PENGALAMAN MENISCUS TEAR: HOW IT HAPPENED
Assalamualaikum
Hai, tahun 2023 ni kan, sedikit demi sedikit ecah nak ceritakan fasa-fasa yg ecah lalui sepanjang tahun yang lalu untuk simpanan memori ecah. Ecah perasan bila baca entri-entri lepas, rasa seronok sangat bila tengok how I lived my life in the old days. So why not do it again kan. Dan sebenarnya menulis ni bagus juga untuk dump out some stress, memories dan perasaan supaya kita tak memendam sangat. But I wont share my problem here la. hehe
So kisah ecah injured yang membawa kepada diagnosis meniscus tear tu. Actually tahun lepas ecah ni konon-konon nak azam tahun baru la. Azam yang ecah rasa hampir semua orang ada dan simpan dalam list azam mereka iaitu NAK KURUS. haha
semangat! |
Maka ecah pun mulakan la setiap pagi morning walk selama 30min-60min pusing taman area rumah ecah ni. Dan hasilnya ecah memang sangat suka morning walk. My mood improved, dapat exercise dapat sunning. Memang best dan rasa lebih happy. Rutin harian pun rasa lebih tersusun. So kita rasa macam kita ada life. haha. Biasa la surirumah kan. Bila petang pulak ecah buat light exercise selama 30 min. Takde la lompat sangat tapi kena gerak kiri kanan jugak la. Ecah siap search low-impact exercise lagi tau. Idok la saya menonong nak exercise semberono. Ecah pilih juga yang ecah rasakan kena dengan beratku ini. Hehe
bawak budak ni sebab dia takleh mama hilang |
Tapi kan ecah perasan yang kaki ada rasa cramp yang tak hilang. Pastu masa solat lutut sakit bila duduk antara dua sujud. Bila bersila, dan nak tukar postur kaki akan ada bunyi "pop". Ecah tak pasti bila ecah jatuh berdebuk or ter'twist' kaki tapi in between lifestyle baru ni, memang tiba datang sakit tu. Mana la kita sedar bila tengah terjoget2 tu ada jatuh tertwist ke apa kan. haha.
Sakit ni pulak lama kelamaan jadi sakit yang menganggu kehidupan seharian. So ajak la abg gambo jumpa doktor. Doktor hantar physio, tapi setelah beberapa kali PT, therapist kata macam ada simptom Meniscus Tear, cuba mintak doktor confirmkan balik. So kami jumpa doktor, dia check simptom dan acknowledge yang macam ada possibility meniscus tear. Note that sebelum PT tu juga ecah dan buat x-ray tapi takde masalah apa2. Tapi meniscus tear memang takkan nampak dalam x-ray biasa. Kena MRI baru nampak.
Nah kena physio |
So MRI la kita. Berdebar ye masa nak MRI ni. Tapi nasib baik half-body je dan takde nak kena suntik apa2 dalam badan. Sebab masa sign consent tu dia kata akan cucuk dye untuk bagi lebih jelas dalam result MRI. Tapi mungkin situasi ecah tak perlu maka takde la cucuk dye. Lega betul.huhu
Pengalaman masuk mesin MRI memang menakutkan. Tak boleh pakai apa2 yang ada besi. Jam, phone, kerongsang semua kena buang. Masa baring tu dia pasang cast dekat kaki ecah supaya tak gerak2. Jadi memang tak selesa langsung walaupun masuk separuh badan. Tapi ecah tahan la dari bergerak.
Bunyi dalam bilik MRI? Masya Allah, bising betul! Bergema2 tau sampai bingit dan dengung telinga. 30-40 minit terasa berjam. Tabah jela walaupun memang tak selesa. Nak tido pon takleh sebab bunyi bising. Nasib ecah tak banyak gerak, jadi takde kena repeat scan la. Alhamdulillah. Result pula akan keluar kemudian dan appointment dengan doktor selepas 2 minggu kot. Doktor kata kalau urgent dia akan call.
Tapi doktor takde call dan kami datang pada hari appoinment. Masa ni ecah dah fikir yang baik2 je. Takde call means nothing serius la kan. Rupanya taaakk. huhu. Situasi ecah is meniscus tear yang hampir complete tear. Doktor risau pulak tear tu dekat dengan root ke ape dia panggil so procedure akan jadi lebih rumit. Kalo meniscus repair biasa maybe ambik masa 30min-40min sahaja dalam OT. Doktor tanya pendapat, nak bedah ke tak. Ecah sebenarnya taknak bedah. Tapi keadaan tu macam dah ganggu keselesaan ecah menjalani kehidupan seharian, plus doktor kata the tear wont seal back by itself. Malah ada possibility makin koyak, maka ecah pun decide untuk jalani pembedahan la. huhu
debar nak mri |
ni dah siap mri |
Ecah buat prosedur ni di Uitm Specialist Sg Buloh. Alhamdulillah proses dia mudah dan sekejap je walaupun warded 4 hari 3 malam. Doktor sangat baik, awesome and very attentive to my needs. Dia siap terangkan macam2 la ecah tak rasa macam dia nak get the job done ASAP. Dia terangkan sebaiknya dan bagi tips2 la untuk survive the operation. Siap tak bagi full bius sebab nak tunjuk kt ecah macam mana dia buat tu nanti senang nak bincang. Haha. Sepanjang warded tu semua best tapi first time berpisah dengan anak so jadi tak keruan. Tido pun tak lena. Sudahnya duduk dlm ward tengok Netflix habis all season The Big Bang Theory. haha. Tapi ni nanti ecah ceritakan la kisah warded tu dan bagaimana life ecah dalam proses recovery.
That's it for now dengan pesanan, bila exercise tu jaga diri elok2, jaga postur dan sebolehnya cari la Personal Trainer! haha. Especially orang yg overweight tau sebab kita tak tahu exercise mana yang selamat dan tidak. Kita takleh nak all out juga dan elakkan dulu high impact exercises. Kena slow2 dan paling utama untuk turunkan berat badan, PEMAKANAN. Itu la yang ecah belajar sepanjang 2 tahun ni. So korang, jumpa next post ya!
Be Healthy, Be Happy!
0 comments