Student Life: Masuk Penjara
Assalamualaikum
Alhamdulillah....hujung minggu yang lepas (Sabtu & Ahad), ecah telah mendapat peluang merasai satu peluang yang jarang orang lain dapat rasa...pengalaman yang sangat bermakna dan mengajar diri ni supaya beringat dan bersedia dengan segala kemungkinan yang ada dalam cabaran dunia ni..
Al-kisahnya, kami sekelas (5 org je ye..hehe) dari subjek Teori dan Praktis Kaunseling Komuniti telah mengadakan satu Program Masih Ada Yang Sayang di Sekolah Intergriti Penjara Kajang...dibantu oleh rakan-rakan kelas lain yang sukarelawan menjadi fasilitator dan kami membentuk seramai 20 orang fasilitator untuk berinteraksi dengan 85 orang banduan remaja di Penjara Kajang
Aktiviti dua hari ni menekankan kepada pembangunan emosi dan kognitif dan kami terapkan modul yang berkaitan dengan konsep sharing dan discussion...perlaksanaannya adalah 2 fasilitator akan mengetuai 8-9 orang banduan dalam kelompok kecil dan bincang modul2 yang ada..
Pada mulanya memang kami nervous, takut, berdebar..kami punya study modul tu kalah study utk final exam tau...tido lewat, try cari aktiviti tambahan utk bagi dieorg x ngantok ke ape ke...pastu kami risau mcm mana la penerimaan banduan ni...agak2 masuk group nanti apa la reaksi dieorg..
Sejujurnya, kami beranggapan dieorg ni semua kasar, ganas, bengis...tapi once jumpa dieorg, rasa malu pada diri sendiri pulak...dieorg ni positif, ada keinginan nak bergelak ketawa, nak share pengalaman dan yang penting, dieorg nak berubah..
Dan sebenarnye, kita xleh judge pd mereka yang masuk penjara ni jahat semuanya..ada mangsa keadaan, ada terdesak, dan ada jugak yang mungkin terlanjur sikit dari mengawal kemarahan dan emosi..sebab tu la kami datang ke penjara dengan modul pengurusan emosi dan kognitif..supaya bila dieorg keluar nanti, dieorg boleh kawal emosi, dendam dan kesedihan dieorg dengan lebih baik
Ecah doakan yang terbaik untuk banduan2 yang bakal keluar...dieorg masih muda, semoga Allah berikan masa depan yang cerah untuk dieorg..semua yang ecah jumpa, semua pertama kali masuk penjara, menyesal, dan nekad nak berubah...semoga Allah makbulkan...AMIN....
hari pertama sebelum naik bas nak ke penjara..nebes masa ni..tp nak jugak bergambar..hehe |
hari ke-..Alhamdulillah dah setel..happy, puas hati, sedih pon ada bila nak tinggalkan dieorg..hmm |
Baby baik sangat masa ni..x kacau mak die nak buat program..tapi bila dah penutup program, menari2 die...bile die xleh nak kacau mak die siang, malam die bergendang..org penat sikecik oiiiii....puas nak menunggu dia abis menendang..hamboihhh
Be Healthy, Be Happy!
Sekian..xoxo-ecahdenan
2 comments
mesti time dia menendang tu feeling cepatlah kuar so boleh gomol2 dia balik kan? hehehe...
ReplyDeleteBest nyer dpt join mcm ni...yela bkn slalu ada peluang mcm ni
ReplyDelete