Family: Dugaan Rumah Kena Pecah Masuk

by - Tuesday, February 19, 2013

Assalamualaikum

Innalillah....bersabar jela dengan dugaan yang Allah berikan ni....semoga kami lebih kuat dengan dugaan demi dugaan yang menimpa..

Awal pagi tadi, dalam pukul 3.41am, adik ecah kt kampung call, maklumkan yg rumah kami kena pecah masuk..terkejut dan sangat risau dengar adik2 menangis....nasib baik x diperlakukan apa2..nasib semua orang selamat...

Penceroboh masuk slps mengumpil tingkap rumah, siap masuk bilik adik ke-4 dan ambik cardigan dan tudung mak, lepas tu pakai utk penyamaran..gila apa?huu..pastu dia masuk bilik mak, selongkar almari, handbag2 yg kami x pakai dan jumpa handbag mak..lepas tu dia lari...

Mak sebenarnye sedar dan tahu kehadiran penceroboh tu, tapi mak sangat takut nak berbunyi or menjerit...dalam gelap mak tengok jek penceroboh tu...penceroboh tu asyik intai2 tengok mak sedar ke x...

Lepas dia keluar ikot pintu belakang, mak terus kunci pintu dan jerit kt tingkap mintak tolong orang sebelah..mak siap lompat keluar tingkap...adik lagi 2 orang yang tido dengan mak pon ikot keluar tingkap...

Hasilnya kaki mak luka dan bengkak sebab jatuh masa lompat tingkap...

Ecah terus bergegas balik pahang pagi tu jugak...patutnya hari ni ada class..full pulak tu....class pertama dalam semester pertama ni pulak..tapi terpaksa jugak balik tengokkan keadaan mak memandangkan mak masih belum stabil dan pulih semangat slps ketiadaan abah...


Report polis dah dibuat, diharap pihak polis dapat menjalankan siasatan terperinci dan ecah mendoakan agar penceroboh tu ditangkap dan dikenakan tindakan...tiada maaf bagi beliau kerana memperlakukan mak dan adik2 saya seperti ini...sedih sangat...

Ya Allah, lindungilah keluarga kami..maruah keluarga kami, kesihatan dan keselamatan keluarga kami...Amin..

Sekian...xoxo-ecahdenan

You May Also Like

4 comments

  1. mujurlah tiada sebarang yg lebih serius berlaku...

    xpe laa ecah.. terlepas kelas pon takpe.. yg penting jengukkan emak kat kampung...

    ReplyDelete
  2. dugaan untuk keluarga ecah..
    semoga semua ini ada hikmah nya ..
    alhamdulillah mak dan adik beradik tak ada ape ape..
    itu yang penting

    http://sitiatikah.com

    ReplyDelete
  3. Macam mana keadaan mak ecah sekarang? Masih trauma lagi? Kalau nieza ditempat mak ecah..mungkin akan buat perkara sama..sebab takut penceroboh tu apa-apakan kita pulak..harap2 penceroboh tu ditangkap..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..nasib baek penjahat tuh x agresif mcm penjahat kat kl nie..

    ReplyDelete