• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

Aisyah Adnan

Assalamualaikum

Since anak dah 2 ni, ecah kena up kan lagi tahap kesabaran. Fuh mencabar betul kanak2 ni. Betul la orang kata jaga anak sendiri dengan jaga anak orang lain. Kalau dulu2 masa xde anak ecah memang suka budak2, kira peramah n budak2 pon selesa dengan ecah. Kalau suruh jaga budak, xde masalah. Bak sini nak jagakan. Haha. Tapiiiii, itu anak orang. Jagakan pon sekejap. Kalau menangis ke, meragam ke, masa tu jela pon. Tak terasa sangat penat or mencabar tu. So kira2 bila dah ada anak sendiri nanti setel. Bukan susah pon.

Sekali ambikkkk.....dah ada anak sendiri ni, 2 pulak tu. Baru la daku rasakan. Haha. Dia punya perangaiiiii. Molek mama kemas, dia sepah. Mama elok landing nak susukan adik, kakak oder makan la minum la. Mama nak basuh berak kakak, adik kejar sampai ke bilik air. Lambat sikit meraung sebab x nampak mama. Gini rupanya perangai korang bebudak oi. Belom kira nak tidur malam. Berjampi!

Kadang rasa stress jugak. Tak pernah nya nak boleh rehat. Even duduk saja2 pon ada je si kecik yag datang bergayut kat mama, tarik baju la, rambut la. Serabut. Itu tahap dah stress sangat la tu. Tapi cepat2 mengucap. Jaga anak memang mencabar. Bila rasa dah stress sangat tu cuba pujuk diri balik. Dalam penat dan stress jaga anak, ingat yg situasi ni pon satu nikmat Allah. Kita serabut jaga anak, orang lain yg tengah kerja tu serabut fikir anak selamat tak dalam jagaan orang. Cukup makan tak, tidur dah ke belom, pampers ditukar ke tak. Terus insaf. Tak jadi merungut. huhu

So marilah sama2 bersyukur dengan apa yg kita ada sekarang. Ecah kalau stress sangat dengan anak2 ni, ecah bagi je dieorg menyepah macam mana2 dieorang nak. Nanti mama dah tenang sikit baru datang ajak kemas sama2. Nak tinggi suara pon tak elok. Anak trauma. So mama marilah sama2 menyepah. Sebelum papa balik baru kite kemas. Itupun tahan berapa minit je. hehehe

ni ha mama tengah taip entry blog pon ade datang tukang taip.mana mama x histeria?haha
Alhamdulillah dengan apa yg dimiliki hari ini. Semoga hari kita semua baik2 aje dan dipermudahkan oleh Allah. Amin...

Be Healthy, Be Happy
Aisyah Adnan


Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Assalamualaikum

Sejak berjinak2 dgn essential oil (EO)  ni, kesihatan anak-anak pon semakin okay, mood pon baik, ecah sendiri pon rasa enjoy sebab ada sesuatu yang boleh dilakukan. Kalau diikutkan, dah hampir setahun kenal EO ni betul2. Itupun kawan kenalkan, siap bagi free sampel lagi. Masa tu ecah dapat EO Cedarwood & Joy. Kebetulan ecah masih pregnantkan Anaqi, kakak dia Rasya tengah dalam fasa memberontak dan nak perhatian. Sokmo la nangis, tidur lambat sampai 3-4 pagi. Stress jugak la. Dah la mama tengah boyot2, dia pulak buat perangai macam tu kan.

Honestly masa mula2 bau Cedarwood tu rasa cam, Ya Allah bau kayu apa ni!!! Tak berkenan sungguh. Tobat xnak cuba la dah. haha. Pastu bau EO Joy. Ok sejuk hati sikit, bau bunga2. Happy sikit kan. Nak komplen lebih2 orang bagi free. So sila la bersyukur. hehe

Pastu, kawan2 yg promote kenen2kan pulak satu EO ni. Geranium. Beli sample jugak masa tu. Sombong lagi. hehe. Tapi ecah sangat suka dan jatuh hati dgn Geranium ni. Wangi, mood happy2 je. Masa tu dah bulan Jun ke Julai. Dah lahirkan Anaqi. Cakap kat abg gambo mcm berminat je nak menceburi bidang minyak2 ni. Tanya pendapat dia. Dia pon setuju. Siap pesan buat elok2. Ok then, proceed. 

Alhamdulillah. Sekarang dah masuk bulan ke-7 ecah menceburi bidang oiling ni. Overall, memang best, lagi2 utk kesihatan diri dan anak2. Tidak la kata EO ni blh menyembuhkan semua penyakit. Kalau x apa guna kite ada doktor dan segala pakar tu kan. Bagi ecah, EO ni sebagai langkah pencegahan, dan usaha sampingan utk kesihatan dari segi emosi. Sebab bau juga boleh mempengaruhi mood kita sepanjang hari. Bau boleh buat kita happy, bau boleh buat kite marah, bau jugak boleh buat kite jadi pening. Mula la sakit hati kan, pastu sepanjang hari kerja x jalan. haha.

Essential oil dari Young Living ni bukan sekadar bau saje, tp dia juga aromaterapi. Dia jugak bersihkan udara sekeliling. Nak guna EO ni, diffuse boleh, sapu boleh, hidu direct pon boleh. Kalau korang nak tau lebih lanjut, nak consult cara guna, nak try2, boleh la contact ecah bila2. Insya-Allah ecah cuba bantu sebaiknya.


Be Healthy, Be Happy
Aisyah Adnan

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Assalamualaikum



Sekarang kita dh memasuki separuh bulan Januari, sekejap sangat kan masa berlalu. Pejam celik dah hari Jumaat, pastu Isnin mula la lemau nk kerja, yg duduk rumah saje2 ni pon sama naik jugak lemau nya. haha. Pastu tau2 je dah hari Jumaat, dan hujung minggu berlalu sekelip mata je. Esok lusa tau2 dah nak masuk 2018 pulak.

Biasa orang masuk new year jek ada la list azam masing2 kan? Yang paling common, NAK KURUS. Walaupun ecah sendiri bukan jenis yg suka berazam itu ini, keinginan nak kurus tu memang ada tiap2 awal tahun baru. Tapi bila dah sampai hujung tahun, timbang berat bukan jadi makin kurus, tapi makin naik ade lah. haha. Apa la nasib. :p

Tapi tahun ni, rasa macam nak berazam sikit lah. Yela, usia pon bukannya makin muda, anak pon dah 2 ni ha. Kalau pun bukan azam sungguh2, tapi sekurang-kurangnya kena ada planning. Baru la kite tahu hidup tu untuk apa. Baru la ada rasa keazaman dan excited nak kejar sesuatu kan. So, tahun ni nak cuba rasa, mcm mana mengejar sesuatu azam. 

So ape lagi, jom la gi list nak berazam apa.hahahahaha (rupanya x buat lagi ye ecah!) *nangis*

Be Healthy, Be Happy
Aisyah Adnan
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About me


Aisyah Adnan. A mom and an oiler. Young Living Essential Oils Independent Distributor. Find me at IG: aishareoils

Readers are Leaders!

Sponsor

Blog Archive

  • ►  2023 (24)
    • ►  November 2023 (1)
    • ►  October 2023 (2)
    • ►  August 2023 (2)
    • ►  July 2023 (2)
    • ►  June 2023 (2)
    • ►  May 2023 (3)
    • ►  April 2023 (2)
    • ►  March 2023 (3)
    • ►  February 2023 (7)
  • ►  2021 (4)
    • ►  May 2021 (1)
    • ►  April 2021 (1)
    • ►  March 2021 (1)
    • ►  February 2021 (1)
  • ►  2018 (5)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  March 2018 (4)
  • ▼  2017 (13)
    • ►  October 2017 (1)
    • ►  July 2017 (1)
    • ►  May 2017 (2)
    • ►  March 2017 (2)
    • ►  February 2017 (4)
    • ▼  January 2017 (3)
      • Motherhood: Perangai 2 Anak
      • Young Living Essential Oils
      • Daily Life: January, 2017
  • ►  2016 (5)
    • ►  December 2016 (2)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  October 2016 (1)
  • ►  2014 (58)
    • ►  December 2014 (1)
    • ►  November 2014 (1)
    • ►  October 2014 (6)
    • ►  September 2014 (7)
    • ►  August 2014 (7)
    • ►  July 2014 (1)
    • ►  June 2014 (3)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  April 2014 (1)
    • ►  March 2014 (16)
    • ►  February 2014 (9)
    • ►  January 2014 (5)
  • ►  2013 (127)
    • ►  December 2013 (13)
    • ►  November 2013 (23)
    • ►  October 2013 (11)
    • ►  September 2013 (9)
    • ►  August 2013 (7)
    • ►  July 2013 (1)
    • ►  June 2013 (16)
    • ►  May 2013 (14)
    • ►  April 2013 (11)
    • ►  March 2013 (10)
    • ►  February 2013 (7)
    • ►  January 2013 (5)
  • ►  2012 (123)
    • ►  December 2012 (2)
    • ►  November 2012 (5)
    • ►  October 2012 (12)
    • ►  September 2012 (2)
    • ►  August 2012 (4)
    • ►  July 2012 (11)
    • ►  June 2012 (25)
    • ►  May 2012 (16)
    • ►  April 2012 (12)
    • ►  March 2012 (15)
    • ►  February 2012 (12)
    • ►  January 2012 (7)
  • ►  2011 (136)
    • ►  December 2011 (7)
    • ►  November 2011 (19)
    • ►  October 2011 (21)
    • ►  September 2011 (9)
    • ►  August 2011 (26)
    • ►  July 2011 (25)
    • ►  June 2011 (16)
    • ►  May 2011 (9)
    • ►  April 2011 (4)

Keeping Up with The Bloggers

  • Aku Sis Lin
    TORAMARU WAGYU YAKINIKU - PENGALAMAN MAKAN GRILL PREMIUM DI TENGAH BANDAR JB!
  • Anies♥You
    #SoloTravel #Bangkok - singgah Hard Rock Cafe dan Gaysorn Village
  • BEN ASHAARI
    Makan telur pun diorang jadikan isu panas !
  • Dunia Blog IQ
    Kasut Jazz Pallas Sentiasa Menjadi Pilihan Anak Untuk Ke Sekolah!
  • MRHANAFI
    Baru faham bagaimana rasanya malas
  • MENJARING IMPIAN
    Lokasi Menarik untuk Percutian ke Taiwan
  • ♥♥Puan mah♥♥
    MUSIBAH...
Show 5 Show All

Created with by ThemeXpose