What is Essential Oils?

by - Wednesday, February 15, 2017

Assalamualaikum

Apa itu Essential Oils atau Minyak Pati? Hari ni ecah rasa nak share sikit la mengenai essential oils ni kat pembaca. At least boleh tahu perkara basic sebelum nak berkenal-kenalan kan. Lagipun penggunaan essential oils ni masih belum meluas lagi kat Malaysia ni, tapi Alhamdulillah semakin berkembang.

Essential oils adalah minyak aromatik dari tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan daripada akar, resin (getah), bunga, pokok, biji benih dan setiap bahagian dari tumbuhan tertentu dan setiap satunya mempunyai sifat penyembuhan (natures living energy for healing properties). Minyak yang dihasilkan adalah 100% tulen dan mempunyai jisim molekular yang sangat halus bagi membantu minyak pati tersebut untuk meresap ke dalam kulit. Ia sangat mudah meresap ke dalam kulit.

Essential oil juga boleh menjadi alternatif kepada ubat-ubatan moden, tapi ingat, essential oil tidak merawat sakit-sakit kronik ye. Tiada kesan sampingan jangka panjang kerana EO merupakan ekstrak tumbuhan semulajadi. Tiada bahan kimia tambahan seperti pengawet, perasa, atau pewarna.

Cara Penggunaan:

Dietary-(Essential Oil Vitality-by Young Living)


Topical- sapu pada bahagian tertentu


Diffuse- Titiskan beberapa titis EO ke dalam diffuse


Fungsi essential oils?

Membantu untuk memberikan ketenangan dan kurangkan stress
Membantu meningkatkan fokus untuk belajar/bekerja
Membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat/jeragat/kedutan/eczema.
Dan banyak lagi kegunaannya.

Ok, kalau dalam list Young Living ni, banyak sangat essential oils yang ditawarkan. EO ni banyak jenis, dan banyak jugak kegunaan. Ada 2 kategori essential oils iaitu Single Oil, dan Oil Blend. Single oil merupakan satu oil yang datang dari satu tumbuhan sahaja contohnya Lavender atau Peppermint. Oil Blend pula dibuat dari pelbagai jenis tumbuhan untuk menghasilkan satu jenis blend yang spesifik untuk kegunaan tertentu. Contohnya Stress Away. Tgok nama pon dah tahu kan untuk apa? 

SINGLE OIL
OIL BLEND

Itu sahaja penjelasan untuk hari ini. Harap anda lebih jelas dan lebih mengenali essential oils ni. Next time ecah share lagi info pasal EO ni supaya lebih jelas dan lebih kenal dan lebih jatuh cinta.hehe

Oh ya, kalau ada spesifik eo yang korang nak tahu, or nak tanya kegunaan, blh je PM ecah bila2. I'll be happy to assist. (^_^) 019-9256626 (ecah). Boleh juga follow IG ecah @yleoecah ye. Banyak info ecah share kt sana. 

Be Healthy, Be Happy
Aisyah Adnan

You May Also Like

2 comments

  1. org dewasa pun boleh gn ya ecah utk berurut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua peringkat umur pn boleh. kalau drop dalam carrier oil sebelum urut pon best. tenang je. :)

      Delete