03 May 2017

May 2017

Assalamualaikum

Alhamdulillah dah masuk bulan May dah kita untuk tahun ni. Cepat masa berlalu dah tak boleh nak pelik2 dah. Kalau dulu rasa cepatnya masaaaaa. X sempat buat apa dah tau2 nak hujung tahun. Sekarang ni semua rasa biasa2 je. Masa tu memang akan berlalu, so kita la yang kena manfaatkan sebaiknya.


So ecah ni konon2 memanfaatkan masa sampai tak sempat nak update blog. Busy bebeno buat apa la sangat kan. Padahal duduk rumah je. Tapi tu la anak baru nak membesar, nak perhatian sokmo. Jenis tak boleh tengok mama duduk kat meja menghadap laptop, dia datang bergayut kat kaki. Jadi sebelum mama stress, baik mama terus gi layan dia dengan hati yang redho. hehe


Update terbaru ecah, masih lagi housewife. Sambil membesarkan anak2, berjinak2 dengan dunia essential oils. Macam yang korang tengok la dalam post2 lepas, kerja up pasal eo je kan. Alhamdulillah dah nak hampir setahun ni. Seronok sangat dapat kenal eo ni. Rambang mata nak eo tu, nak eo ni. Yang pasti banyak bagi manfaat pada kesihatan dan emosi. Malas cerita lebih2 sebab ni bukan post promo eo. Ni nak cerita pasal perkembangan ecah je.hehe


Apa pun, ecah ada juga mengintai2 kerja. Macam dah selesa sangat dengan keadaan sekarang. Jaga anak, buat bisnes sikit2. Tapi, dalam hati nak juga rasa gi berkerja di luar sana berkhidmat pada masyarakat. Nak apply apa yang di dipelajari, nak tolong orang, nak cari rezeki. Nak keluar dan bergaul dengan orang. Nak rasa ada komuniti pekerjaan. Sebab duduk kat rumah, life nya hanya anak2 dan rumah. Bukan tak bersyukur, tapi nak duduk di luar, buka mata dan keep up with the world. Duduk rumah serius cuba la macam mana sekali pon, tak sempatttttt. Takde nak baca paper, xde nak update cerita dunia. Hal retis pon bolayan. Melainkan kalau ada kawan2 up kat whatsapp group. So hati ini mahu berkerja dan ada lifestyle seorang pekerja. 


Insya-Allah kalau ada rezeki, ada la kan bila2 masa akan datang. Ecah cuba yang terbaik. Usaha selagi boleh, selebihnya pada Allah. Sambil tu, usaha jugak untuk jadi distributor essential oils yg berjaya! Cewah.


Kalau korang nak tahu pasal essential oils, especially Young Living Essential Oils yg hebat tuuuu. Follow IG ecah @yleoecah ye. Nanti tengok la saya membebel kat situ pasal eo. Jom la terjebak samaaaaa.hehe


~Aisyah Adnan~

2 comments:

  1. so, ecah sihat ke x la ni?? anak2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah sihat dah, baru lepas baik demam dan selesema semuanya.

      Delete

© Aisyah Adnan 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis