Bagaikan Titisan Embun

by - Friday, February 10, 2017

Assalamualaikum

Hari ni nak citer bisnes sikit la.Since 7 bulan berkecimpung dalam bidang meminyak ni (Essential Oils), Ecah memang macam dah kemaruk berminyak. Ada je koleksi baru yang di REDEEM. So ecah nak citer pasal Dewdrop Diffuser ni. Kalau korang perasan, or jalan2 kat mall, boleh nampak x ade orang jual air purifier? Macam2 jenis ada, kecik besar bulat lonjong semua ada. Nampak kan menda tu golek2 air dalam bekas dia. Ecah guna lebih kurang macam tu, tapi lebih special la.hehehe.

Kenapa special? Bagi pendapat ecah sendiri, diffuser ni comel molek je. Tak besar gedabak. Kalau nak bawak balik kampung letak je dalam beg, pastu angkut essential oil yang berkaitan. Pastu diffuser ni senyap, xde bunyi yang menyakitkan hati. Tau2 asap berkepul. Asap berkepul tu la best, nampak meriah berterbangan. Maknanya molekul essential oil tu sedang bertebaran di udara. So kita boleh dapat kebaikan dari wap2 yang bertebaran tu.

Bagi yg ade anak macam ecah ni, malam2 nak susukan anak kena ada lampu, sebab puas nak meraba kalau gelap. Diffuser ni sambil diffuse, boleh on lampu jugak. Lampu biru lembut2 je duduk dalam gelap. X silau sangat, x gelap sangat. Sedang molek. Apa yg bagusnya, JIMAT ELEKTRIK. Dia akan diffuse essential oils dalam masa 4 jam je, air habis ke x habis ke dia stop. Air habis, tapi diffuser masih jalan rosak weh mesin, letrik pon kena cas. Rugi tau. Tapi diffuser ni tak. Dia off lepas cukup 4 jam. Kalau diffuse malam, masa tu x sedar apa dah. So x perlu nak bangun tutup. Setel

Selain dari kegunaan kt atas, kegunaan utama yg paling best ialah, dia boleh diffuse essential oil yg kita ada. Baru lah boleh beraromaterapi. Bukan setakat sebar bau wangi je ye. Tapi bau yang boleh merawat emosi. Bagi lagi tenang, hilang stress, bunuh bakteria bertebaran di udara. Lagi2 masa musim x sihat tu, stress tau anak2 berjangkit. huu



                

Haaa..ni la dia diffuser yg disebut2 tu. Kalau dalam list Young Living ni, memang baaaanyak gila Essential Oil dia. Tak kira single oil, or oil blend. Memang rambang mata. Masing2 ada kegunaan yang tersendiri, dan harga pon berbeza2.

Kadang2 ade yang terbeliak biji mata dengar harga essential oils ni. Tapi bertenang. Satu botol tahan lama tau, sekali guna pon diffuse beberapa drop je. Selain diffuse blh dilute (campur dgn vco,evoo) dan boleh sapu jugak. Dan yang paling penting, banyak manfaat pada keluarga, berbaloi la beli. Ecah yg kedek bab duit ni pon cuba beli dan cuba rasa macam mana kebaikannya. Sebab tu terus jatuh hati nak sebar manfaat dia pada semua.

So kalau korang nak cuba2 jugak, boleh la tanya pd ecah. Nanti ecah explain dengan lebih lanjut pasal ni. Blh whatsapp je ecah kt 019-9256626. (^_^)

Be Healthy, Be Happy
Aisyah Adnan


You May Also Like

3 comments

  1. Replies
    1. Insya-Allah jimat. Kalau diffuse hari2 pon setiap kali diffuse dlm 4 drop. Kalau dilute utk kegunaan sapu2 lagi jimat sbb campur dgn vco/evoo. ^_^

      Delete
  2. Assalam nk ty, kalau diffuser tu rosak nk repair kt mana eh?

    ReplyDelete