08 February 2017

Daily Life: Turun Naik Emosiku

Assalamualaikum


Dah masuk bulan 2 di tahun 2017. Cepat kan masa berlalu. Harapan ecah untuk tahun ni sebenarnya nak memperbaiki ekonomi keluarga dan jadi bebas hutang.Tapi bab hutang tu tak tahu la mampu settle ke tak dalam tahun ni. Sebab kerja belum ada lagi. Tapi hutang pengajian dah tertunggak. Sedihnyeww

Sometimes rasa down jugak, orang berpusu2 berhenti kerja nak jaga keluarga, ecah pulak cam beria2 nak cari kerja.haha. Yela, kalau takde income yg stabil, macam mana nak plan bayar hutang kan. Nak sara keluarga lagi. So nak tak nak, kena cari kerja yang lebih menjamin masa depan. Anak-anak pon dah besar sikit, ecah rasa ecah perlu bekerja juga untuk diri sendiri dan orang tersayang. Macam mana la mak-mak kite dulu yang memang tak pernah berkerja langsung, besarkan kita dari kecik sampai la besar. Tak penat ke, tak tertekan ke. Emosi ecah ni kadang2 rasa nak kerja, supaya boleh take a break rehatkan badan dan fikiran. Tapi bila fikir kena bekerja sampai tua, 5 hari seminggu anak orang jaga, sedih sangat hati. Takkan sampai tua macam tu. Bila nak bersama anak2, jaga dieorg sendiri dan tgok dieorang membesar. Mula la rasa taknak kerja. Nak besarkan anak, nak jaga anak.

Tapi, kehendak ekonomi skang sangat tinggi. Nak survive hidup susah kalau tak kerja. Seriously jimat macam mana sekalipun tak lepas jugak. Tak tahu dah nak jimat apa lagi. Takyah makan, supaya tak perlu keluarkan duit beli lauk, or takyah kerja supaya tak perlu keluarkan duit isi minyak? Habis macam mana nak dapat duit. Kena kerja jugak. ahaha. Nak meneruskan hidup sekadar duduk terperap kat rumah pun susah, apatah lagi nak ke sana sini. 

Tapi tu la, dalam susah dan struggle kite meneruskan hidup, ada lagi yang susah sampai tak makan. Sedih tengok. Ramai yang tersepit dan jadi mangsa keadaan. Kerja dah elok, kena buang pulak sebab nak cut cost. Pastu desperate nak cari kerja baru, zaman sekarang nak dapat kerja pon susah. Golongan bijak pandai dah ramai, tapi peluang nak kembangkan bakat dan pengetahuan tu takde. Maka buat jela kerja mana yg ada. 

So itu la dilema emosi ecah yang turun naik. Semoga Allah tetapkan hati ini utk sentiasa bersemangat dalam ibadah, or apa2 jugak perkara yang kita sedang lakukan. Nak tak nak hidup mesti diteruskan, usaha dulu sungguh2, selebihnya doa pd Allah semoga murahkan rezeki kita semua. 

Be Healthy, Be Happy
Aisyah Adnan

1 comments:

  1. sy pn rs mcm tu jg ecah wpn lom ada anak.. tp sy cuba igt kn diri.. kalu rs ssh, acu tgk pelarian2 seluruh dunia... itu je yg boleh buat sy fikir sejenak betapa bertuahnya kita skrg

    ReplyDelete

© Aisyah Adnan 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis