• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

Aisyah Adnan

Assalamualaikum

Bila dah jadi mak2 ni, bukan kesihatan diri sendiri je nak kena cakna. Kesihatan suami kita jaga, kesihatan anak2 pon kita jaga. Lagi2 bab anak la. Ni datang pulak musim demam, selesema dan batuk. Dah kalah doktor persiapan mak nak merawat anak. Matlamat utama, nak anak sihat cepat dan janganlah sampai nak kena admit hospital. Sekian hal pulak nak kena berkampung. Kalau anak sorang boleh la hadap dia je, admit pon macam check in hotel. Kalau anak dah 2,3,4? Duduk kt hospital dah macam ayam nak bertelur sebab risau ke anak2 lain. Huhu

Kalau dulu, asal anak sakit je angkut terus gi klinik. Berdesup x fikir apa. Lagi2 sebab xyah bayar (at the moment la) sebab pakai GL abg gambo. Risau sangat kononnya. Masa Rasya la pantang x sihat terus pecut klinik. Tapi Anaqi ni mak maintain sket. Tengok dulu simptom teruk ke, idok ke. Bukan sebab x sayang, tapi sebab lebih berilmu dan berpengalaman. Hehehe

Tapi lepas menceburi bidang minyak ni, mak lagi bertenang. Anak sakit cuba dulu ikhtiar dengan essential oils. Sapu mana2 EO yang berkenaan utk tackle batuk ke, selesema ke, or demam ke. Pastu pantau la perubahan anak. Kalau makin okey, teruskan jela rawat sendiri, kalau dalam sehari tu tengok makin panas, makin teruk sakit even dah cuba macam2 consistently, bawak la gi klinik. 

So, apa ecah guna kalau anak2 x sihat? Dalam kes selesema, batuk dan berkahak ecah suka pakai EO RC dan Breathe Again. Dapat pon masa register jadi ahli, so alang2 menda dah ada, cuba guna jelakan. Bukan anak2 je boleh pakai, mak bapak pon join sama. Asal batuk je calit, selesema je calit. Setel. Ingat, kalau x setel sila jumpa doktor. 


Haa, ni la mendanye..Alhamdulillah so far ecah guna essential oils ni hasilnya baik2 aje. Anaqi buang poo2 pon nampak keluar sekali lendir kahak, kalau malam batuk koh koh tu sapu Breathe Again lega sikit, kalau x siksa nak dengar dia batuk. Kesian dia. 

Sambil ecah cerita pasal anak ni sambil nak bagitau la yg ecah skang pon dh jd Independet Distributor Young Living yg jual essential oils dan segala mak nenek yg sama waktu dengannya. hehe. So kalau korang berminat, boleh PM ecah ye. Nanti dalam post2 lain ecah cerita la pasal EO, Diffuser dan segala produk yg berkaitan utk kesihatan keluarga kita. (^_^)

Be Healthy, Be Happy!
Aisyah Adnan
019-9256626
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Assalamualaikum

Seminggu yang lepas ecah duduk kat kampung, bawak anak-anak tinggal dengan tokma dan mak sedara dieorg. Dah lama sangat tak balik, so abg gambo bagi kebenaran stay kat kampung lama sikit tanpa dia. Al-kisahnya ada la satu hari ni dapat email dari SPA. Rupanya ada interview untuk jawatan seperti yang di atas. Berdebar iols sebab dah lama tak gi interview. Pulak tu sekarang takde exam tapisan dah ye. Tapi bagi ecah mudah sikit la kot, iols selalu kantoi bab tu sebab bahagian Math tu alahai pening.

So, semalam (20/12/2016) tiba lah giliran ecah utk ditemuduga. Risik2 dengan kengkawan dan website SPA, temuduga ni ambil masa dari 14 Dec-29 Dec dengan calon 484 orang, 5 yang akan dipilih, 30 calon simpanan. Omakaih ramai bebeno ni. hahaha. Tapi ecah x pasti la kesahihan info tu. Yang pasti tarikh interview tu memang ada kt website SPA.

So back to the point, pepagi kejut anak2 bangun, bawak mandi, layan ragam sorang2 yang bukan jenis bangun pagi, pastu 7:30am berjaya la sampai ke SPA Putrajaya. Beli breakfast dulu, pukul 8am baru dapat naik Blok C Aras 6. Bagi dokumen utk staff yg sambut tu semak dan kemudian dapat no giliran. Ecah perasan sesi pagi tu ada 14 orang calon yang akan ditemuduga.

Giliran ecah yg ke-5, ada la dalam 1 jam 30 minit menunggu, baru la sampai giliran. Dari luar boleh dengar sayup2 je, ade yg jawab kuat2, ade yg seronok siap bergelak ketawa, ada yg lama gila sesi dia. Debar sungguh menunggu.

Ok sampai turn saye, bagi fail, panel tanya kenal x siapa dieorang (panel kata: biasa calon2 ni dia buat homework dulu kan siapa yang nak iv dieorg utk impress panel tu). Tapi ecah krik krik krik. Maaf tuan saya tak kenal. Pastu masa sesi baru la recall muka panel sebab ecah dah tgok dalam internet sebenarnya. huhuhu. Cuma masa tu nervous, memang takleh nak sebut nama dieorg. So ni antara beberapa soalan yang ditanya


-Apa beza course yg belajar masa sarjana muda dengan sarjana.
-Apa itu stress, macam mana nak kenal stress, kalau buat kursus pasal stress 3 hari apa modul nak pakai, inventori tentang stress
-Pengalaman kerja lama, pengalaman program ecah buat kat penjara dulu (dia tengok sijil)

Pot pet pot pet, dah habis sesi saya. Sekejap je dalam 20 minit. Calon sebelum tu punya la lama sesi dia. So iols rasa cam sob sob la jugak. hahaha. Tapi mungkin sebab dia rasa dah banyak dah dia tanya ecah, pusing2 pon pasal stress je. Dan ecah rasa puas hati sebab dah dapat berikan yang terbaik.

So pada sesiapa yang bakal gi iv ni, GOOD LUCK! Enjoy sahaja sesi anda tu, banyakkan selawat dan bertenang. Kalau dah rezeki, 1000 calon pon jawatan tu tetap milik kita kan. Doa banyak2. 

Oh ya,ecah nak add sikit, nanti masa daftar kat kaunter masa mula2 sampai tu rajin2 la tanya staff yg bertugas kt situ panel hari tu siapa, so nanti sementara menunggu boleh juga google2 pasal panel. Ecah x terfikir nak tanya masa tu. huhu. So korang jadikan pengajaran ok. (^_^)

Be Healthy, Be Happy!
Aisyah Adnan

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Assalamualaikum

Sambil bagi peluang utk anak2 berkarya a.k.a menyepah kan rumah, ecah rasa nak menaip pulak siang2 hari ni. Fokus sebentar pada diri sendiri depan skrin laptop tanpa menjeling ke tepi walaupun keinginan nak jeling tu kuatttt sangat. Al-maklum la mak2 punya naluri ni lain macam sikit panik dia. Lagi2 sambil taip ni dengar bunyi sesuatu yg dikoyak. (korang buat apa tu anak2 oiiiii)

Well, nak cakap pasal hobi sebenarnya. Kalau dulu2, bila org tanya hobi ecah apa, ecah kata membaca. Tapi kalau la disuruh list buku apa yg dah dibaca sepanjang tahun. Hmmm...terus blank. Haha. Dulu masa bujang suka gi Big Bad Wolf. Kalau pernah baca ecah dulu pantang ada Big Bad Wolf mesti update kt sini, wajib pergi tiap tahun. Last time pergi masa mengandungkan Rasya. Boboyot sgt masa tu, tapi sis gigih. haha

Ok, that was the last time ecah gi book fair. Dan itu lah jugak last time ecah betul2 membaca buku. Tak termasuk baca notes utk study exam la. Maksudnya membaca utk leisure, layan perasaan, bagi makan pada otak something new, something critical utk diproses. Lepas tu, krohhhhh. Sampai skang xde buku pon yg berjaya dibaca sampai habis. Nanti dtg little monsters koyak. 

Sebenarnya ada lagi buku x terbaca kt rumah ni, siap kirim dgn kakak lg suruh belikan buku, dengan nekad konon2 nanti akan baca la lepas anak2 tido. Tapi hampehhhh. Anak tido siang masa tu la nak berdesup sidai baju, masak, makan, mengemas apa yg patut. Anak tido malam, mak sama terbongkang sebab siang dah penat sangat. Sudahnya buku berhabuk. Nangissss

So, selamat tinggal hobi yg x berapa nak dipraktikkan ituuuu. Nak tau tak sekarang ecah tetiba ada keinginan utk hobi baru. Tapi yg ni baru berangan, baru berminat dan baru teringinnnn. Cuma masa x mengizinkan, dan little monsters pon x izinkan ecah buat menda ni. Nak tau apa?

Ecah teringin nak join Marathon. Run. Jogging. 

Tapi daku berattttt...gigih x nak lari. Sokmo la tgok run tu semua 5km, 10km. Semput makkkk. ahahaha

Maka nya? Marilah makan kek. Adiosss. (baju yg dah dilipat habis bersepahhhh.huwaaaa)

Be Healthy, Be Happy!
Aisyah Adnan
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Assalamualaikum

Apa point post kali ni pon xtau, masih cuba mencari feel blogging sebenarnya. Tapi keinginan dihati memang nak blogging sokmo. Hehe. 

Sebenarnya bila dah jadi surirumah ni hari-hari rutin dia sama jek. Siap boleh adjust lagi nak setel kerja bila, mana nak dahulukan, mana nak dikemudiankan. Tapi nak tanya la surirumah2 lain, penah tak rasa cam "alaaaa, malasnya nak masak hari ni". Rasa nak baring jek, masak xde mood, tapi makan ade mood pulak. Tapi xde sape nak masak. haha

Kadang-kadang ada jugak rasa macam tu. Tengah basuh beras dok terfikir, Hmmm..masak nasik lagi. Bosannya masak. Terasa macam nak buat kerja lain. huhu. Itu yg balik blogging ni. Rasa cam taip kerja kt workdesk je kan. Hihi

Nak kerja, nak ada kerjaya. Tapi nak flexible time. Boleh tak? Sebab nak jaga anak sendiri, nak tengok anak depan mata. Tapi passion utk berkerjaya masih membara. Dah abis belajar, nak belajar lagi. Rasa macam nak mengajar la pulak. Tapiiiiiii, bila ingat anak terbantut pulak perasaan tu. Nanti anak dah besar baru nak kerja ada orang nak ambik lagi tak? Masa tu umur 40an. Hihi

Dan sometimes, terfikir apa pencapaian aku setakat hari ni. Tapi tu la, sebenarnya kita kena bersyukur dengan apa yg kita ada. Dalam rasa penat dan bosan dengan aktiviti seharian yg macam ni, ada ramai lagi orang kt luar yg nak jadi seperti kita. Nak duduk rumah macam kita, jaga anak2 macam kita. So, kena bersyukur la sebab kita diberi peluang utk jadi macam ni. Stay at home mom. 

But still, dalam menjadi Stay At Home Mom ni, nak jugak generate income kan. So, nak buat apa ni?hehe

Be Healthy, Be Happy
Aisyah Adnan



Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Hai semua.

~krik ~krik ~krik (awkward)

Reader be like: eh siapa dia ni? haha

Anyway, apa khabar semua? Kalau saya masih ada reader la. Entah tetiba datang semangat nak menaip. Insya-Allah plannya macam nak menghabiskan masa yg free dengan update blog sikit2. Ada jugak tempat nak meluahkan pendapat dan perasaan. Tapi kali ni secara matang sikit la.

Cakap pasal matang, tadi ecah scanning entry2 lama, baca la jugak sikit2 bebelan dulu2 kala masa masih muda dan berdarah panas. Hahahaha. Kelakar ok, lepas baca gelabah aku dok cari butang delete mana butang delete. (malu dengan diri sendiri.hihi) 

So, for a quick update about my life.

Alhamdulillah sudah menjangkau 4 tahun perkahwinan. Dikurniakan dengan anak ke-2, adik kepada Nur Rasya Amani. Namanya Anaqi Rizqi, dah 7 bulan pon. Pantas kau cah, pantasssss.haha. Alhamdulillah.

Juga dah berjaya menghabiskan pengajian di UKM. After all the rant, penat+stress+kalut dan segala2nya lah. Bergenang air mata melangkah masuk dewan. We've made it! Bersyukur dan rasa seronok sangat.

Masih lagi bahagia membesarkan anak2, buat masa ni ecah jadi surirumah sepenuh masa, besarkan anak2 dan juga badan.kikiki. Insya-Allah jika ada rezeki ecah bersedia bekerja tapi buat masa ni, inilah perancangan Allah, ecah terima sebab lebih bahagia tgok anak-anak membesar depan mata.

That's it for now. Harapannya semoga selepas ni entry2 yg bakal diupdate lebih berilmiah dan memberikan manfaat kepada pembaca. Rasa kekok pulak menaip entry, tp at the same time, I feel alive, like I have someone to talk to. 

Semoga dapat melihat ecah update blog lg in future. Thanks for reading!

Be Healthy, Be Happy
~Aisyah Adnan~
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

About me


Aisyah Adnan. A mom and an oiler. Young Living Essential Oils Independent Distributor. Find me at IG: aishareoils

Readers are Leaders!

Sponsor

Blog Archive

  • ►  2023 (24)
    • ►  November 2023 (1)
    • ►  October 2023 (2)
    • ►  August 2023 (2)
    • ►  July 2023 (2)
    • ►  June 2023 (2)
    • ►  May 2023 (3)
    • ►  April 2023 (2)
    • ►  March 2023 (3)
    • ►  February 2023 (7)
  • ►  2021 (4)
    • ►  May 2021 (1)
    • ►  April 2021 (1)
    • ►  March 2021 (1)
    • ►  February 2021 (1)
  • ►  2018 (5)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  March 2018 (4)
  • ►  2017 (13)
    • ►  October 2017 (1)
    • ►  July 2017 (1)
    • ►  May 2017 (2)
    • ►  March 2017 (2)
    • ►  February 2017 (4)
    • ►  January 2017 (3)
  • ▼  2016 (5)
    • ▼  December 2016 (2)
      • Motherhood: Anak Berkahak, Apa Nak Buat?
      • Temuduga Pegawai Psikologi S41 (2016)
    • ►  November 2016 (2)
      • Daily Life: Hobi
      • Daily Life: Pencapaian
    • ►  October 2016 (1)
      • It's 2016! Assalamualaikum
  • ►  2014 (58)
    • ►  December 2014 (1)
    • ►  November 2014 (1)
    • ►  October 2014 (6)
    • ►  September 2014 (7)
    • ►  August 2014 (7)
    • ►  July 2014 (1)
    • ►  June 2014 (3)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  April 2014 (1)
    • ►  March 2014 (16)
    • ►  February 2014 (9)
    • ►  January 2014 (5)
  • ►  2013 (127)
    • ►  December 2013 (13)
    • ►  November 2013 (23)
    • ►  October 2013 (11)
    • ►  September 2013 (9)
    • ►  August 2013 (7)
    • ►  July 2013 (1)
    • ►  June 2013 (16)
    • ►  May 2013 (14)
    • ►  April 2013 (11)
    • ►  March 2013 (10)
    • ►  February 2013 (7)
    • ►  January 2013 (5)
  • ►  2012 (123)
    • ►  December 2012 (2)
    • ►  November 2012 (5)
    • ►  October 2012 (12)
    • ►  September 2012 (2)
    • ►  August 2012 (4)
    • ►  July 2012 (11)
    • ►  June 2012 (25)
    • ►  May 2012 (16)
    • ►  April 2012 (12)
    • ►  March 2012 (15)
    • ►  February 2012 (12)
    • ►  January 2012 (7)
  • ►  2011 (136)
    • ►  December 2011 (7)
    • ►  November 2011 (19)
    • ►  October 2011 (21)
    • ►  September 2011 (9)
    • ►  August 2011 (26)
    • ►  July 2011 (25)
    • ►  June 2011 (16)
    • ►  May 2011 (9)
    • ►  April 2011 (4)

Keeping Up with The Bloggers

  • Aku Sis Lin
    TORAMARU WAGYU YAKINIKU - PENGALAMAN MAKAN GRILL PREMIUM DI TENGAH BANDAR JB!
  • Anies♥You
    #SoloTravel #Bangkok - singgah Hard Rock Cafe dan Gaysorn Village
  • BEN ASHAARI
    Makan telur pun diorang jadikan isu panas !
  • Dunia Blog IQ
    Kasut Jazz Pallas Sentiasa Menjadi Pilihan Anak Untuk Ke Sekolah!
  • MRHANAFI
    Baru faham bagaimana rasanya malas
  • MENJARING IMPIAN
    Lokasi Menarik untuk Percutian ke Taiwan
  • ♥♥Puan mah♥♥
    MUSIBAH...
Show 5 Show All

Created with by ThemeXpose