17 November 2016

Daily Life: Hobi

Assalamualaikum

Sambil bagi peluang utk anak2 berkarya a.k.a menyepah kan rumah, ecah rasa nak menaip pulak siang2 hari ni. Fokus sebentar pada diri sendiri depan skrin laptop tanpa menjeling ke tepi walaupun keinginan nak jeling tu kuatttt sangat. Al-maklum la mak2 punya naluri ni lain macam sikit panik dia. Lagi2 sambil taip ni dengar bunyi sesuatu yg dikoyak. (korang buat apa tu anak2 oiiiii)

Well, nak cakap pasal hobi sebenarnya. Kalau dulu2, bila org tanya hobi ecah apa, ecah kata membaca. Tapi kalau la disuruh list buku apa yg dah dibaca sepanjang tahun. Hmmm...terus blank. Haha. Dulu masa bujang suka gi Big Bad Wolf. Kalau pernah baca ecah dulu pantang ada Big Bad Wolf mesti update kt sini, wajib pergi tiap tahun. Last time pergi masa mengandungkan Rasya. Boboyot sgt masa tu, tapi sis gigih. haha

Ok, that was the last time ecah gi book fair. Dan itu lah jugak last time ecah betul2 membaca buku. Tak termasuk baca notes utk study exam la. Maksudnya membaca utk leisure, layan perasaan, bagi makan pada otak something new, something critical utk diproses. Lepas tu, krohhhhh. Sampai skang xde buku pon yg berjaya dibaca sampai habis. Nanti dtg little monsters koyak. 

Sebenarnya ada lagi buku x terbaca kt rumah ni, siap kirim dgn kakak lg suruh belikan buku, dengan nekad konon2 nanti akan baca la lepas anak2 tido. Tapi hampehhhh. Anak tido siang masa tu la nak berdesup sidai baju, masak, makan, mengemas apa yg patut. Anak tido malam, mak sama terbongkang sebab siang dah penat sangat. Sudahnya buku berhabuk. Nangissss

So, selamat tinggal hobi yg x berapa nak dipraktikkan ituuuu. Nak tau tak sekarang ecah tetiba ada keinginan utk hobi baru. Tapi yg ni baru berangan, baru berminat dan baru teringinnnn. Cuma masa x mengizinkan, dan little monsters pon x izinkan ecah buat menda ni. Nak tau apa?

Ecah teringin nak join Marathon. Run. Jogging. 

Tapi daku berattttt...gigih x nak lari. Sokmo la tgok run tu semua 5km, 10km. Semput makkkk. ahahaha

Maka nya? Marilah makan kek. Adiosss. (baju yg dah dilipat habis bersepahhhh.huwaaaa)

Be Healthy, Be Happy!
Aisyah Adnan

4 comments:

  1. assalamualaikum ecah pekaboooo??? ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...

      ecah sihat je.baru nak berjinak2 blogging semula.hehe.

      Delete
  2. Assalamualaikum ecah.. nak join group sd ehh? Kami dalam telegram. Nanti ecah kasi no tel kat sheila.. kita tlg add kan. Ada berbaki 1 minggu ni sebelum group mula bakinf. Hehe bolehlah ni join kejar kitorang hehehe.

    Btw sheila pun nak join marathon, run, tapi ada anak2 kecil ni simpan hasrat aje lah hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak xde telegram pulak.kena install la kt phone apps telegram ni.hehe

      Delete

© Aisyah Adnan 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis