11 May 2017

Bila Anak-Anak Tidur

Assalamualaikum

Ini lah masanya nak berehat bila dah dapat ketenangan sikit. Anak-anak tidur tu sebenarnya bukan masa rehat yg hakiki. Tapi sometimes kena abaikan kerja dan utamakan rehat. Kalau badan rasa penat sangat2 la. Kebiasaannya bila anak tidur, masa tu la mak  nak sidai baju, basuh baju, basuh pinggan, masak, lipat baju (dah lama x buat, gasak la.haha) dan sebagainya. Masa anak2 mandi, baru boleh sapu lantai, vacuum dan mop. Kalau x dieorang akan jadi sampah yang paling besar duduk tercongok depan penyapu menunggu mama sapu dieorg. Menda macam tu pon jadi permainan yg menyeronokkan. Alahai anak.


Bila penat sangat, memang akal waras dah xleh nak kontrol. Ada je nak dimarahkan. Tapi bila dah tenang (ni tengah tenang la ni), baru la boleh muhasabah diri. Anak2 tidur pon kalau boleh nak kejut ajak main (tipu je, ni la masa paling tenang nak rehat.hihi). Sebolehnya ecah nak juga selitkan masa untuk taip sesuatu untuk blog. Saje2 nak luahkan perasaan dan buat update. Salah satu terapi emosi juga ni. 


Dua tiga hari ni anak-anak x sihat sangat, So mak nya pon sama berjangkit, tapi Alhamdulillah x terlalu lama macam hari tu. Lega tengok anak dah ceria dan boleh menyepahkan rumah dan menaikkan darah mama supaya jadi hijoooo. Itu lah kebahagiaan seorang ibu. Rumah yg ada anak-anak tapi senyap tu pelik. Disiplin betul budak-budaknye sampai xde bunyi kan. Anak ecah memang riuh rendah. Tapi dieorg bukan jenis nangis sangat. Cuma bila datang emosi dia tu, semua menda dia nak pakai air mata. Dia ingat laku, mama lagi hebat xnak layan. huhu


Nak cakap apa sebenarnya ni, xde hala tuju.haha. Sebenarnye ecah nampak Anaqi tengah bergerak2, itu yang hilang semua idea. Jap lagi bangun la budak tu. Mama xleh feel sangat nak menaip. Kena standby bila2 masa je kena lompat gi ke dia kang. Ok la, until next time!


~Aisyah Adnan~


0 comments:

Post a Comment

© Aisyah Adnan 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis