Review Lebensstil Kollektion Coffee Machine

by - Saturday, May 22, 2021

 Assalamualaikum

Hai semua! Apa khabar? Haaa, hari ni ecah datang mood rajin nak cerita pasal mesin kopi ni. Sebenarnya ecah memang suka minum kopi dari bujang lagi. Tapi dulu2 pandai minum nescafe or kopi cap gajah. Bila dah bekerja, pandai dah test2 Starbucks or Cofee Bean. Then bila McDonalds kenalkan MCCafe, ecah minum Latte or Iced Caramel latte dr mekdi je. Murah la sikit dr SB or CBTL kan. 

Tapi bila dah ada anak2 ni, ditambah pula dengan situasi covid sekarang, mana boleh nak keluar mengopi sokmo, plus bila dikira2 perbelanjaan tu, amboi2 terbang melayang duit kite awakkk. Baik la menyimpan untuk anak2. 

So ecah invest untuk beli mesin kopi supaya boleh buat sendiri. Ditambah pula dah ada macam2 group di facebook, so banyak la racun2 yang mengajak beli mesin kopi sendiri. Tapi dalam racun tu, banyak info yang ecah belajar pasal kopi, cara seduh kopi dan cara pilih biji kopi. Banyak sangat yang ecah belum tahu. Tapi seronok la dapat belajar. Bila dah ada mesin kopi sendiri ni, boleh beli biji kopi yang lebih jimat dan boleh buat ikut citarasa sendiri. Paling indah, boleh buat kopi hari2. Haha

Ecah x buat video, tapi kalau nak tengok IG story ecah boleh tengok di aishareoils ya. Nanti ecah highlightkan story tu so boleh refer selalu kisah buat kopi. 

Alhamdulillah dah hampir 5 bulan pakai mesin ni. Almost setiap hari buat kopi dan saya suka saya suka! Jimatttt. Apa yang ecah boleh bagitahu, mesin ni basic jela tapi dia boleh buat 1 cawan kopi yang sedap. Ikut tekak masing2. Sebenarnya cara menghasilkan secawan kopi ni rumit juga. Teknik seduhan kena betul. Berapa gram serbuk kopi, bila diseduh beberapa saat perlu menghasilkan berapa ML kopi sekian2. Nak campur susu ke, apa2 perasa ke, ikut tekak kita. Tapi stail ecah. Isi kopi, keluar air kopi. Kira settle lah! Tapi ecah perasan rasa dia memang berubah2 la. Kejap pahit sket, kejap ok, kejap kang rasa kacang2 sikit. So memang teknik tu perlu belajar lagi la.

Mesin ni boleh menghasilkan 2 cawan kopi dalam 1 masa. Tapi ecah selalu buat 1 je, if nak buat 1 cawan utk suami, ecah seduh lagi sekali. Boleh juga frothkan susu iaitu buat susu tu panas dan berbuih. So boleh buat latte art. Tapi skil saya faaaillll. hahaha. Kena berguru dengan barista juga ni. Sebab nak dapatkan buih susu tu ada teknik juga wehhh. 

Harga? Berbanding mesin2 lain yang lebih advance, harga boleh kata reasonable. Murah tu ecah x berani nak kata sebab nilai duit ni bergantung pada ekonomi kita sendiri. Ada kata rm300 mahal weh! Boleh beli susu anak. Ada kata, eh setakat rm300, boleh beli 3 lah! Sooo, ecah nak kabo, harga dia rm329, beli di shopee dan dapat voucher sekian2 yang ecah dh collect so dapat la harga last rm309. Murah? Entah, reasonable bagi ecah lepas dh kira2 segala kos lain.

Kalau ikut otai2 kopi, brand ni tidak lah decent sangat. Paling basic harga nya dekat rm600. Haa itu bagi ecah mahal utk di invest pd lifestyle nak dapatkan secawan kopi sebab ecah xde ilmu seduh kopi. So asal keluar kopi, ok jelah bagi ecah. Siapa nak buat bisnes kopi, yg harga dekat rm600 tu sesuai sangat la. Brand Gemilai kalau x silap ecah.



So ini dia rupa mesin kopi ecah. Kt belakang tu tempat kite letak air masak. Ada brand yg comel2 lagi warna dia, x silap ecah Petrus. Tapi ecah suka camni, nampak cm Transformers sket. Haha. Xde kena mengena. Kalau korang suka minum kopi, boleh la cuba2 buat sendiri ye. Selain dari mesin, ada je teknik2 seduhan lain. Join group kopi nanti banyak la teknik mereka ajar. Nak dengan xnak je.

Update: Ecah dah pakai ni for almost 2 years. Alhamdulillah masih elok tau. Kalo korang nak beli juga BELI SINI. Boleh la try2 dulu sebelum beli yang lebih mahal. Pressure dia pun okay. Insya-Allah tak menyesal. 


Be Healthy, Be Happy!


You May Also Like

4 comments

  1. ��������design dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. smart kan.boleh la utk kegunaan harian.hari2 buat sendiri. kadang dh buat kt rumah pn, beli jugak kt luar. haha

      Delete
  2. p/s salam 11 syawal utk ecah sekeluarga��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya. Masih belum habis Syawal ni boleh la kita virtual raya. Kunjung mengunjung di blog. hehe

      Delete