• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

Aisyah Adnan

 Assalamualaikum

Hai semua! Apa khabar? Haaa, hari ni ecah datang mood rajin nak cerita pasal mesin kopi ni. Sebenarnya ecah memang suka minum kopi dari bujang lagi. Tapi dulu2 pandai minum nescafe or kopi cap gajah. Bila dah bekerja, pandai dah test2 Starbucks or Cofee Bean. Then bila McDonalds kenalkan MCCafe, ecah minum Latte or Iced Caramel latte dr mekdi je. Murah la sikit dr SB or CBTL kan. 

Tapi bila dah ada anak2 ni, ditambah pula dengan situasi covid sekarang, mana boleh nak keluar mengopi sokmo, plus bila dikira2 perbelanjaan tu, amboi2 terbang melayang duit kite awakkk. Baik la menyimpan untuk anak2. 

So ecah invest untuk beli mesin kopi supaya boleh buat sendiri. Ditambah pula dah ada macam2 group di facebook, so banyak la racun2 yang mengajak beli mesin kopi sendiri. Tapi dalam racun tu, banyak info yang ecah belajar pasal kopi, cara seduh kopi dan cara pilih biji kopi. Banyak sangat yang ecah belum tahu. Tapi seronok la dapat belajar. Bila dah ada mesin kopi sendiri ni, boleh beli biji kopi yang lebih jimat dan boleh buat ikut citarasa sendiri. Paling indah, boleh buat kopi hari2. Haha

Ecah x buat video, tapi kalau nak tengok IG story ecah boleh tengok di aishareoils ya. Nanti ecah highlightkan story tu so boleh refer selalu kisah buat kopi. 

Alhamdulillah dah hampir 5 bulan pakai mesin ni. Almost setiap hari buat kopi dan saya suka saya suka! Jimatttt. Apa yang ecah boleh bagitahu, mesin ni basic jela tapi dia boleh buat 1 cawan kopi yang sedap. Ikut tekak masing2. Sebenarnya cara menghasilkan secawan kopi ni rumit juga. Teknik seduhan kena betul. Berapa gram serbuk kopi, bila diseduh beberapa saat perlu menghasilkan berapa ML kopi sekian2. Nak campur susu ke, apa2 perasa ke, ikut tekak kita. Tapi stail ecah. Isi kopi, keluar air kopi. Kira settle lah! Tapi ecah perasan rasa dia memang berubah2 la. Kejap pahit sket, kejap ok, kejap kang rasa kacang2 sikit. So memang teknik tu perlu belajar lagi la.

Mesin ni boleh menghasilkan 2 cawan kopi dalam 1 masa. Tapi ecah selalu buat 1 je, if nak buat 1 cawan utk suami, ecah seduh lagi sekali. Boleh juga frothkan susu iaitu buat susu tu panas dan berbuih. So boleh buat latte art. Tapi skil saya faaaillll. hahaha. Kena berguru dengan barista juga ni. Sebab nak dapatkan buih susu tu ada teknik juga wehhh. 

Harga? Berbanding mesin2 lain yang lebih advance, harga boleh kata reasonable. Murah tu ecah x berani nak kata sebab nilai duit ni bergantung pada ekonomi kita sendiri. Ada kata rm300 mahal weh! Boleh beli susu anak. Ada kata, eh setakat rm300, boleh beli 3 lah! Sooo, ecah nak kabo, harga dia rm329, beli di shopee dan dapat voucher sekian2 yang ecah dh collect so dapat la harga last rm309. Murah? Entah, reasonable bagi ecah lepas dh kira2 segala kos lain.

Kalau ikut otai2 kopi, brand ni tidak lah decent sangat. Paling basic harga nya dekat rm600. Haa itu bagi ecah mahal utk di invest pd lifestyle nak dapatkan secawan kopi sebab ecah xde ilmu seduh kopi. So asal keluar kopi, ok jelah bagi ecah. Siapa nak buat bisnes kopi, yg harga dekat rm600 tu sesuai sangat la. Brand Gemilai kalau x silap ecah.



So ini dia rupa mesin kopi ecah. Kt belakang tu tempat kite letak air masak. Ada brand yg comel2 lagi warna dia, x silap ecah Petrus. Tapi ecah suka camni, nampak cm Transformers sket. Haha. Xde kena mengena. Kalau korang suka minum kopi, boleh la cuba2 buat sendiri ye. Selain dari mesin, ada je teknik2 seduhan lain. Join group kopi nanti banyak la teknik mereka ajar. Nak dengan xnak je.

