ReplyDeleteAssalamualaikum ecah. thanks up-kan entri pasal ni.. sheila pun terfikir pasal ni..
ReplyDelete