PENGALAMAN INTERVIEW VISA (USA)

by - Thursday, February 02, 2023

 ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah, one step to Young Living Lavender Farm, Mona Utah, USA. Yahooo, ecah bakal ke amarekaaaa! (ini adalah throwback)

Excited kan? Tapi tungguuu, settlekan visa dulu. Nak lulus visa US, bukan lah semudah ABC. Banyak prosedur kena lalui dan ada maharnya nak kena bayar. Jadi ecah ceritakan secara ringkas jela ye pengalaman ecah ni sebab ni dah tahun 2023, dah ingat2 lupa pulak. hehe

Ok first, sebelum isi di website dia, kena la sediakan gambar visa. Gambar tu biar betul2 nampak satu muka sekali dahi licin anda. Jangan ada bayang or muncung tudung. Biar nampak jelas muka tau. Ecah follow BLOG INI untuk step satu persatu sebab dia ajar sangat details. Terima kasih sebab berkongsi.

Ecah cuma nak share pengalaman ecah sendiri pada hari kejadian untuk rujukan dan peringatan korang. Mesti la korang nak dengar2 jugak pengalaman orang yang pergi latest kan. So ecah cerita serba sedikit la.

Pertama: Kos

Ecah bayar dalam rm688 untuk apply visa ni. Tak termasuk buat gambar, kos ke embassy dan lain-lain. Untuk isi online apply visa tu sahaja begini kos nya pada waktu ecah gi iaitu bulan May 2022. Harga visa ni ikut turun naik currency katanya. Jadi doa2 la masa anda nak apply, harga dia tak mahal sangat. 

Kedua: Persiapan Dokumen

Ecah print segala dokumen nak kesana macam surat jemputan dari Young Living, IC, Komisyen atau Statement Bank supaya mereka tahu korang mampu untuk berbelanja kat sana dan bukan nak datang untuk cari kerja. Surat temujanji interview pun print, resit bayaran siapkan melainkan mana-mana yang dia dah inform tak perlu print. 

Ketiga: Pakaian

Simple je asalkan tak menjolok mata. Ecah pakai skema juga la baju blouse siap kasut bertutup. Sampai sana ada je yang pakai skirt dengan baju takde lengan. haha.

Keempat: Masa

Datang awal tapi tak masuk awal. Contoh masa yang dia bagi 10am, tapi korang tak kan masuk waktu tu la. Depends pada orang yang ada. Tapi sangat perlu untuk sampai awal ye. Korang akan beratur panjang2 kat luar, penat. Huhu

Kelima: Lokasi

Waze je. Tapi nak bagitau sebelah bangunan tu ada parking, kena alert la sebelum sampai embassy dlm 100meter ada lot parking berbayar. Jangan terlepas nanti kena pusing balik. Kalau ada orang drop off lagi la senang. 

Ok last, Flow.

Masa sampai, kami beratur ramai2 ikut masa interview. Bila dah sampai turn, kena drop phone dalam bakul dia bagi dan baru masuk. Nanti dapat tag, item dah scan baru boleh ambik balik. Jangan bawa beg besar. Bawa satu fail transparent tu dan letak segala dokumen dan kunci kereta. Handbag pun tak boleh ye. Tinggal la semua bag, laptop dalam kereta or kat rumah je. Bawa yang penting sahaja.

Masuk dalam tu follow je anak panah, sampai tu terus akan masuk area macam kaunter bank. Scan dokumen dan tunggu nombor dipanggil. Interview berdiri je macam dalam bank. 

Adab menjawab:

Simple je korang. Jangan describe beria2 nanti lagi dia pusing balik soalan korang. Jadi makan diri pulak. Jawab dengan terang dan tenang. Point dia, korang cuma perlu tunjukkan korang ke sana atas urusan kerja/jalan2 dan korang mampu untuk biaya diri. Kalau perlu tunjuk bukti berduit, masa ni la nak tunjuk bank statement. hehe

Kalau bekerja, bagi tahu kat mana. Macam ecah surirumah, panjang sikit la soalan dia. Suami kerja apa, ada kereta sendiri? Ada rumah sendiri? Pergi tujuan apa? Ada bisnes sendiri tak?

Elakkan jawab korang surirumah. Kalau ada bisnes bagitahu supaya dia tau kita orang yang berkemampuan untuk ke USA. Bukan KAYA RAYA. Tapi mampu untuk biaya diri kat sana. Sometimes dia akan tanya berapa duit nak bawa? Pun kena telus. 

Sebenarnya interview tu kejap sangat. Siap jawab YES, NO. Terus balik. Kalau dia bagi kertas putih, Insya-Allah lepas. Kertas putih yang bagi tahu apa perlu buat lepas abis interview. Kalau kertas pink, makna nya kita kena jawab lagi soalan dia melalui email. Ada mende la dia nak siasat lagi. Ada satu kertas putih yang bermaksud: KENA REJECT. huhu. Ini seram, tapi boleh je apply semula kalau kena reject. Cuma kena keluarkan another cost. Huuu

Lepas dah settle dan lulus, tunggu la dapat mesej untuk pickup passport. Biasanya dalam 2-3 hari siap la tu. Kalau pilih nak pickup kt Aramex, nanti gi sana je. Kalau nak dia pos, ada la kos dlm rm50 dan tunggu je passport sampai. 

Oh ya nak cerita pengalaman sikit: Masa beratur depan embassy tu, ambik gambar pun tak boleh tau sebenarnya. huhu. Kami punya la ambik gambar jauh2, tapi kena tegur dgn guard yg ada. Siap suruh padam gambar lagi. 





Jadikan peringatan untuk korang juga ye. Good luck utk siapa2 yg nak buat visa US!

Be Healthy, Be Happy!

You May Also Like

0 comments