Update: Ecah dah pakai ni for almost 2 years. Alhamdulillah masih elok tau. Kalo korang nak beli juga BELI SINI. Boleh la try2 dulu sebelum beli yang lebih mahal. Pressure dia pun okay. Insya-Allah tak menyesal. 


Be Healthy, Be Happy!


Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 Assalamualaikum


Selamat berpuasa semua. Alhamdulillah dan masuk ramadhan ke 12 dah kita ni. Semoga dapat dimanfaatkan bulan ni dengan baik dan penuh keberkatan.

Actually nak cerita pasal Root Canal Treatment a.k.a Rawatan Akar yang ecah dah buat baru-baru ini. Ni kira kali pertama ecah buat, so nak share la dengan korang kos, what to expect and result dia. Semuanya bermula dengan rasa ngilu kat gigi. Ingatkan sebab gigi berlubang dan ecah taknak tunggu bulan puasa sebab nanti risau masa tu la dia nak sakit, or maybe nak kena cabut and so on. So apa2, biar settle sebelum puasa. So boleh la diri ini nak berpuasa dengan tenang. hehe

So at first masa jumpa dentist, dia cuma check keadaan gigi lepas ecah cerita pada dia simptom semua. Optionnya adalah dengan buka balik tampalan lama dan tengok apa yg berlaku dalam gigi. Tampalan sebelum ni dah lama, dan sebenarnya takde kerosakan apa pun kalau tak silap. Nak tak nak, dentist kena buka juga la. Turns out yang gusi dalam dah infected, dan tampalan gigi tu sebenarnya dah sangat besar. Jadi untuk elakkan jadi lagi infection, kena buat rawatan akar.

Pilihan yg ada adalah buat rawatan akar, atau cabut je gigi tu. Of course cabut gigi bukan pilihan ecah, sebab gigi geraham dan gigi kekal. Patah or cabut, x kan tumbuh atau berganti lagi melainkan pasang gigi palsu. hehe. Dan kos nya adalah lebih mahal. Ecah pilih rawatan akar. Maka, set appointment seterusnya sebab prosedur ni lama. Dan gigi yg dia dah buka tampalan dan tengok tadi, letak tampalan sementara je untuk 2-3 hari.

On the date, dentist buka balik tampalan sementara dan buat rawatan akar. Oh ye, prosedur ni memerlukan bius. hihi. Redha jela, x sakit pun. Doktor cuci akar dan letak antibiotik or something, then tampal sementara. Lepas tu ada xray kalau x silap. Prosedur berlangsung selama 1jam 30 minit. Yes, menganga la kat situ selama itu. Lenguh tau mulut. huhu. Masa tu la nak batuk, nak betulkan kepala, nak telan air liur 100 kali. Rupanya sakit tu takde, yang ada cuma ketidakselesaan yang sangat lama. hehe. Settle buat rawatan akar, xray dan set next appointment untuk 3-4 hari akan datang. 

Ok, next appointment, datang dengan bersedia. Pakai stokin kalau klinik sejuk, jangan pakai getah rambut besar2, nanti sakit masa kena baring lama2. Kali ini doktor akan letak tampalan kekal dan nanti xray jugak. Kali ni pun bius, sebab kena masukkan tampalan dalammmmm and dentist letak ubat ke ape tah kat akar dalam2 tu. Ambil masa dengan 1 jam 30 min jugak. Yes, penat. Tapi kali ni selesa sikit lepas dah bersedia mental dan fizikal. hehe. Lepas dah tampal, dentist akan polish sikit tampalan ikut keselesaan kita. Rasa tinggi sangat ke, ape ke, just bagitahu nanti dia betulkan. 

TOTAL: RM900+-

Breakdown RCT dalam rm600

Tampalan: rm150

Xray: rm50/xray (ecah xray 2x)

Bius: rm15/bius (Bius 2x)

Ubat tahan sakit: RM15

This is by far the most expensive tooth treatment I ever had. Gituuu. Kena buat juga nak tak nak. haha. Masa ni bayar 2x. First appointment bayar half, 2nd appointment bayar the rest of balance. Nangishhh. So anda kena prepare at least rm600, sebab tu adalah permulaan utk kos RCT ni. 

So apa rasa lepas buat? Mula2 macam ok la, x selesa sikit sebab kekok dengan tampalan baru. Gusi agak sakit selama beberapa hari sebab trauma dengan segala besi and so on. Sebab tu ada ubat tahan sakit. Tapi ecah x ambik pun, sapu eo Copaiba je. hehe

After few days, almost nak masuk week 2, ecah rasa gigi tu cm x best, masih ada ngilu. So ecah buat appointment dengan dentist. Dia cek kot2 ada tampalan yg pecah ke, crack ke, just in case kan. So lastly, xray juga. Rupanya ada infection kt dalam gusi, kt hujung2 akar. Tapi gigi okay, gusi je yg infected. Doc bagi antibiotik, dan set appointment awal bulan 5 nanti for another xray. Kos masa ni rm90, then bulan 5 nanti another rm50 for xray. Total total: RM1000 jugak la untuk semuanya pre and post op. Selamat Hari Raye! HAHA

Semoga gigi ini terus sihat dan kuat! Aminnn

Be Healthy, Be Happy!

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 Assalamualaikum

Sesi persekolahan bermula! Macam mana mak2 yang hantar anak2 sekolah hari ni? Rasya pun dah mula sekolah hari ni, sesi petang la tapinya. Pagi adik dia Anaqi sekolah tadika, petang Rasya pulak sekolah kebangsaan. Memang bersambung la tugas mama sampai x menyempat nak online or share promo. hehe

Anak iols konvensional, xnak pakai tudung lagi. Mama doakan lepas dia nampak kawan-kawan bertudung, dia pun nak tudung la lepas ni. Tolong doakan ye kawan-kawan semua. 😅


Ok back to YL promo. Sebenarnya setiap bulan pun Young Living ada promo. Satu promo bulanan ikut "purchase value" dan satu lagi promo special. So yang ecah nak share ni, of course la yang special tu. haha

Pernah dengar pasal diffuser Owl? Kali ni YL buat combo diffuser Owl, essential oils terpilih, dan carrier bag Owl! Menarik sangat tau beg tu, xde dijual dimana-mana. So ecah nak share gambar beg, dan ecah listkan harga juga. If korang nak beli, boleh je whatsapp ecah tau, or jenguk ig ecah di @aishareoils.




Apa yang "hype" sangat pasal Owl diffuser ni sebenarnya? Bagi ecah yang dah lebih setahun guna diffuser ni, dia sangat lah kids friendly dan banyak fungsi best. Ada lampu, bunyi yang menenangkan dan siap boleh adjust volume. Paling best, bab harga la sebab dia yang paling murah dalam list diffuser YL. 

Ada 2 set

Owl Rangers Bundle

RC 15ml
Thieves 15ml
Owl diffuser (tanpa Lavender 5ml)
Owl carry-all bag
Member price: rm550
Retail: rm723.50
PV: 74

Owl-ways Happy Bundle
Lavender 15ml
Orange 15ml
Digize 5ml
Owl diffuser
Owl carry all bag
Member price: rm530
Retail: rm697
PV: 68.03

Kali ni datang dengan combo, so harga dia up sikit la, tapi essential oils yg datang dengan combo ni sangat best untuk kegunaan harian dan juga kanak2. If korang nak sembang dengan ecah, whatsapp je ye kt https://linktr.ee/aishareoils

Link tu boleh terus ke whatsapp or instgram ecah. 😊

Next time, ecah akan share eo apa ecah guna untuk anak2 sepanjang di sekolah, especially masa situasi sekarang yang merisaukan ni. Insya Allah kita cuba ikhtiar jaga anak2 dari isu kesihatan dan lain2 kan. 

Be Healthy, Be Happy!
aishareoils
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 Assalamualaikum dan Salam 2021!

Allahuakbar dah lama sangat ecah tak menulis kat sini. Ingatkan dah hilang dah blog ni sebab ecah pernah cuba log in tapi tak lepas. Entah macam mana hari ni dok godek-godek, berjaya akhirnya. Alhamdulillah.

So what's new in my life? Alhamdulillah tahun ni dah berusia 32 tahun, masih setia dan bahagia bersama abg gambo dan dikurniakan seorang puteri, 2 putera. Hari tu sempat la cerita pasal Rasya kan, Anaqi dan Areef tak sempat nak diceritakan dalam blog ni. hehe

Apa ecah buat sekarang? Alhamdulillah ini dah tahun ke 9 ecah sebagai surirumah, tapi upgrade sikit dah masuk tahun ke 4 as surirumah bekerjaya. hehe. Ecah masih setia bersama Young Living Essential Oils. WOW, tak sangka kan. Banyak yang dah berubah dalam hidup kami dari segi kesihatan, lifestyle, kewangan, dan macam-macam lagi lah. Syukur

So, ecah bercadang nak cuba balik bercerita kisah-kisah kami sekeluarga. Kisah Young Living lifestyle ecah. Doakan berjaya dan konsisten. hehe. Tapi kalau nak tengok gambar ke ape, boleh cari ecah kat IG: aishareoils

Kenapa tiba-tiba nak bercerita semula? Entah la, sejak dua menjak ni asyik inspired by orang yang cakap mereka suka dengar ecah bercerita, ada yang sentiasa up to date dengan kisah anak-anak dan so on. Alhamdulillah ada yang mendengar dan fikir yang baik-baik. Doakan yang baik juga untuk kami ye.

