15 March 2017

Life as A Fulltime Housewife

Assalamualaikum

Ecah xtau la orang lain macam mana. Tapi sometimes bagi ecah struggle betul duduk rumah jaga anak. Yang bestnya of course la anak kita jaga sendiri. Semua depan mata. Rasa lebih selamat dan tenang. Tapi rasanya x semua bahagia. Datang ribut tu memang semua tunggang langgang. Haha


Macam hari ni la. Stress betul rasanya. Feel so messy, so unorganized,so depressed. Kat sana sorang tengah sepahkan mainan. Kat sini sorang meraung2 kalau mama berdiri sekali pon. Nak mama baring je. Xde kerja boleh setel. So much leisure la kononnya jadi surirumah. Padahal deal dgn emosi yg mcm sikit lg nak gila, mcm sikit lg nak mengamuk. At the end pi lantak la semua. Jom baring tgok tv x buat apa. And thats how i understand why mak membebel banyak sgt masa kiteorg membesar dulu. Pada siapa dia nak cerita? Kuali n periuk jela yg dengar rintihan dia. I cried hard bila every time teringat mak dulu, baru sekarang faham kenapa mak buat gitu, kenapa mak buat gini. Only now i understand. Sebab tu i asked my sisters, no matter how, just try to make mak happy. Dulu mak xde ig nak share hati dan perasaan dia. Haha. Now i'm in the mood "anak2 jgn sampai mama gi kerja". So stressful. Mcm mana nak cerita kat kuali n periuk, bangun basuh pinggan pon anak x bagi. Huwaaa. 


Ada time lain semua smooth. Kerja setel. Baju siap sidai, lauk dh prepare. Anak2 pon okey.Smooth sailing gitu. Tapi nak hari2 x dapat la kan. Anak2 bukan robot, set je dia ikut jadual. Dieorg pn manusia mcm kita, mcm2 peel. Ade yg menghiburkan hati, ade yg menggeramkan hati. Bawak bersabar jela. Nak cerita kt siapa xtauuu. Bukan cm org keje blh sembang2 lunch hour. Duduk rumah sembang ngn anak jela. Sambil nangis cakap mama penat bla bla bla. Anak2 pulak kelip2 mata tengok mama kenapa pulak dh ni. Masing2 x paham. Pastu sambung main dengan bahagia.


Apa pun kerja x kerja ada pro and cons. Sama jela. Nak dapat yg tu, kena korban kan yg ni. X semua mudah kan. Cuma masa kita deal dgn emosi tu, xde kata2 yg dapat membantu melegakan hati. Yg kite nak ada org dengar je. Mcm sekarang la. Stress2 nak update fb la ig la. Pastu fikir2 biar la. Cite kt blog cm privacy  sket. Ada pon org x kenal je.haha. Sebab nanti dh pot pet sana sini, bila fikiran waras sket mula la malu. Weh apa aku tulis niiiii.hahaha


Ok la xde ape nk cerita dah 

0 comments:

Post a Comment

© Aisyah Adnan 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis