UPDATE: SURAT PENANGGUHAN SEMESTER/BELAJAR

by - Wednesday, February 01, 2023

ASSALAMUALAIKUM AND HAPPY 2023!


Its been almost 8 years since ecah habis belajar di UKM. Dan ecah juga pernah share pengalaman ecah tangguh semester sebab mengandung dan nak bersalin. Sejak tu, ramai juga adik2 yang bertanya cara dan minta contoh surat. Maaf ye ecah jarang bebeno buka blog dan sometimes ada yang directly email, ecah pun share juga la.

Since dah berkali-kali tukar laptop/PC maka surat tu entah ke mana. Tapi ada 2 contoh surat yg ecah masih simpan jadi ecah share terus la butiran dia kat sini. 

Cuma untuk guide adik2, basic nya dalam surat tu:

1. Kena ada alamat anda, alamat individu yang nak ditujukan contoh: Head of Faculty ke, MARA ke, MyBrain ke or siapa2 lah yang sponsor pengajian anda. 

2. Tajuk untuk rujukan

3. Dalam surat letakkan details Nama, IC, No Matrik, Course

4. Bagitahu la apa sebab nak tangguh dan letakkan tarikh/semester yang anda dah rancang untuk tangguh pengajian untuk rujukan mereka.

5. Then tutup jela surat dengan ucapan terima kasih dan mintak pertimbangan mereka. 

Sekian terima kasih. 


Gitu jela basic nya. Kena pandai mengayat sikit. Hehe. Lepas tu surat yang sama, tukar sahaja kepada siapa ditujukan. Buat copy jika nak address to Head of Faculty/MARA/MyBrain (ada lagi ke mybrain?huu)

Bila nak sambung balik, untuk faculty ecah tak hantar surat pun sebab masa nak daftar, daftar je macam biasa. Tapi untuk pihak yang sponsor/loan anda tu, hantar surat untuk maklumkan anda bakal sambung pengajian. Supaya mereka tahu dan sambung la masukkan dana tu. Make sure hantar suratnya sebulan atau 2 bulan awal ye. Jangan seminggu nak masuk baru nak hantar nanti lambat pulak masuk duit. 

Itu je ye. Ecah copy paste siap sini. Korang tukar jela details diri sendiri, nama faculty dan lain2 tu ye.

Harap membantu anda. 

CONTOH SURAT UNTUK FAKULTI

Nama Pengirim

Alamat Pengirim

 

Dr. Nasrudin Bin Subhi,

Penyelaras Program,

Sarjana Sains Sosial Psikologi Kaunseling,

Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia,

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 Bangi,

Selangor Darul Ehsan.

 

Timbalan Dekan,

Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia,

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 Bangi,

Selangor Darul Ehsan.                                                                                                Tarikh di sini

 

Tuan/Puan,

 

1. PERMOHONAN MENANGGUHKAN PENGAJIAN

 

Merujuk perkara di atas, saya Nama Pengirim(No Pelajar) ingin memohon untuk menangguhkan pengajian bagi sesi pembelajaran semester III 2013/2014 (Februari 2014).

 

2.         Penangguhan ini adalah kerana saya sedang mengandung dan dijangkakan bersalin pada pertengahan semester akan datang. Sehubungan itu, saya ingin memberikan sepenuh perhatian terhadap bayi yang akan lahir dan tidak mahu menjejaskan prestasi dalam pembelajaran lantaran saya akan kekurangan masa untuk ke kelas dan menyiapkan proposal thesis.

 

3.         Saya memohon untuk menangguhkan pengajian selama satu semester dan akan melapor diri semula untuk pengajian pada sesi akan datang.

 

4.         Bersama surat ini saya sertakan lampiran surat dari doktor bagi mengesahkan jangkaan saya bersalin pada semester akan datang. Diharapkan pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini.

 

 

Sekian, Terima Kasih

 

Yang Benar,

 

----------------------------------

(Nama)

Siswazah,

Sarjana Sains Sosial (Psikologi Kaunseling).

 

 

Sk: Dekan Pusat Pengurusan Siswazah


2. CONTOH SURAT UNTUK MAKLUMAN SAMBUNG PENGAJIAN SEMULA

Nama Pengirim

Alamat Pengirim

 

Bahagian Biasiswa, 
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6 Presint 5,
Kompleks Kerajaan Persekutuan,
62200 PUTRAJAYA.
(u.p : Unit MyBrain15)                                                                                  Tarikh di sini

 

Tuan/Puan,

MAKLUMAN SAMBUNG PENGAJIAN

Merujuk perkara di atas, saya Nama Pengirim (No IC) ingin memaklumkan bahawa saya akan menyambung semula pengajian bagi semester akan datang (1 SEP 2014 – 28 FEB 2015) seperti yang telah dipersetujui oleh pihak tuan/puan.

 

2.         Berikut merupakan maklumat pembiayaan saya dari pihak tuan/puan:

 

Peringkat : SARJANA

Kursus : SARJANA SAINS SOSIAL

IPT : UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

Tempoh Pembiayaan : 1 FEB 2013 - 31 JUL 2014 (18 bulan)

Kategori : M3

Mod Pengajian : SEPENUH MASA

3.         Bersama surat ini saya sertakan lampiran surat maklumbalas pihak tuan berkenaan permohonan saya bagi tujuan rujukan. Setinggi penghargaan dan terima kasih atas maklumbalas dan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan/puan.

 

 

Sekian, Terima Kasih

 

Yang Benar,

       Aisyah Adnan

----------------------------------

(Nurul Aisyah Binti Adnan)

Siswazah,

Sarjana Sains Sosial (Psikologi Kaunseling)

Universiti Kebangsaan Malaysia.


Ingat, tukar je kepada siapa tu. Isi dia sama je, pihak yang nak dihantar tu boleh ubah. Selain dari 2 surat ni, ecah tiada simpan dah surat lain. Puas dah korek tapi xde juga. huhu

Good luck!


 




You May Also Like

0 comments