Menstrual Cup: BERBALOI KE BELI?
Assalamualaikum
Post ni agak sensitip di kalangan masyarat Melayu sebab kita kan bangsa dan budaya yang lemah lembut, sopan santun dan malu2. Gituu.
Tapiiiii, nowadays anak-anak dan teknologi dah semakin maju. Semua di hujung jari je kan, so info dan maklumat tu senang je nak cari. Jadi ecah nak cerita la serba sedikit berkenaan Menstrual Cup ni berdasarkan pengalaman ecah sendiri yang memakai. Mana tau ada wanita2 yang mencari dan nak tau apa pengalaman pakai cup ni. Plus pemakaian menstrual cup ni hukumnya HARUS. Jadi xde isu2 lain la sebab pakai dia pun masa period kan.
Disclaimer awal: Ecah hanya rekemen pada wanita yang dah berkahwin ye. Anak dara muda remaja lagi tak perlu lagi la kot sebab menyusahkan sikit. Cukup sampai di situ. Hehe
Okay, apa sebenarnya menstrual cup ni? Dia ni sejenis cawan silikon yang digunakan untuk mengumpul cecair ketika 'period'. Instead of pakai pad or tampon, kita pakai cup ni sahaja.
Kelebihan dia? Cup ni reusable dan tahan sehingga 10 tahun tau. Hanya perlu cuci dan simpan sahaja. Kalau pakai pad, kan puas nak kena buang, beli pelbagai jenis saiz. Sebab ecah pun memang jenis beli untuk setiap flow. Dari hari pertama sampai la hari period dah nak habis. Bayangkan la sebulan berapa bajet nak kena belanjakan?
Jadi menstrual cup sangat2 la berguna dan jimat. Jangan risau sebab kita cuci dia dengan bersih dan simpan elok2, jadi boleh la pakai lama. Ada cara nak guna dan tips untuk pakai dia dengan mudah.
Mana ecah beli menstrual cup ni? Ecah gunakan brand SUCI CUP yang dijual oleh orang Malaysia juga dan ada circle Suci Sisters a.k.a support group untuk pakai cup ni. Memang first time beli, macam2 nak tanya kan. So suci sisters akan share tips dll.
Kalo korang banyak persoalan, check je kt link SUCI ni dan kalo nak beli boleh je terus beli kt situ sebab dari awal dia akan bagi explanation juga supaya terang dan jelas.
Jangan risau tau pakai, sebab bila dah pakai korang memang akan jatuh hati sangat2. Ecah rasa sangat bersih masa period dan selesa! Takde dah gelabah tiba period datang kita tak ready nak beli pad sebab cup ni sentiasa ada standby! Rugi tau kalo x cuba.
Lets confident with Suci!
Be Healthy, Be Happy
0 comments