ROOT CANAL TREATMENT

by - Saturday, April 24, 2021

 Assalamualaikum


Selamat berpuasa semua. Alhamdulillah dan masuk ramadhan ke 12 dah kita ni. Semoga dapat dimanfaatkan bulan ni dengan baik dan penuh keberkatan.

Actually nak cerita pasal Root Canal Treatment a.k.a Rawatan Akar yang ecah dah buat baru-baru ini. Ni kira kali pertama ecah buat, so nak share la dengan korang kos, what to expect and result dia. Semuanya bermula dengan rasa ngilu kat gigi. Ingatkan sebab gigi berlubang dan ecah taknak tunggu bulan puasa sebab nanti risau masa tu la dia nak sakit, or maybe nak kena cabut and so on. So apa2, biar settle sebelum puasa. So boleh la diri ini nak berpuasa dengan tenang. hehe

So at first masa jumpa dentist, dia cuma check keadaan gigi lepas ecah cerita pada dia simptom semua. Optionnya adalah dengan buka balik tampalan lama dan tengok apa yg berlaku dalam gigi. Tampalan sebelum ni dah lama, dan sebenarnya takde kerosakan apa pun kalau tak silap. Nak tak nak, dentist kena buka juga la. Turns out yang gusi dalam dah infected, dan tampalan gigi tu sebenarnya dah sangat besar. Jadi untuk elakkan jadi lagi infection, kena buat rawatan akar.

Pilihan yg ada adalah buat rawatan akar, atau cabut je gigi tu. Of course cabut gigi bukan pilihan ecah, sebab gigi geraham dan gigi kekal. Patah or cabut, x kan tumbuh atau berganti lagi melainkan pasang gigi palsu. hehe. Dan kos nya adalah lebih mahal. Ecah pilih rawatan akar. Maka, set appointment seterusnya sebab prosedur ni lama. Dan gigi yg dia dah buka tampalan dan tengok tadi, letak tampalan sementara je untuk 2-3 hari.

On the date, dentist buka balik tampalan sementara dan buat rawatan akar. Oh ye, prosedur ni memerlukan bius. hihi. Redha jela, x sakit pun. Doktor cuci akar dan letak antibiotik or something, then tampal sementara. Lepas tu ada xray kalau x silap. Prosedur berlangsung selama 1jam 30 minit. Yes, menganga la kat situ selama itu. Lenguh tau mulut. huhu. Masa tu la nak batuk, nak betulkan kepala, nak telan air liur 100 kali. Rupanya sakit tu takde, yang ada cuma ketidakselesaan yang sangat lama. hehe. Settle buat rawatan akar, xray dan set next appointment untuk 3-4 hari akan datang. 

Ok, next appointment, datang dengan bersedia. Pakai stokin kalau klinik sejuk, jangan pakai getah rambut besar2, nanti sakit masa kena baring lama2. Kali ini doktor akan letak tampalan kekal dan nanti xray jugak. Kali ni pun bius, sebab kena masukkan tampalan dalammmmm and dentist letak ubat ke ape tah kat akar dalam2 tu. Ambil masa dengan 1 jam 30 min jugak. Yes, penat. Tapi kali ni selesa sikit lepas dah bersedia mental dan fizikal. hehe. Lepas dah tampal, dentist akan polish sikit tampalan ikut keselesaan kita. Rasa tinggi sangat ke, ape ke, just bagitahu nanti dia betulkan. 

TOTAL: RM900+-

Breakdown RCT dalam rm600

Tampalan: rm150

Xray: rm50/xray (ecah xray 2x)

Bius: rm15/bius (Bius 2x)

Ubat tahan sakit: RM15

This is by far the most expensive tooth treatment I ever had. Gituuu. Kena buat juga nak tak nak. haha. Masa ni bayar 2x. First appointment bayar half, 2nd appointment bayar the rest of balance. Nangishhh. So anda kena prepare at least rm600, sebab tu adalah permulaan utk kos RCT ni. 

So apa rasa lepas buat? Mula2 macam ok la, x selesa sikit sebab kekok dengan tampalan baru. Gusi agak sakit selama beberapa hari sebab trauma dengan segala besi and so on. Sebab tu ada ubat tahan sakit. Tapi ecah x ambik pun, sapu eo Copaiba je. hehe

After few days, almost nak masuk week 2, ecah rasa gigi tu cm x best, masih ada ngilu. So ecah buat appointment dengan dentist. Dia cek kot2 ada tampalan yg pecah ke, crack ke, just in case kan. So lastly, xray juga. Rupanya ada infection kt dalam gusi, kt hujung2 akar. Tapi gigi okay, gusi je yg infected. Doc bagi antibiotik, dan set appointment awal bulan 5 nanti for another xray. Kos masa ni rm90, then bulan 5 nanti another rm50 for xray. Total total: RM1000 jugak la untuk semuanya pre and post op. Selamat Hari Raye! HAHA

Semoga gigi ini terus sihat dan kuat! Aminnn

Be Healthy, Be Happy!

You May Also Like

2 comments

  1. aduhhh terasa ngilu bla baca...

    mcm mn ecah gosok gigi eh? x skt ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa mula2 lepas treatment tu kena hati2 la. tapi xde la sakit teruk sampai berdenyut. masih boleh tahan dan x perlu makan ubat even dentist ada bekalkan ubat. hehe

      Delete