16 March 2017

Cerita Stress

Bila kita stress, mengadu or luahkan kt mana2, nanti org kata kita whiny. Merungut dgn apa yg ada. Tapi org x tau tekanan yg kita betul2 rasa. Org kata jgn share kt luar, nak mengadu betul2 gi la mengadu kt Allah. Ingat senang? Kalau macam tu x perlu la kaunselor. Sape yg ada masalah gi solat terus, doa. Nanti tunggu esok lusa selesai la masalah tu. 

Tak semudah tu. Kita perlukan seseorang utk mendengar. Utk bantu kita cari cahaya or jalan tu. Kalau x kita buntu sorang2. Masalah banyak, bila dah serabut kite jadi celaru xtau nak pilih keutamaan yg mana satu. Yg mana paling penting utk diselesaikan. Yg mana patut difikirkan dulu.

Bila stress, semua menda disekeliling jadi punca kita marah. Jadi punca serabut. Percaya la, jadi surirumah pon boleh stress. Anak2 boleh jadi punca kite nak marah2. Rasa nak jerit. Rasa nak lari keluar rumah. Biar semua tenang. Aman je xde bising. Xde sepah tgok sekeliling. Bila jadi macam ni nak buat macam mana? Ingat sengaja nak rasa macam tu? Mak mana x sayang anak? Tapi bila dengan anak pon rasa nak marah, rasa geram, sihat x sebenarnya emosi tu? X kan. Petanda la tu. Stress dah semakin mengawal diri. 

Please, be happy.

0 comments:

Post a Comment

© Aisyah Adnan 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis