21 February 2017

Kenapa pilih Young Living Essential Oils?

Assalamualaikum dan Hai

Lately, ramai yang berminat nak tau pasal essential oils ni. Ecah cuba kongsikan ilmu sebanyak mana yang ecah tahu supaya sama-sama dapat rasa manfaat bila guna essential oils ni. Tapi pada masa yang sama harap kawan-kawan boleh study jugak pasal ni sebab banyak mana la sangat yang ecah tau, sedangkan ilmu pasal essential oil saaaangat luas sebab penggunaan essential oils ni dah beratus-ratus tahun lamanya.

Bila dan berminat nak tahu, mesti la nak kena beli kan. Nak kena tahu harga pulak. Ada jugak yang cakap kenapa mahal sangat essential oils ni. Meh ecah nak terangkan serba sedikit. Essential oils ni banyak sangat brand, siap ada gred yang tersendiri. Ada gred A,B,C dan seterusnya lah. Ecah pon tak tahu berapa level grednya.hehe. Yang ecah yakin dan pasti, produk essential oils dari Young Living merupakan antara top pengeluar EO di dunia. For sure la gred A sebab dia 100% Pure Essential Oils yang tiada perasa or pewarna tambahan or bau2 sintetik. Semua pure dari pokok itu sendiri. Tambahan pula, kualiti essential oil ni adalah Therapeutic iaitu aromaterapi yang boleh improve kualiti emosi/imun diri kita dan bukan semata-mata bau. Essential oils dari Young Living bukan pewangi je tau, tapi aromaterapi. Sebab tu boleh guna dalam pelbagai cara iaitu hidu, sapu, or makan (vitality eo).

Bagi ecah sendiri at first, memang mahal. Dah la tak kerja, mana mampu nak beli. Krik krik jela tengok dari jauh. Tapi mujur ada kawan yang baik hati bagi sampel, cuba dulu beberapa jenis essential oils utk anak yang masa tu kuat betul tantrum dia. (nak dapat adik baru kan). Alhamdulillah mood dia semakin baik. Kurang tantrum and lama2 skang dah ok dah emosi. Lepas tu ecah cuba pulak untuk kesihatan anak, beli essential oils untuk selesema dan kahak, untuk imun, sapu kat tapak kaki and so on. Work wonders! Jatuh hati terus. Rasa berbaloi guna dan beli, so ecah mintak kebenaran kat husband nak try jadi ahli. hehe


Ok back to kualiti essential oils dari Young Living, produk ni menjamin kualiti yang terbaik sebab dieorg jaga sumber produk dari benih sampai la pembotolan. Young Living dah ada kat pasaran lebih dari 20 tahun tau. So dieorang sangat pakar dalam penghasilan essential oils yang berkualiti. Young Living siap ada ladang sendiri untuk pokok-pokok yang digunakan untuk buat essential oils ni. Ladangnya ada kat serata dunia mengikut kesesuaian di mana pokok tu sepatutnya tumbuh secara semulajadi dan akan dapat hasil terbaik. Quality Commitment Seed to Seal yang dijamin tulen. Apa Seed to Seal tu? Ecah share dalam gambar ye.


So jangan ragu-ragu kalau nak cuba produk essential oils dari Young Living ni. Kalau tanya ecah, nanti ecah akan cuba terangkan satu-satu. Kalau nak tau jenis essential oils yang ada, boleh follow IG: yleoecah. Banyak ecah share kt situ. Apa2 just PM je ecah bila2. Nanti ecah buat sharing lagi. 

Be Healthy, Be Happy
Aisyah Adnan

0 comments:

Post a Comment

© Aisyah Adnan 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis