• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

Aisyah Adnan

Assalamualaikum

Hari ni nak buat sharing pasal essential oils pulak. Alhamdulillah dah almost 2 tahun ecah berkecimpung dalam bidang oiling yang masih lagi samar-samar di mata masyarakat Malaysia. hehe. Bila sebut minyak pati mula la orang menganga, "ape benda tu?". Kerana ia sekadar minyak, orang pun pandang sipi2 sahaja. 

Sebenarnya essential oils ni bukan sekadar minyak pati je tau. Kalau anda selidik betul2,banyakkan bacaan, anda akan jumpa banyak sangat manfaat menggunakan essential oils ni. Kebiasaannya kita tahu dia untuk wangi2, aromaterapi, tapi ada lagi kegunaan yang kita boleh manfaat kan contoh untuk membantu meningkatkan kesihatan fizikal dan emosi. Haa, mcm mana pulak tu? 

Melalui bau yang kita dapat dari essential oils ini, otak dan memori kita akan mencetuskan emosi2 yang happy, menenangkan dan juga positif. Selain dari tu, kita juga boleh guna eo ni untuk sapu2 kt bahagian yang kita nak kerana molekul2 essential oils ni boleh menyerap ke dalam kulit dan aliran darah dalam masa beberapa minit sahaja! So kalau lenguh2 badan, ada lebam2 tu boleh sapu essential oils je

Tujuan utama guna essential oils? Kalau anda nak guna produk yg natural, tiada bahan sintetik tambahan yang merbahaya utk kulit, badan dan organ dalaman, boleh la guna essential oils ni untuk ganti minyak2 harian yang anda selalu guna. Lagi2 untuk baby. Seriously lepas kena essential oils ni ecah memang memilih sangat produk untuk digunakan pada anak2. Since guna essential oils jugak anak ecah jarang gi klinik! Bukan kami tak perlukan doktor, tapi untuk isu2 kesihatan yang tidak serius, ecah boleh bantu dengan essential oils. Kalau situasi yang lain, ecah sentiasa consult dengan doktor. Dont worry kami takkan ajar anda abaikan doktor hanya kerana anda guna essential oils. hehe

Kenapa pulak ecah suggest guna essential oils dari Young Living? Haa, Young Living adalah peneraju utama dalam bidang essential oils ni. Segala mak nenek essential oils dia ada dari single oil dan oil blend. Takde syarikat lain yang boleh lawan. Paling istimewa adalah Young Living menjaga proses penghasilan essential oils yang mereka buat dari pembenihan hingga la pembotolan. Maknanya dari mula2 tanam benih pokok, sampai la letak dalam botol, semua Young Living pantau, semua masuk lab dan diperiksa dulu supaya menepati kualiti. Begitu teliti sekali, memang tak mustahil la mereka merupakan peneraju utama kan.

Benefit yang dapat dari Young Living? Alhamdulillah ecah gunakan essential oils ni untuk kesihatan keluarga, untuk emosi dan juga untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Boleh buat bisnes jugak dan kelakar nya dengan essential oils ni, kenal produk dulu baru bisnes! Ecah dulu tak tahu pun boleh buat duit, tapi dah jatuh cinta dengan produk baru tau best juga join bisnes. Tapi itu untuk mereka yang nak la, kalau nak jadi pengguna sahaja pon takde masalah, takde paksaan.

Kalau anda rasa nak kenal2 essential oils ni, nak bau, nak cuba or nak free sample, boleh mintak dengan ecah. Ecah selalu share kt IG rasmi ecah ecah_youngliving. Nak mesej ecah klik je link kat situ tau. 



Young Living with Ecah
Its Not Just A Business, Its A Lifestyle.
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Assalamualaikum

Hari ni ecah nak share pengalaman tahun lepas, masa mula2 jejak kaki ke UiTM Sg Buloh bangunan pergigian. Lawa fakulti dia, canggih. Tu antara first impression la. hehe. So meh ecah cerita kat korang macam mana nak dapatkan khidmat pemeriksaan gigi yg "hampir" percuma. Tak la 100% percuma ye. 


So, bagi temu janji pertama, sebolehnya datang awal pagi, ambik nombor dan daftar. Masa ni kena bayar rm5 kalau x silap ecah. Pastu nanti dia bagitahu kena tunggu kt klinik mana. Then terus duduk dalam klinik tu, tunggu dipanggil. Bila jumpa doktor, dia akan check terus la keadaan gigi, sambil tu dia tanya ada apa2 situasi yang kite nak cerita ke tentang gigi kita. Means tengah sakit gigi ke, ada yang berlubang ke and so on. Siap check, dah la. haha. Doktor tu kata nanti kita akan dapat panggilan untuk appointment seterusnya. 


Bear in mind: Appointment seterusnya akan makan masa 3-6 bulan. So kena tunggu. Nak tunggu dapat panggilan utk dapatkan tarikh appointment tu pun dalam 3 bulan x silap baru ecah dapat panggilan. Selepas 3 bulan kalau xde sesiapa contact untuk set appointment, better call dan tanya. Nanti dia akan uruskan la.


Okay, akhirnya lepas ecah dah dapat appointment, actually ecah dapat whatsapp dari student yang handle kes ecah. So kami deal tarikh dan ecah datang pada hari berkenaan. Student yang dapat kes ecah ni dah tahun 3, dan dia terangkan semua la prosedur and so on. Hari appointment pon dia tunggu ecah sampai. Ecah kena bayar rm5 untuk pendaftaran. 


Masa checkup, dia buat semua prosedur cek gigi, xray dan ambik latar belakang ecah yang berkaitan. Semua dia tanya la, pakai ubat gigi apa, ingat x tampalan, rekod cabut gigi dan so on. Memang detail, semua dia cek. Sampai habis masa untuk cek gigi je. Tak buat treatment apa2. Tapi ecah puas hati la sebab ecah pun tahu keadaan gigi. Rupanya ternak banyak plak dalam mulut. Sampai student tu suruh bawak berus gigi sebab dia nak tengok cara ecah berus gigi. Haha. 


Next appointment student ni akan contact lagi bila, dan dia dah bagi penerangan siap2 untuk next appointment apa treatment plan dia. Kita siap sedia nganga jela hari tu. hehe. Nanti next appointment dah selesai ecah akan cerita lagi. So far ecah rasa okay sebab semuanya detail, student pun bagus sebab dia terangkan semua jelas. Total ecah bayar setakat ni rm10. Mana nak dapat kan. Cuma kena bersabar je.


Tak silap ecah, untuk kanak2 pun boleh, bebudak kecik tu doktor pakar yang handle rasanya. Ecah ada bawak Rasya juga hari tu, doktor baik tapi Rasya xnak nganga mulut. haha. Next time kena bawak lagi, doktor pon kata nanti dia prepare toys. Amboi sgt kan, nanti toys Rasya sebat, mulut sampai sudah x bukak. Kesian doktor. hehe

Dah macam klinik gigi betul2

kagum sgt section utk student buat kerja mcm cubicle office.hehe

Siapa nak buat appointment kt sini boleh cuba call dulu kalau nak tahu apa2. Rasa nya xde masalah nak walk-in. Cuma kena datang pagi la. Nak refer dengan lebih lanjut boleh visit website uitm dentistry ye: klik sini



Faculty of Dentistry
UiTM Sungai Buloh Campus
Jalan Hospital
47000 Sungai Buloh
Selangor Darul Ehsan
 +603 6126 (ext : 6100/6653/6671/6108)
  +603 6126 (ext : 6100/6653/6671/6108)

Medium to Meditate,
Aisyah Adnan
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Assalamualaikum

Baru-baru ini ecah ada menghadiri satu temuduga yang dianjurkan oleh PERKESO. Actually ecah ada apply untuk jawatan Pengurus Kes ni pada tahun lepas, tak sangka pula berjaya dipanggil untuk temuduga. Alhamdulillah.

Masa dapat email tu biasa la dah mula debar, siap ada 2 email. Satu makluman tarikh temuduga, satu lagi Personaliti Sidek punya test yang perlu diisi dan diemail semula kepada pegawai yang bertugas. Dan bermula lah pencarian apakah skop tugas Pengurus Kes di PERKESO ni. Pada pandangan kasar ecah ketika itu, Pengurus Kes ni tugas dia menguruskan kes-kes klien PERKESO yang nak claim caruman dieorang, atau menguruskan kes klien yang nak mendapatkan khidmat rehabilitasi dan nak kembali bekerja. Ada betul dan salah jugak la ecah punya tanggapan awal tu. Tapi sebenarnya tugasan Pengurus Kes ni lebih meluas lagi. Patut la agak satu bidang dengan apa yang ecah belajar, dan yang menjadikan ia lebih menarik dan mencabar adalah isu klien yang nak kembali bekerja PROGRAM RETURN TO WORK (RTW)

Basically tugasan Pengurus Kes seperti yang ecah cari dalam website PERKESO adalah menguruskan Orang Berinsuran (KB) dalam Program RTW. Kebiasaannya OB dalam program ini adalah mereka yang dahulunya sempurna fizikal dan kesihatan, tapi kehidupan mereka berubah sepenuhnya setelah menghadapi kemalangan ketika bekerja atau disahkan mempunyai penyakit yang tidak boleh di rawat. Contoh mudah, seorang pekerja kemalangan ketika dalam perjalanan bekerja dan akhirnya terpaksa memakai kerusi roda seumur hidup. Tapi seperti yang kita tahu, walaupun dalam keadaan seperti ini, mereka tetap tak putus asa dan nak teruskan hidup atas usaha sendiri. Jadi, Program RTW membantu mereka dalam mendapatkan semula pekerjaan lama, atau yang baru yang sesuai dengan keadaan mereka.

Gitu la lebih kurang dan ada la info2 lain yang ecah dapat belajar setelah berusaha study pasal jawatan Pengurus Kes ni. Gigih baca case study, apakah itu jenis skim yang ada dalam PERKESO dan lain2. 

Tiba hari temuduga, ramaiiiii sangat calon-calon lain yang ada. Lagi la berdebar. Pegawai yang bertugas bagi taklimat sedikit sebanyak, dia guide cara susun fail, bagi nombor giliran dan kami semua pun menunggu. Sambil menunggu tu ada juga exam dalam 15 minit kena buat karangan sikit. Petugas dah bagitahu awal2, temuduga ni memang lama, dari pagi sampai ke petang. Jadi memang kena bersedia la. Giliran ecah pukul 5. Bayangkan nak kena menunggu dari pagi. Dari mula debar, jadi mengantuk, jadi debar semula, rasa nak cepat habis, dan berdebar semula. haha. Dah macam roller coaster dah perasaan tu. 

Bila dah sampai turn, kami masuk dalam 20 orang. Ramai kan, ecah pun tertanya2 la macam mana la agaknya temuduga dengan ramai2 calon macam ni. Rupanya panel bagi masa 2 minit untuk perkenalkan diri, lepas tu dia bagi satu situasi, row depan sokong kenyataan, row belakang bangkang. Seorang boleh bagi satu hujah selama 2 minit. Nampak macam sekejap, tapi sebab ramai memang dekat sejam lebih la jugak. Nasib la isu tu tak terlalu rumit yang menjatuhkan semangat. hehe. Yakin la sikit nak berhujah. Panel pun sporting, ada calon yang macam gementar sangat tu dia bagi sokongan. Siap pesan jangan takut sangat dengan panel. Cakap je apa nak cakap. Haha

So bila dah selesai satu jam lebih tu, habis la sesi temuduga kami. Dengar cerita sekarang memang bulan PERKESO buat temuduga. Ada lagi jawatan yang lain, dan jawatan yang ecah pergi ni pun dah hampir 7 hari berlangsung. Dahsyat juga, tapi bergantung kepada rezeki dan usaha yang dah diberi sepanjang temuduga tu la. Semoga rezeki tu dapat kepada mereka yang layak. 

Tips dari ecah, manfaatkan sebaiknya 2 minit yang dah diberi. Macam sekejap kan, tapi banyak sangat yang boleh dikongsi sepanjang 2 minit tu. Kalau boleh, cakap dan beri je pandangan anda selagi panel x stop kan. haha. Tapi jangan la tamak masa sangat, kesian orang lain menunggu giliran.

Pada sesiapa yang nak menghadapi temuduga tu, ecah ucapkan semoga dipermudahkan dan Selamat Maju Jaya. 

