Student Life: Alhamdulillah, MYBRAIN

by - Tuesday, June 04, 2013

Assalamualaikum

Actually berita ni ecah dah tau 4 hari yang lepas...tapi masih terfikir dan berfikir nak terima ke tak...tapi lepas ditanya2 pada kawan2 lain, ecah terima jugak

Akhirnya setelah 4 bulan belajar, dan 4 bulan jugak memohon MyBrain ni, permohonan ecah diluluskan....lepas ni, xyah risau dah pasal yuran..

MyBrain ni ada dua, MyPHD dan MyMaster...sah2 la ecah apply MyMaster kan...MyMaster ni apa?



MyMaster diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) menerusi Program MyBrain15 bagi membiayai pengajian di peringkat Ijazah Sarjana. Program ini merupakan feeder kepada MyPhD. Objektif MyMaster adalah untuk merangsang dan menggalakkan graduan yang berkaliber meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang penting selaras dengan agenda pembangunan negara. Ianya sekaligus dapat membangun dan mengekalkan modal insan serta menjayakan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi.




SYARAT UMUM


(a) Pemohon mestilah warganegara Malaysia.

(b) Tiada had umur.
(c) Pemohon mestilah:


  • Orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap; atau
  • Kakitangan swasta; atau
  • Pensyarah IPTS



(d) Penjawat awam atau badan berkanun sama ada tetap atau kontrak tidak layak memohon .

(e) Pemohon tidak mendapat pembiayaan daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama.
(f) Memiliki kelayakan akademik seperti berikut:



  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
  • Memiliki sijil kelayakan profesional yang telah diberi nilai taraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebagai setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda; 
  • dan
  • Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT.




SYARAT KHUSUS


(a) Pemohon dari kategori orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap:


  • Perlu mengikuti pengajian secara sepenuh masa di IPTA atau IPTS; atau
  • Perlu mengikuti pengajian dalam bidang yang disenaraikan sahaja;
  • dan
  • Boleh menerima elaun pembantu penyelidik siswazah atau pinjaman pelajaran daripada penaja lain atau pembiayaan tambahan daripada IPT masing-masing, dengan syarat ia bukanlah biasiswa penuh




(b) Pemohon dari kategori kakitangan swasta:


  • Boleh mengikuti pengajian secara sepenuh masa atau separuh masa di IPTA atau IPTS; atau
  • Perlu mengikuti pengajian dalam bidang yang disenaraikan sahaja; 
  • dan
  • Boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain atau pembiayaan tambahan daripada majikan masing-masing, dengan syarat ia bukanlah biasiswa penuh.



(c) Pemohon dari kategori pensyarah IPTS:


  • Boleh mengikuti pengajian secara sepenuh masa atau separuh masa di IPTA atau IPTS; atau
  • Boleh mengikuti pengajian selain daripada bidang yang disenaraikan; 
  • dan
  • Boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain atau pembiayaan tambahan daripada majikan masing-masing, dengan syarat ia bukanlah biasiswa penuh.

Lagi Maklumat Sila Lawati MyBrain15


Ha..paham dah? Tapi FYI, MyMaster ni support yuran belajar je tau...belanja ape kebenda semua tu kena la pakai duit sendiri...tak ape lah, asal study saya ditanggung...Nak makan, minum, transport and buku tu nanti pandai2 la saye...hehe

Syukur....dapat jugak biasiswa  ni walaupun banyak mulut2 mengatakan MyBrain ni lambat bayar sebenarnye..puas nak kene tunggu...haih cemana ni? Tapi xpe, kita jangan memilih...terima aje dengan hati yang senang dan jiwa yang bersyukurrrrr..ewahhh..

Tapi pening, time nak exam ni la kena sibuk2 nak menyiapkan dokumen..adeh... +_______+

Be Healthy, Be Happy!

Sekian..xoxo-ecahdenan

You May Also Like

4 comments

  1. Wah congrats. Benda free kan sape taknak tapi kene blaja rajin rajinla hehe. Good luck you :)

    ReplyDelete
  2. program baru ke ecah?? tingin nak smbung master..tp pasni mesti byk komitmen dah..hehe

    ReplyDelete
  3. @cha

    thanks you dear..lambat lagi nak habis..sabar jelahhh

    ReplyDelete
  4. @Mizz Farah

    tu la..komitmen tu memang kena komited gilaaaa...tapi kalo minat, boleh diuruskannn...hehe

    ReplyDelete