Temuduga Pegawai Psikologi S41 (2016)
Assalamualaikum
Seminggu yang lepas ecah duduk kat kampung, bawak anak-anak tinggal dengan tokma dan mak sedara dieorg. Dah lama sangat tak balik, so abg gambo bagi kebenaran stay kat kampung lama sikit tanpa dia. Al-kisahnya ada la satu hari ni dapat email dari SPA. Rupanya ada interview untuk jawatan seperti yang di atas. Berdebar iols sebab dah lama tak gi interview. Pulak tu sekarang takde exam tapisan dah ye. Tapi bagi ecah mudah sikit la kot, iols selalu kantoi bab tu sebab bahagian Math tu alahai pening.
So, semalam (20/12/2016) tiba lah giliran ecah utk ditemuduga. Risik2 dengan kengkawan dan website SPA, temuduga ni ambil masa dari 14 Dec-29 Dec dengan calon 484 orang, 5 yang akan dipilih, 30 calon simpanan. Omakaih ramai bebeno ni. hahaha. Tapi ecah x pasti la kesahihan info tu. Yang pasti tarikh interview tu memang ada kt website SPA.
So back to the point, pepagi kejut anak2 bangun, bawak mandi, layan ragam sorang2 yang bukan jenis bangun pagi, pastu 7:30am berjaya la sampai ke SPA Putrajaya. Beli breakfast dulu, pukul 8am baru dapat naik Blok C Aras 6. Bagi dokumen utk staff yg sambut tu semak dan kemudian dapat no giliran. Ecah perasan sesi pagi tu ada 14 orang calon yang akan ditemuduga.
Giliran ecah yg ke-5, ada la dalam 1 jam 30 minit menunggu, baru la sampai giliran. Dari luar boleh dengar sayup2 je, ade yg jawab kuat2, ade yg seronok siap bergelak ketawa, ada yg lama gila sesi dia. Debar sungguh menunggu.
Ok sampai turn saye, bagi fail, panel tanya kenal x siapa dieorang (panel kata: biasa calon2 ni dia buat homework dulu kan siapa yang nak iv dieorg utk impress panel tu). Tapi ecah krik krik krik. Maaf tuan saya tak kenal. Pastu masa sesi baru la recall muka panel sebab ecah dah tgok dalam internet sebenarnya. huhuhu. Cuma masa tu nervous, memang takleh nak sebut nama dieorg. So ni antara beberapa soalan yang ditanya
Pot pet pot pet, dah habis sesi saya. Sekejap je dalam 20 minit. Calon sebelum tu punya la lama sesi dia. So iols rasa cam sob sob la jugak. hahaha. Tapi mungkin sebab dia rasa dah banyak dah dia tanya ecah, pusing2 pon pasal stress je. Dan ecah rasa puas hati sebab dah dapat berikan yang terbaik.
So pada sesiapa yang bakal gi iv ni, GOOD LUCK! Enjoy sahaja sesi anda tu, banyakkan selawat dan bertenang. Kalau dah rezeki, 1000 calon pon jawatan tu tetap milik kita kan. Doa banyak2.
Oh ya,ecah nak add sikit, nanti masa daftar kat kaunter masa mula2 sampai tu rajin2 la tanya staff yg bertugas kt situ panel hari tu siapa, so nanti sementara menunggu boleh juga google2 pasal panel. Ecah x terfikir nak tanya masa tu. huhu. So korang jadikan pengajaran ok. (^_^)
Be Healthy, Be Happy!
Aisyah Adnan
4 comments
Wahh terima kasih share pengalaman. Sy pun iv utk jawatan ni jg esk. Tu yg google2 pengalaman org lain 😄
ReplyDeleteNuraida
sama2, good luck ye. (^_^)
Deleteslmt berjaya ecah!
ReplyDeleteterima kasih! (^_^)
Delete