Medium to Meditate
~Aisyah Adnan~
Share
Tweet
Pin
Share
51 comments
Assalamualaikum

Rindunya blog! Kadang2 ecah sokmo berdialog dalam kepala. Drafting blog entry kekonon nanti nak taip la bila ada masa. Tapi biasa la, kalau bertangguh2 hilang la mood, idea dan terus x sempat. Lagi2 dengan 2 anak ni. Nak kata takde masa langsung tu tak juga. Ecah duduk kerja dari rumah je. Tapi once menghadap laptop, datang la askar kecik nak duduk atas riba. Terus tak sempat nak buat apa. Dan seperti biasa, mood dan idea tu hilang. hehehe

Malam pun tak sempat nak "me time". Anak bongsu ecah ni masih menyusu, so kalau dia nak mengempeng, ecah pon ikut sama tumbang. So sebelum layan dia tu, kena siap mandi dan solat terus. Senang bila semua dah siap, nak tertidur ke sengaja tidur ke x kisah dah. hehehe

Hopefully ecah dapat menyelit untuk menaip. Jangan la lagi setahun baru ecah menjelma. Hahaha. By the way, sekarang ecah masih bekerja sendiri sambil membesarkan anak2. Walaupun masih berharap untuk dapat kerja somewhere, ecah usahakan juga dari rumah dengan buat business Young Living ni. Rasa lebih happy dan timing pon fleksible. Tapi tu la, rasa nak kerja, nak ada rutin. Nanti anak2 dah sekolah mula la ecah pulak yang sunyi. Biasa la manusia kan, apa yg xde tu yang teringin. Sedangkan orang yang bekerja tu nak sangat berhenti jaga anak2 kat rumah. huhu

Apa pun mari sama2 bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita yang berusaha utk masa depan, tak kira apa jalan yang dipilih kan. Yang pasti, tiada yang kurang dan tiada yang lebih. Masing2 sama dengan niat dan tujuan yg tertentu. Semoga dipermudahkan perjuangan kita semua.

Medium to Meditate
~Aisyah Adnan~
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum


Ecah, nak tanya pasal essential oils. Tapi nak tau juga pasal mesin dia tu. Dia berfungsi macam mana ek? Teringin juga nak cuba tapi tak tahu apa menda tu.

Ni antara soalan yang ecah selalu dapat dari customer yang baru nak berjinak-jinak dengan essential oils. Ramai yang nak cuba, tapi tak tahu apa sebenarnya fungsi diffuser ni. So dalam post kali ni ecah nak kongsi dengan anda tentang diffuser dari Young Living, fungsi dan juga kelebihannya.

1. Diffuser ni khas untuk diffuse essential oils. Boleh juga digunakan sebagai humidifier sebab dia keluarkan wap air. Tapi humidifier biasa yang ada kat pasaran tu tak boleh digunakan untuk diffuse essential oils tau. Nanti rosak pula humidifier korang. Guna mesin yang khas fungsinya untuk essential oils, diffuser tu la. Fungsi diffuser dia menyebarkan wap dan molekul essential oils ke udara dengan memecahkan molekul tu kepada partikel-partikel kecil yang akan tersebar bersama wap air tu. Kalau humidifier dia hanya golek2 essential oil anda dalam bekas, yang keluar cuma kelembapan udara jela. Bau pon tak kuat, essential oils anda pon tak dimanfaatkan sepenuhnya. So susah la nak dapat khasiat essential oils tu kan.

2. Tahukah anda, wap yang keluar dari diffuser ni boleh kurangkan bau yang tak best, ditambah pula dengan essential oils yang anda dah titiskan, dia berfungsi untuk menghapuskan bakteria yang bertebaran di udara. So kalau bilik anda lembab dan selalu berkulat, cuba diffuse essential oil, maybe boleh cuba Purification oil. Bau wangi dapat, bilik bersih pun dapat. Bau pula boleh bantu tenangkan minda, kurangkan tekanan serta tingkatkan fokus.


Best kan diffuser ni sebab dia all in one. Kelebihan diffuser Young Living pula dia ada lampu yang anda boleh gunakan sebagai lampu malam, kalau tak nak lampu tu, boleh off dan diffuser masih boleh berfungsi lagi macam biasa. Diffuser ni senyap dan tak bising. Kalau letak telinga betul-betul sebelah diffuser tu baru akan dengar bunyi humming. Selain tu, dia boleh auto off tau selepas 4 jam. Jadi masa tidur takde la nak kena bangun dan tutup diffuser pulak sebab takut panas ke, litar pintas ke. Air habis, atau essential oils dah habis diffuse, dia akan tutup sendiri.

Kesimpulannya, sangat berbaloi untuk memiliki diffuser ni sebab fungsi dia all in one. Saiz pon comel dan mudah nak bawak ke mana sahaja. Lebih berbaloi lagi kalau anda beli diffuser Young Living sebab ada setahun warranty dari tarikh pembelian. In case ada kerosakan boleh bawak HQ semula. Jadi mari lah pilih diffuser anda dengan harga serendah RM301 (harga ahli) dan dapatkan FREE 2 botol essential oils dengan pembelian diffuser tersebut!


"to share with love, to educate with passion"
Ecah,
Young Living Independent Distributor
ID:4005522
019-9256626
Share
Tweet
Pin
Share
12 comments
Newer Posts
Older Posts

About me


Aisyah Adnan. A mom and an oiler. Young Living Essential Oils Independent Distributor. Find me at IG: aishareoils

Readers are Leaders!

Sponsor

Blog Archive

  • ►  2023 (24)
    • ►  November 2023 (1)
    • ►  October 2023 (2)
    • ►  August 2023 (2)
    • ►  July 2023 (2)
    • ►  June 2023 (2)
    • ►  May 2023 (3)
    • ►  April 2023 (2)
    • ►  March 2023 (3)
    • ►  February 2023 (7)
  • ►  2021 (4)
    • ►  May 2021 (1)
    • ►  April 2021 (1)
    • ►  March 2021 (1)
    • ►  February 2021 (1)
  • ▼  2018 (5)
    • ▼  April 2018 (1)
      • Hai! Saya jual Young Living Essential Oils!
    • ►  March 2018 (4)
      • FREE DENTAL CHECKUP AT UITM SG BULOH (FACULTY OF D...
      • Temuduga Pengurus Kes (Case Manager) PERKESO Gred 23
      • Life as A Mom
      • Young Living with Ecah : All About Diffusers
  • ►  2017 (13)
    • ►  October 2017 (1)
    • ►  July 2017 (1)
    • ►  May 2017 (2)
    • ►  March 2017 (2)
    • ►  February 2017 (4)
    • ►  January 2017 (3)
  • ►  2016 (5)
    • ►  December 2016 (2)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  October 2016 (1)
  • ►  2014 (58)
    • ►  December 2014 (1)
    • ►  November 2014 (1)
    • ►  October 2014 (6)
    • ►  September 2014 (7)
    • ►  August 2014 (7)
    • ►  July 2014 (1)
    • ►  June 2014 (3)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  April 2014 (1)
    • ►  March 2014 (16)
    • ►  February 2014 (9)
    • ►  January 2014 (5)
  • ►  2013 (127)
    • ►  December 2013 (13)
    • ►  November 2013 (23)
    • ►  October 2013 (11)
    • ►  September 2013 (9)
    • ►  August 2013 (7)
    • ►  July 2013 (1)
    • ►  June 2013 (16)
    • ►  May 2013 (14)
    • ►  April 2013 (11)
    • ►  March 2013 (10)
    • ►  February 2013 (7)
    • ►  January 2013 (5)
  • ►  2012 (123)
    • ►  December 2012 (2)
    • ►  November 2012 (5)
    • ►  October 2012 (12)
    • ►  September 2012 (2)
    • ►  August 2012 (4)
    • ►  July 2012 (11)
    • ►  June 2012 (25)
    • ►  May 2012 (16)
    • ►  April 2012 (12)
    • ►  March 2012 (15)
    • ►  February 2012 (12)
    • ►  January 2012 (7)
  • ►  2011 (136)
    • ►  December 2011 (7)
    • ►  November 2011 (19)
    • ►  October 2011 (21)
    • ►  September 2011 (9)
    • ►  August 2011 (26)
    • ►  July 2011 (25)
    • ►  June 2011 (16)
    • ►  May 2011 (9)
    • ►  April 2011 (4)

Keeping Up with The Bloggers

  • Aku Sis Lin
    TORAMARU WAGYU YAKINIKU - PENGALAMAN MAKAN GRILL PREMIUM DI TENGAH BANDAR JB!
  • Anies♥You
    #SoloTravel #Bangkok - singgah Hard Rock Cafe dan Gaysorn Village
  • BEN ASHAARI
    Makan telur pun diorang jadikan isu panas !
  • Dunia Blog IQ
    Kasut Jazz Pallas Sentiasa Menjadi Pilihan Anak Untuk Ke Sekolah!
  • MRHANAFI
    Baru faham bagaimana rasanya malas
  • MENJARING IMPIAN
    Lokasi Menarik untuk Percutian ke Taiwan
  • ♥♥Puan mah♥♥
    MUSIBAH...
Show 5 Show All

Created with by ThemeXpose