MOTHERHOOD: ANAK BERSUNAT

by - Tuesday, February 28, 2023

 Assalamualaikum


Alhamdulillah anak teruna no 2 ecah dah selamat dikhatankan. Alang-alang cuti sekolah ni kan, kami cari la klinik yang masih terima booking untuk sunat. Nasib baik la ada yang promo, rm150 untuk kaedah laser dan boleh book secepat mungkin. Berbaloi sangat la bagi kami sebab kos sunat sekarang pun boleh tahan ye harga dia. Rm200 ke atas tu harga biasa sangat jumpa. Jadi bila dapat promo macam ni, grab la terus. Sebab nampak komuniti area sini pun bawak anak ke klinik situ juga. 

So pada tarikh lahir anak ecah Anaqi Rizqi baru-baru ni, kami bawak la dia ke klinik. Hadiah sekali seumur hidup je mama bagi. Sunat pada hari lahir. haha. Malam sebelum tu dan siap celebrate tiup kek, hari bersunat pon mama gembirakan dia dengan bagi chocolate bouquet. Jadi nikmat apa yang kamu mahu dustakan Anaqi oi? Sunat jela dengan redha. haha.

rilek x rasa apa sebab main phone


Alhamdulillah dia okay dan tenang, masa kena bius tu je mama dengar sayup-sayup nangis. Dah selesai rilek je dia jalan. Tapiiii, sampai rumah dan bila bius dah habis, meraung la dia. Cuma nangis tu dh reda lepas dia bangun tido. Ecah sapu juga essential oils untuk bagi dia tenang, untuk bantu surut bengkak. Dont worry, sapu nya bukan di anu. Kita guna dengan common sense. hehe

Nak dijadikan cerita, hari ni dah masuk hari ke 5. Luka dah kering dan dalam fasa berkuping. Jadi dia dah start gatal sikit la. Tapi masih takut nak tengok dan pegang katanya. Lah macam mama dia jugak rupanya. huhu. Sakit tu dah takde, tapi takut yang lebih. Mama takleh nak marah lebih sangat la kalau dia over-react sebab semua tu datangnya dari mama punya traits juga. haha

Apa ecah buat sepanjang menjaga dia bersunat? Fokus utama adalah nak bagi luka cepat sembuh. Tak perlu nak bagi ubat pun, yang penting makan dia kena cukup nutrisi. Ecah bagi makan ikan dan sayur. Memang pesan kat dia nak luka cepat sembuh, protien kena cukup. Which is ikan tu la. Ayam dan telur ecah baru bagi pada hari ke 4. Hari 1-3 memang ikan sepenuhnya. Sup dan grill. Untung la Anaqi makan ikan mahal. hehe.

Then snacking dengan buah oren, epal pon sometimes bagi tapi dia prefer oren. Anaqi ni suka tomato, so ecah belikan cherry tomato dan jadikan snack dia sekali sekala. Dan pantang utama adalah junk food. Kalau tak dia kenyang makan tu je. So hari 1-3 memang tak masuk la junk food sangat dalam rumah. Hari ke 4 baru papa belanja sikit. As reward gitu, kanak-kanak kan suka la mende macam ni. Tak sihat tapi takde masalah nak bagi sekali sekala. 

muka dah ceria


Tips untuk parent yang nak sunatkan anak yg ecah nak share supaya boleh mudahkan korang.

1. Gi klinik bawa kain pelekat. Ecah suggest yg kids size supaya nanti tak meleret2 anak nak jalan. Plus beli yang belum jahit pinggang tu. Kang puas pulak nak sarung dari atas ke, dari bawah ke, renyah pulak.

2. Berpantang kt rumah ecah gunakan kain pelekat dewasa. So ambik yang papa dia punya je. Sebab kami tak gantung tali macam orang biasa buat. Kami letak meja jepun atas Anaqi dan sarung kain pelekat. So ruang dia luas dan Anaqi tak risau nak gerak dan tak risau nanti bergesel kain. Papa nak masuk skodeng pun senang. hehe.

