07 March 2014

Pregnancy Life: Solat Ketika Hampir Bersalin

Assalamualaikum

Dalam menanti hari-hari nak melahirkan ni, persiapan fizikal rasanya semua ready dah...(kira ready la tu baju semua dah ade..bab2 ready nak meneran tu belom..hihi)..Jadinya skang nak mempersiapkan diri dengan persediaan rohani pulak...kalau dalaman tak kuat, minda tak sedia, alamatnye nanti riuh rendah la kan kat wad tu..orang sakit ni bila dah sakit memang tak fikir dah..mulut laju semacam jek...hehe..ecah dengar cerita-cerita orang yang dh bersalin la..berdasarkan pengalaman dan pemerhatian dieorang..

So isu yang pertama ecah duk google2 ni pasal solat ketika kita dah betol2 nak bersalin..al-maklum la masa tu dah sakit sangat..ada yang kata darurat la ape la kan...Islam ni mudah dan memudahkan, tapi tak menghalalkan kita untuk sewenang-wenangnya tinggalkan solat..

Berdasarkan apa yang ecah faham dan baca dari kebanyakan blog..even air ketuban dah pecah kita tetap wajib solat...bila lendiran darah ade keluar (tanda nak bersalin) beserta kontraksi nak bersalin dah rasa pon, kita wajib solat jugak..masa sakit nak tunggu bukaan, sakit macam mana pon perlu tunaikan kewajipan solat walaupun dalam keadaan duduk, atau baring..

Ada sesetengah ibu mengandung mengalami situasi yang dia dah sakit sangat, darah pon keluar banyak atas katil sampai kotor semua, nak solat tapi doktor tak bagi bergerak sebab takut memudaratkan dia..ade jugak kes macam ni tau...so, dalam keadaan kotor dengan darah macam tu, if mampu lap sikit darah lap la...kalau ade air even sebotol pon sapu kat bahagian yg wajib as wudhuk..pastu duduk atau baring ikut kemampuan, dan tunaikan lah solat...itu kira darurat sangat dah sebab nak tukar cadar pon xleh nak ke toilet tukar kain pon xleh..jadi sucikan diri sebanyak mana yang mampu..

Itu mental note untuk ecah sendiri..nanti pecah air ketuban ke, ade lendir2 sikit ke..sakit uh ah uh ah nak tunggu bukaan sementara belom masuk labour room ke, kena solat jugak..so sebelah katil standby air mana la tau masa tu xde suami nak teman sebab bukan masa melawat..kalau dapat pulak doktor kata xleh gi tandas ke ape ke kan...tapi kita kat Malaysia yg kebanyakan nurse pon Islam, bila kita kata nak solat Insya-Allah semestinye dieorg faham..

Kat sini ecah lampirkan sikit sumber bacaan ecah tu untuk korang baca..boleh baca kat sini untuk fakta yang lebih tersusun dan kat sini jugak...yang ecah tulis tu secara ringkas ikut kefahaman sendiri...


Be Healthy, Be Happy!


Sekian..xoxo-ecahdenan

4 comments:

  1. bgs la ecah ni..semoga dipermudahkan buat ecah

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum ecah.. ohh even tengah sakit contraction still to solat ya. thanks dear for info. sheila ingatkan kalau darah dah keluar sikit, tak perlu solat. in shaa Allah, peringatan berguna untuk Muslim..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...baru tau pasal info ni...thanks ye.. ingat kuar je darah ngan lendir2 tu memang x boleh nk solat dah

    ReplyDelete

© Aisyah Adnan 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis