Pregnancy Life: Set Berpantang Luaran & Dalaman

by - Thursday, March 06, 2014

Assalamualaikum

Sebelum ni ecah asyik pening2 nak beli apa untuk berpantang nanti sampai tertangguh pulak kerja membeli barang-barang kegunaan diri sendiri..lepas asyik kena ceramah dengan abg gambo, akhirnye setelah gigih meng'google dapat jugak ecah buat keputusan beli set yang ecah yakin nak guna dan buat keputusan muktamad nak beli..yeayyy..

Bagi set pantang ni ecah decide nak guna luaran dan dalaman..dan kalau boleh xnak campur-campur makan banyak jenis..bila dah decide luaran dan dalaman ni rasa yakin sikit..yang luar tak kacau dalam, dalam pon tak kacau luar..buat hal masing-masing..konon nya..hehe..brand pon ecah ambik 2 je..


Set Berpantang Luaran

Ecah pilih nak pakai set Anugerah..rasa yakin sebab keistimewaannya produk ni menggabungkan herba tradisional dan kaedah rawatan Islam..ecah tak ambik banyak pon walaupun set ni siap lengkap..sebab ada yang dah dibeli dan mak mentua bagi, so tak nak bazir alang-alang dah ada tu kan...


Ecah terang satu-satu dari gambar kiri ye: untuk details lebih terperinci tentang produk ni sila lawat laman web ANUGERAH


HERBA TANGAS ANUGERAH

Bertangas baik untuk mengeluarkan peluh dan racun daripada badan. Ini penting untuk membantu proses penyembuhan dan pengecutan saluran sulit dan rahim. Anda juga terhindar daripada masalah keputihan, saluran sulit yang longgar, rahim rendah dan prolaps. 

Herba Tangas Anugerah membantu anda merapatkan kembali saluran sulit dan rahim melalui tindakan haba yang dinamakan bertangas. Ia diperkaya dengan herba-herba tradisional seperti halba, serai, daun limau purut dan temukunci yang telah lama diamalkan sejak turun temurun untuk mengembalikan kejelitaan wanita yang bersalin. 

Ia juga membantu:

- membantu mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin.
- mengecutkan dan mengetatkan rahim.
- menghindari masalah keputihan dan mengeluarkan toksin daripada badan.
- dihasilkan daripada halba, serai, daun limau purut dan temukunci.


Kandungan Herba Tangas Anugerah:

• Halia
• Serai
• Daun limau purut
• Temulawak

Cara menggunakan Herba Tangas Anugerah:

1. Rebus satu pek Herba Tangas Anugerah di dalam air sehingga mendidih. Kemudian, masukkan air rebusan tadi ke dalam baldi kecil.
2. Wapkan bahagian badan yang luka selama 20 minit. Gunakan kain selubung seperti kain batik untuk menutup bahagian atas pinggang sehingga ke bawah kaki untuk memastikan wap terkumpul dengan secukupnya.
3. Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, bertangas dengan selang 2 atau 3 hari sehingga habis tempoh berpantang iaitu 44 hari. 




MANDIAN SAUNA HERBA ANUGERAH


Mengembalikan kecantikan tubuh badan adalah satu kemestian buat ibu-ibu yang bersalin. Angin yang ada di dalam badan perlu dibuang segera untuk mengelakkan meroyan.

Mandian Sauna Herba Anugerah membantu anda mendapatkan bentuk badan yang ideal melalui tindakan haba yang dikenakan semasa anda mandi sauna atau mandi biasa. Ia diperkaya dengan herba-herba tradisional seperti temulawak, daun lempoyang, mengkudu dan tahi angin yang telah lama diamalkan sejak turun temurun untuk mengembalikan kejelitaan wanita yang bersalin. 

Ia juga membantu:

- mengeluarkan bisa-bisa dan angin di dalam badan.
- membantu mengurangkan sakit sendi dan otot yang tegang semasa bersalin.
- melancarkan pengaliran darah, menghilangkan masalah keputihan dan menghaluskan tekstur kulit.
- dibacakan dengan doa-doa terpilih.
- dihasilkan daripada temulawak, daun lempoyang, mengkudu dan tahi angin.


Kandungan Mandian Sauna Herba Anugerah:

• Kisaran herba temulawak - menguatkan sendi-sendi, mengeluarkan angin untuk menjadikan tubuh badan segar dan menurunkan berat badan.
• Mengkudu - mengeluarkan toksin, mengatasi masalah keputihan, kegatalan dan bau yang tidak menyenangkan pada faraj.
• Daun lempoyang - memberikan kesegaran dalaman dan luaran wanita serta membantu mengeluarkan angin.
• Tahi angin


Kandungan : 6 uncang herba


Cara-cara menggunakan Mandian Sauna Herba Anugerah:

Rebus satu uncang herba di dalam air mendidih sehingga mengeluarkan bau herba yang wangi. Kemudian campurkan air mandian herba dengan air biasa semasa hendak mandi. Keringkan uncang yang telah digunakan untuk kegunaan selanjutnya. 1 pek herba boleh digunakan sebanyak 2 kali sahaja.


LOSYEN SEJUTA KHASIAT ANUGERAH (APPLE)


• Ekstrak lengkuas• Ekstrak serai
• Ekstrak limau purut• Ekstrak minyak kayu putih
• Ekstrak halia• Ekstrak daun bidara
• Ekstrak avokado• Menthol
• Methyl salicate• Carbomer
• Minyak wangi• Air

Ayat-ayat al-Quran sebanyak 30 juzuk dibacakan dalam keadaan yang sempurna dengan penjagaan terhadap adab dan niat pembaca. Kemudian ayat-ayat al-Quran tersebut dibaca berulang-ulang kali mengikut kiraan tertentu.
Antara ayat-ayat dan doa-doa khusus selain bacaan 30 juzuk al-Quran yang terkandung di dalam Losyen Sejuta Khasiat Anugerah ini:

• Ayat-ayat Ruqyah• Ayat Ruqyah Jibril
• Ayat Ruqyah Nabawiyyah• Selawat Nabi dan doa syifa’
• Selawat Tafrijiyyah• Pendinding al-Muawwizat
• Saiyidul istighfar (penghulu taubat)• Ayat Kursi
• Ayat pembatal sihir dan pukau• Ayat penawar sihir dan pukau
• Doa penghindar gangguan syaitan• Doa penghindar hasutan syaitan
• Doa bakar jin dan syaitan• Ayat penawar seribu guna
• Ayat pendamaian• Ayat pelembut hati
• Doa pengasih• Doa seri wajah
• Doa pelaris perniagaan• Doa penyejuk
• Doa atasi gangguan tidur• Doa atasi cemburu dan hasad dengki
• Doa pendinding• Doa terang hati
• Salam sulaiman• Solat hajat

Kaedah penggunaan
 Sapu pada bahagian badan yang sakit sambil membaca al-Fatihah dan berselawat. Untuk kegunaan luar sahaja. Pastikan Losyen Sejuta Khasiat Anugerah tidak dilangkah.



MINYAK PILIS ANUGERAH

Urat-urat yang kembang perlu dikendurkan selepas bersalin. Sebab itulah wanita yang berpantang akan mengambil pilis untuk melegakan otot, melancarkan peredaran darah dan menghilangkan sakit kepala.

Pilis yang digunakan perlu dicampur dengan air sebelum memakainya. Sekiranya pilis dibiarkan, ia akan kering dan berterabur di atas lantai.

Anda tidak perlu mengalami masalah tersebut dengan Minyak Pilis Anugerah. Minyak Pilis Anugerah dihasilkan daripada minyak kayu putih, serai, cengkih, halia bara, lengkuas, minyak buah pala dan minyak avokado, herba-herba semulajadi yang bermanfaat untuk kesihatan anda. Ia mudah digunakan dan mudah meresap ke dalam badan.

Tiada lagi sakit kepala, kabur mata dan angin. Aromanya yang nyaman menyenangkan anda.

Alami juga keberkatan ayat-ayat al-Quran yang dibacakan di dalamnya. Di antara surah-surah yang dibacakan adalah:

• Surah Al-Fatihah• Surah Al-Baqarah
• Surah Al-Buruj• Surah Al-‘A’raf
• Surah At-Tawbah• Surah Yunus
• Surah An-Nahl• Surah Al-‘Isra’
• Surah Ash-Shu’ara• Surah Fussilat
• Surah Al-‘Ankabut• dan Asmaul Husna

Kandungan Minyak Pilis Anugerah:

• Minyak kayu putih• Serai
• Cengkih• Halia bara
• Lengkuas• Minyak buah pala
• Minyak avokado

Hanya sapukan pada dahi setiap kali selepas mandi. Anda pasti tenang semasa berpantang dengan Minyak Pilis Anugerah.


Set Berpantang Dalaman

Bagi set berpantang dalaman pulak ecah decide taknak guna jamu sebab panas..lagipun ecah nak breastfeed little one nanti...so ecah pakai multivitamin utk tenaga, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan melancarkan penghadaman..time pantang org kata nak poo-poo seksa woo..ada yg sampai jahitan terbuka balik..isk...

So, saya pilih SHAKLEE..ecah jugak merupakan independant distributor untuk produk kesihatan Shaklee ni...kalau korang berminat nak guna set shaklee roger2 I ye...hehe

Buat masa berpantang ni, ini lah antara produk yang ecah pilih..


SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS

1-Mengelakkan anemia
2-Memperbaiki sistem darah
3-Memperbaiki dan mencantikkan kulit



ZINC COMPLEX

1-Mengukuhkan akar rambut (time pantang rambut cenderung untuk cepat gugur sebab banyak nutrisi hilang dari badan)
2-Menggalakkan pertumbuhan rambut, kuku dan kulit yang sihat
3-Mempercepatkan proses penyembuhan luka luaran dan dalaman



B COMPLEX

1-Meredakan stress ibu (stress dan emosi boleh sebabkan meroyan tau..huhu)
2-Membantu proses pembinaan sel darah merah
3-Menguatkan antibodi tubuh.


VITA-LEA

1-Mengandungi 12 vitamin & 7 mineral (membekalkan zat penting yang secukupnya since banyak menda nak kena pantang makan)
2-Membantu pertambahan tenaga (tambah2 lagi bila tak leh tido malam jaga anak)
3-Mengandungi iron yang membina semula sel darah merah yang banyak hilang semasa proses melahirkan


OSTEMATRIX

1-Membekalkan sumber kalsium
2-Mengelakkan sembelit
3-Membantu mengelakkan gigi rosak dan sakit tulang akibat kurang kalsium dalam badan


Overall dalam set SHAKLEE dalam pendapat peribadi ecah sendiri, bersalin normal or melalui pembedahan, set ni tetap boleh pakai..takde pantang larang sangat..so nanti takde la membazir kan...buat masa ni ecah pilih 5 jenis ni dulu...basic set + ostematrix yg optional..tapi ecah seriau bab2 sembelit ni, so nak jugak pakai..hehe

Set Vitamin C, Zinc Complex, B Complex, dan Vita-lea ni merupakan set paling basic untuk berpantang bagi produk SHAKLEE ni..4 botol fullpack  untuk kegunaan 4 hingga 6 bulan iaitu Vitalea (120biji), Vita C (180biji), Vit B Complex (120biji), Zink(120biji)

Jimat hokehhh..pakai lepas berpantang pon boleh..badan Insya-Allah sihat dan bertenaga..

Kalau nak galakkan menyusu, boleh tambah optional item iaitu ESP dan Alfafa..untuk milk booster...tapi ecah sendiri taknak guna lagi...nak try basic set dulu..takmo tamak-tamak haaa..hehe

Okey lah, itu saje sesi sharing ecah bagi set berpantang pilihan saye...x sabar nak tunggu little one keluar sebab dan redi nih..cewah..redi la sangat..huk2

Be Healthy, Be Happy!

Sekian...xoxo-ecahdenan

You May Also Like

6 comments

  1. wahhh dah ready semua...selamat berpantang ye jgn lupa mkn semua ubat2 tu...:P

    ReplyDelete
  2. luar dalam kena jaga kan.heee.penting tu!

    ReplyDelete
  3. first time merasa bertangas masa time pantang hari tu.. sedappp je rasa.. hehe

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum ecah, sama lah set pantang kita. sheila nak consume shaklee dengan anugerah.. heee singgah menabung clinique.. baby dengan ibu dia sihat tak? heeee ~~~

    ReplyDelete
  5. Salam Ecah. Nak tanya, untuk 1 set bersalin Anugerah tu sekali beli tahan berapa lama? Sempat sampai habih pantang tak? Sebab tengok ada botol2 nye kecik je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai abis pantang pon ada lagi..tahan lama sebab x guna banyak pon..ni utk item yang ecah beli la...mcm tangas tu pon masih ada sebab boleh rebus 2x

      Delete