19 January 2017

Motherhood: Perangai 2 Anak

Assalamualaikum

Since anak dah 2 ni, ecah kena up kan lagi tahap kesabaran. Fuh mencabar betul kanak2 ni. Betul la orang kata jaga anak sendiri dengan jaga anak orang lain. Kalau dulu2 masa xde anak ecah memang suka budak2, kira peramah n budak2 pon selesa dengan ecah. Kalau suruh jaga budak, xde masalah. Bak sini nak jagakan. Haha. Tapiiiii, itu anak orang. Jagakan pon sekejap. Kalau menangis ke, meragam ke, masa tu jela pon. Tak terasa sangat penat or mencabar tu. So kira2 bila dah ada anak sendiri nanti setel. Bukan susah pon.

Sekali ambikkkk.....dah ada anak sendiri ni, 2 pulak tu. Baru la daku rasakan. Haha. Dia punya perangaiiiii. Molek mama kemas, dia sepah. Mama elok landing nak susukan adik, kakak oder makan la minum la. Mama nak basuh berak kakak, adik kejar sampai ke bilik air. Lambat sikit meraung sebab x nampak mama. Gini rupanya perangai korang bebudak oi. Belom kira nak tidur malam. Berjampi!

Kadang rasa stress jugak. Tak pernah nya nak boleh rehat. Even duduk saja2 pon ada je si kecik yag datang bergayut kat mama, tarik baju la, rambut la. Serabut. Itu tahap dah stress sangat la tu. Tapi cepat2 mengucap. Jaga anak memang mencabar. Bila rasa dah stress sangat tu cuba pujuk diri balik. Dalam penat dan stress jaga anak, ingat yg situasi ni pon satu nikmat Allah. Kita serabut jaga anak, orang lain yg tengah kerja tu serabut fikir anak selamat tak dalam jagaan orang. Cukup makan tak, tidur dah ke belom, pampers ditukar ke tak. Terus insaf. Tak jadi merungut. huhu

So marilah sama2 bersyukur dengan apa yg kita ada sekarang. Ecah kalau stress sangat dengan anak2 ni, ecah bagi je dieorg menyepah macam mana2 dieorang nak. Nanti mama dah tenang sikit baru datang ajak kemas sama2. Nak tinggi suara pon tak elok. Anak trauma. So mama marilah sama2 menyepah. Sebelum papa balik baru kite kemas. Itupun tahan berapa minit je. hehehe

ni ha mama tengah taip entry blog pon ade datang tukang taip.mana mama x histeria?haha
Alhamdulillah dengan apa yg dimiliki hari ini. Semoga hari kita semua baik2 aje dan dipermudahkan oleh Allah. Amin...

Be Healthy, Be Happy
Aisyah Adnan


4 comments:

  1. xpe ecah anggap je sebahagian drpd pengalaman dan kenangan...nnt diorg dah bsr kita da x alami lg benda sebegini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.biasa sebelum tidur tu datang la mood sedih, anak dah besar dah.cepat betul membesar.tapi bila anak jaga, bergaduh sokmo.haha

      Delete
  2. Assalamualaikum hahahaa betul3. Setuju.jaga anak saudara/adik kandung tak sama dgn jaga anak sendiri. Hihiii sheila kadang2 duduk diam je tgok peel anak2. Hahaha takleh nak marah sgt. Takut sendiri sewel ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.tu la.kalau marah sangat kena diam je.marah2 pon sakit hati jugak,hehe

      Delete

© Aisyah Adnan 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis