Daily Life: Rebat Tol (Wajib Buat, Kalau Tak Rugi!!!)

by - Wednesday, December 25, 2013

Assalamualaikum

Hari ni ecah terbaca satu artikel di akhbar pasal rebat tol..selama ni ecah tau yang memang ade rebat, tapi xpernah ade kesedaran nak gi rebat pon walaupun selalu sangat ulang alik guna tol..rugi kan?


Bila tau yang sebanyak RM49juta rebat yang pengguna tol x rebat, dan hanya beberapa peratus pengguna jek yang pernah guna ecah rasa Ya Allah, rugi nyaa...sangat2 rugi tau..So tadi ecah cepat2 bukak website touch and go untuk daftar dan tengok berapa yang ecah layak untuk rebat


20% rebat diberikan kepada pengguna jika pengguna membuat 80 transaksi di tol serata Semenanjung Malaysia dalam satu bulan, dan jumlah rebat diberikan berdasarkan jumlah keseluruhan penggunaan Touch N Go. 


Ada 2 cara untuk memeriksa jumlah rebat anda, iaitu dengan memeriksanya di mana-mana stesen minyak yang ada kaunter Touch ‘N Go. Pendaftaran kad hanya akan memakan masa 5 minit. Anda hanya memerlukan No Siri Kad Touch ‘N Go anda, dan No Kad Pengenalan. Selepas mendaftar, paparan utama setelah login dapat memberitahu anda berapa jumlah rebat yang belum ditebus dan berapa rebat yang sudah ditebus. 


Bila dah tau berapa ringgit yang kita layak rebat, kita hanya perlu menghulurkan kad Touch ‘N Go  kepada jurukaunter mana-mana stesen minyak yang terdapat kaunter Touch N Go. Cakap jek nak rebat, jurukaunter akan uruskan dan rebat akan terus dikreditkan dalam akaun Touch N Go! Untung gila!


Cara nak check jumlah layak rebat mcm gambar ecah tunjuk kat bawah ni


Bukak website https://privilege.touchngo.com.my/

Masukkan no siri kad Touch N Go dan kemudian No.IC

Bila keluar page macam kat bawah ni, masukkan maklumat yang diminta macam no phone, no id (masukkan nama yg korang prefer) dan masukkan password (yang korang prefer) sebagai langkah nak daftar dalam sistem. Bila dah selesai, masukkan login id dan password yang korang dah create tadi






Tadaaa...dah setel semua dia akan paparkan maklumat diri dan berapa banyak yang kita layak rebat...macam yang ecah ni jangan main2 ha...RM136 bukan sedikit...ecah sendiri x pernah topap sampai RM100..paling mampu pon RM50 jek..sob sob

Jadinya bila tengok yang ecah boleh free2 jek rebat sebanyak ni, lepas ni memang xkan abaikan dah merebat!


Dan buat maklumat jugak, lepas 6 bulan baki yang layak direbat ni akan serta merta hapus kalau kite tak gi rebat tau!!nampak x betapa ruginya kita...huhu


Sape yang selalu guna tol, cepat2 la daftar dan rebat kad Touch N Go...Oh ya, kredit kepada ARENAKERETA atas artikel yang dipaparkan..ecah ambik sedikit sebanyak info dari situ..kalo rajin baca la..tak pon bukak website Touch N Go ye..


Be Healthy, Be Happy!


Sekian..xoxo-ecahdenan

You May Also Like

3 comments

  1. kat ganu xde tol.. so mmg xamek tau lgsg psl ni.. huhu

    ReplyDelete
  2. sy jrg guna TnG ni..tp bab2 rebet ni mmg alert selalu walaupun dpt ciput je hehehhe

    ReplyDelete