Young Living with Ecah : All About Diffusers

by - Thursday, March 01, 2018

Assalamualaikum


Ecah, nak tanya pasal essential oils. Tapi nak tau juga pasal mesin dia tu. Dia berfungsi macam mana ek? Teringin juga nak cuba tapi tak tahu apa menda tu.

Ni antara soalan yang ecah selalu dapat dari customer yang baru nak berjinak-jinak dengan essential oils. Ramai yang nak cuba, tapi tak tahu apa sebenarnya fungsi diffuser ni. So dalam post kali ni ecah nak kongsi dengan anda tentang diffuser dari Young Living, fungsi dan juga kelebihannya.

1. Diffuser ni khas untuk diffuse essential oils. Boleh juga digunakan sebagai humidifier sebab dia keluarkan wap air. Tapi humidifier biasa yang ada kat pasaran tu tak boleh digunakan untuk diffuse essential oils tau. Nanti rosak pula humidifier korang. Guna mesin yang khas fungsinya untuk essential oils, diffuser tu la. Fungsi diffuser dia menyebarkan wap dan molekul essential oils ke udara dengan memecahkan molekul tu kepada partikel-partikel kecil yang akan tersebar bersama wap air tu. Kalau humidifier dia hanya golek2 essential oil anda dalam bekas, yang keluar cuma kelembapan udara jela. Bau pon tak kuat, essential oils anda pon tak dimanfaatkan sepenuhnya. So susah la nak dapat khasiat essential oils tu kan.

2. Tahukah anda, wap yang keluar dari diffuser ni boleh kurangkan bau yang tak best, ditambah pula dengan essential oils yang anda dah titiskan, dia berfungsi untuk menghapuskan bakteria yang bertebaran di udara. So kalau bilik anda lembab dan selalu berkulat, cuba diffuse essential oil, maybe boleh cuba Purification oil. Bau wangi dapat, bilik bersih pun dapat. Bau pula boleh bantu tenangkan minda, kurangkan tekanan serta tingkatkan fokus.


Best kan diffuser ni sebab dia all in one. Kelebihan diffuser Young Living pula dia ada lampu yang anda boleh gunakan sebagai lampu malam, kalau tak nak lampu tu, boleh off dan diffuser masih boleh berfungsi lagi macam biasa. Diffuser ni senyap dan tak bising. Kalau letak telinga betul-betul sebelah diffuser tu baru akan dengar bunyi humming. Selain tu, dia boleh auto off tau selepas 4 jam. Jadi masa tidur takde la nak kena bangun dan tutup diffuser pulak sebab takut panas ke, litar pintas ke. Air habis, atau essential oils dah habis diffuse, dia akan tutup sendiri.

Kesimpulannya, sangat berbaloi untuk memiliki diffuser ni sebab fungsi dia all in one. Saiz pon comel dan mudah nak bawak ke mana sahaja. Lebih berbaloi lagi kalau anda beli diffuser Young Living sebab ada setahun warranty dari tarikh pembelian. In case ada kerosakan boleh bawak HQ semula. Jadi mari lah pilih diffuser anda dengan harga serendah RM301 (harga ahli) dan dapatkan FREE 2 botol essential oils dengan pembelian diffuser tersebut!


"to share with love, to educate with passion"
Ecah,
Young Living Independent Distributor
ID:4005522
019-9256626

You May Also Like

12 comments

  1. Replies
    1. X sure la ecah. Kalau brand dr Young Living betul la tu. Young Living kt Malaysia baru beberapa tahun. Tapi dalam pasaran dunia dh 20 tahun ++ (^_^)

      Delete
  2. Replies
    1. sihat Alhamdulillah..... Lama ecah x update blog, rindu nak menaip tapi x menyempat sokmo.hehe

      Delete
  3. Nice answers in return of this query with genuine arguments and describing
    the whole thing concerning that.

    ReplyDelete
  4. Salam puan ecah..sy ni baru nk risik2 young living ni...cuma nk tny...sy ada tgk diffuser yg baru ni nama dia 'lantern diffuser'..apa beza yg ni dgn 'dewdrop'?

    ReplyDelete
  5. Hi, kalau sy nk beli diffuser young living tanpa online,,kedai ke,,ade?

    ReplyDelete
  6. Setiap warna lampu ni ada fungsi ke Pn. Ecah..

    ReplyDelete
  7. Kalau air kering kita biar kan on ke x pe ke??mesin ni boleh rosak ke??sebab nak buat lampu tdo,sbb air tu akn kering dlm benerapa jam je kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xde masalah. Bila air kering mmg dia akan stop sendiri diffusing tu tp lampu on. Sbb tu blh jadikan dia night light. Tp pagi kena off la lampu tu supaya x membazir.

      Delete