3. Kami beli spentot helmet tu. Yang ada mangkuk kt depan tu, tapi guna pada hari ke 4 dan ke atas lepas luka dah kering. So anak boleh gerak dengan selesa tanpa bergesel. Sebab masa ni luka dalam fasa berkuping, jadi bila bergesel dengan kain akan sakit pulak tertarik kuping tu. Nak bagi anak confident bergerak, beli je spender tu. Tapi ecah beli 2 je. Anaqi belum pakai lagi sebab dia prefer kain dan dia belum gerak ke mana2. Memang penakut macam mama. haha

4. Apa yang ecah pakai dan sapu kat Anaqi. Nothing much, essential oils hanya untuk tenang. Dan ada few yang bagus untuk bantu luka cepat sembuh. Since papa kerja macam biasa, sapu pun tak la kerap sangat. Yang penting makanan dia cukup nutrisi. Fokus dia nak bagi luka cepat sembuh je dan taknak ada infection. 

Alhamdulillah luka okay. Nak kata cantik ke tak tu masih belum recover sepenuhnya. So ecah assume masih ada inflammation (bengkak) tapi Anaqi tak sakit. Yela tempat tu trauma kan. So dia belum recover sepenuhnya lagi. Sabar dulu dan tengok macam mana nanti. Yang penting, kewajipan untuk sunat Anaqi dah berjaya dilaksanakan. Semoga Anaqi jadi anak yang soleh. Elok la tahun ni dah 7 tahun, dah kena tekankan ibadah solat untuk dia. Doakan Anaqi ye. 

nah ruang luas sebab pakai meja, siap boleh letak barang. haha


p/s: 

Bila masa yang sesuai untuk bersunat sebenarnya? Ecah dan abg gambo pun berkira-kira pada mulanya. Nak sunat seawal baby, kos dia mahal tau. hehe. Tapi ecah rasa itu lebih mudah. Kami tak buat la sebab yes, cost matters for us. Mahal jadi KIV la. Pengalaman abg gambo sunat masa umur 12 tahun (darjah 6) dan masa ni dalam fasa hidup ecah, most of the boys pun sunat sekitar usia ni. Abg gambo pun kata dia takde nangis dan merengek dan kebanyakan masa dia jaga diri dia sendiri. hehe

Tapi bagi ecah, around 7yo ni pun dah okay. Usia dia luka cepat sembuh dan kita boleh jaga sepenuhnya. Umur 12 tahun mama nak tengok pun segan la. haha. Masa 7 tahun ni pun mama jeling2 sipi je. Dan senang mama nak heart to heart bab adab jaga aurat dan lain2. Mereka mudah absorb. Usia 12 tahun, anak dah banyak open dengan kawan2 dan pandai simpan. 

Usia sekarang dia luah je apa dia rasa dan nak cakap dan kita boleh comfort anak, pujuk dan manja2kan sebenarnya. Anaqi pun dah ready, lepas sunat rasa menyesal sakit tu biasa la. Mama pun kadang rasa cam eh kesian pulak sakit tapi sekejap je sebenarnya. Mama boleh jaga betul2. Alhamdulillah hati mama kata this is the best time.

Cuma Yummy nanti, (adik Anaqi) ecah plan dia akan bersunat hujung tahun pulak. Usia yg sama tapi hujung2 tahun. Tengok macam mana nanti. Lain anak lain perangai dia. So Yummy ni macam dah boleh assume perangai dia. haha

Selesai dah ibadah bersunat utk Anaqi. May Allah protect & guide u to be a good caliph. Amin


Good luck parents yang nak sunatkan anak! Semoga Allah balas dengan pahala dan rezeki berganda untuk anda. 

Be Healthy, Be Happy!


You May Also Like

0 comments