Pengalaman Terminate Maxis Postpaid

by - Saturday, June 03, 2023

 Assalamualaikum

So keputusan ecah nak tukar dari Postpaid ke Prepaid ni adalah disebabkan ecah rasa overpaid setiap bulan. Data yang ecah bayar is rm98/50GB montly. Tapi total bill setiap bulan usually rm103.90 depends pada penggunaan kalo ecah call sesiapa dll termasuk tax la tu. Tapi ecah perasan usually setiap bulan juga data yang ecah gunakan tak sampai 30gb. Jadi ada extra lagi 20gb kt situ.



So ecah buat keputusan untuk downgrade kepada Prepaid sahaja. Ecah x plan lagi nak tukar ke Postpaid telco lain sebab belum survey sepenuhnya.

Kelebihan ecah guna Maxis setakat ni adalah kerana kelajuan internet dan line availability. Setiap kali ecah ke mana2, memang line sentiasa ada. Stay kt rumah, balik kampung, gi dusun pun sentiasa okay. Even hari tu roaming di USA/Qatar pun ecah rasa mudah dan berbaloi sebab xde hidden charge. Apa yg ecah subscribe, itu yg ecah dapat.

Tapi tu la, OVERPAID. Dan masalah pakai line ni, lambat bayar sikit kena bar. haha. Kite dah la sokmo bayar time paras2 hidung. So agak mengganggu la. 

Jadi pada hari ecah call Maxis 123, ecah pilih untuk bercakap dengan Operator. Dia sahkan ID, check status akaun dan pass ke agent penukaran. Status ecah dengan Maxis adalah tidak ada tunggakan dan tiada kontrak. Jadi dia boleh proses serta merta. 

Masa bercakap dengan agent bahagian penukaran tu dia ada la offer untuk stay dengan Maxis Postpaid tapi dapat yang murah iaitu offer direct HQ rm38/bulan. 500min call percuma ke semua telco & 10gb data bulanan. Tiada kontrak juga.

Ecah cakap nak fikir dan akan call dia semula la. Dia kata kena buat proses yang sama, call 123. Ok ecah hold dulu untuk terminate postpaid dan bincang dengan abg gambo serta ecah survey telco lain.

At the end, ecah rasa x berbaloi dan xnak la proceed. Kembali plan asal untuk terminate dan call semula 123. 

Dapat bercakap dengan agent penukaran lagi sekali tapi orang lain pulak. Kali ni dia offer rm68/bulan, unlimited call, unlimited data ke apa tah. Lupa pulak sebab masa tu dlm kepala fikir rm68= NO. haha

So bila dah dipujuk2 dan ecah x terpujuk jugak, maka dia tukar la Postpaid ecah kepada Prepaid. Serta merta dan terus ecah download app Hotlink. Sebelum ni pakai app Maxis. 

Alhamdulillah lega, dah kurang 1 komitmen bulanan, still dengan nombor sama, telco sama. Kemudian2 la kalau nak pakai postpaid baru consider pulak. Jadi itu la dia pengalaman ecah, Alhamdulillah sangat mudah sebab xde kontrak dan ecah dah settle semua bill sebelum mintak dia terminate. 

Harap membantu korang. Ecah malas nak email or ke Maxis Centre sebab recurrent statement ecah 6 June nanti. Dok menunggu2 nanti bill refresh dah sehal pulak nak menunggu sebulan. Baik buat serta merta. Lega dah x yah fikir. 

Good luck utk korang yang dlm situasi yg sama!

Be Healthy Be Happy!

You May Also Like

4 comments

  1. ecah sm mcm mama sy dia br je terminate postpaid maxis bln lps. laa ni lega dah komitmen dah krg. operator tu pujuk jg mama sy tp mama berkeras nak tukar

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.mcm2 offer dah dia bagi. tapi tolak juga sebab dah nekad. Biar xde dari rasa terbeban menanggung

      Delete
  2. bagus juga downgrade ke prepaid...boleh cost saving kat situ..

    ReplyDelete
  3. betul, banyak juga jimatnya. Alhamdulillah pilihan yg tepat

    ReplyDelete