Ecah cuba teruskan bercerita kat sini, dan sampaikan perkara-perkara yang bermanfaat. Kalau dulu masa muda yela semua menda seronok, huhu haha jek. Sekarang biar la molek sikit ye dok. Jangan noneng sangat ecah weh. haha


Be Healthy, Be Happy!

ecahdenan

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

About me


Aisyah Adnan. A mom and an oiler. Young Living Essential Oils Independent Distributor. Find me at IG: aishareoils

Readers are Leaders!

Sponsor

Blog Archive

  • ►  2023 (24)
    • ►  November 2023 (1)
    • ►  October 2023 (2)
    • ►  August 2023 (2)
    • ►  July 2023 (2)
    • ►  June 2023 (2)
    • ►  May 2023 (3)
    • ►  April 2023 (2)
    • ►  March 2023 (3)
    • ►  February 2023 (7)
  • ▼  2021 (4)
    • ▼  May 2021 (1)
      • Review Lebensstil Kollektion Coffee Machine
    • ►  April 2021 (1)
      • ROOT CANAL TREATMENT
    • ►  March 2021 (1)
      • Young Living March Promo
    • ►  February 2021 (1)
      • Apa khabar 2021?
  • ►  2018 (5)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  March 2018 (4)
  • ►  2017 (13)
    • ►  October 2017 (1)
    • ►  July 2017 (1)
    • ►  May 2017 (2)
    • ►  March 2017 (2)
    • ►  February 2017 (4)
    • ►  January 2017 (3)
  • ►  2016 (5)
    • ►  December 2016 (2)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  October 2016 (1)
  • ►  2014 (58)
    • ►  December 2014 (1)
    • ►  November 2014 (1)
    • ►  October 2014 (6)
    • ►  September 2014 (7)
    • ►  August 2014 (7)
    • ►  July 2014 (1)
    • ►  June 2014 (3)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  April 2014 (1)
    • ►  March 2014 (16)
    • ►  February 2014 (9)
    • ►  January 2014 (5)
  • ►  2013 (127)
    • ►  December 2013 (13)
    • ►  November 2013 (23)
    • ►  October 2013 (11)
    • ►  September 2013 (9)
    • ►  August 2013 (7)
    • ►  July 2013 (1)
    • ►  June 2013 (16)
    • ►  May 2013 (14)
    • ►  April 2013 (11)
    • ►  March 2013 (10)
    • ►  February 2013 (7)
    • ►  January 2013 (5)
  • ►  2012 (123)
    • ►  December 2012 (2)
    • ►  November 2012 (5)
    • ►  October 2012 (12)
    • ►  September 2012 (2)
    • ►  August 2012 (4)
    • ►  July 2012 (11)
    • ►  June 2012 (25)
    • ►  May 2012 (16)
    • ►  April 2012 (12)
    • ►  March 2012 (15)
    • ►  February 2012 (12)
    • ►  January 2012 (7)
  • ►  2011 (136)
    • ►  December 2011 (7)
    • ►  November 2011 (19)
    • ►  October 2011 (21)
    • ►  September 2011 (9)
    • ►  August 2011 (26)
    • ►  July 2011 (25)
    • ►  June 2011 (16)
    • ►  May 2011 (9)
    • ►  April 2011 (4)

Keeping Up with The Bloggers

  • Aku Sis Lin
    TORAMARU WAGYU YAKINIKU - PENGALAMAN MAKAN GRILL PREMIUM DI TENGAH BANDAR JB!
  • Anies♥You
    #SoloTravel #Bangkok - singgah Hard Rock Cafe dan Gaysorn Village
  • BEN ASHAARI
    Makan telur pun diorang jadikan isu panas !
  • Dunia Blog IQ
    Kasut Jazz Pallas Sentiasa Menjadi Pilihan Anak Untuk Ke Sekolah!
  • MRHANAFI
    Baru faham bagaimana rasanya malas
  • MENJARING IMPIAN
    Lokasi Menarik untuk Percutian ke Taiwan
  • ♥♥Puan mah♥♥
    MUSIBAH...
Show 5 Show All

Created with by ThemeXpose