• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

Aisyah Adnan

 Assalamualaikum


Alhamdulillah anak teruna no 2 ecah dah selamat dikhatankan. Alang-alang cuti sekolah ni kan, kami cari la klinik yang masih terima booking untuk sunat. Nasib baik la ada yang promo, rm150 untuk kaedah laser dan boleh book secepat mungkin. Berbaloi sangat la bagi kami sebab kos sunat sekarang pun boleh tahan ye harga dia. Rm200 ke atas tu harga biasa sangat jumpa. Jadi bila dapat promo macam ni, grab la terus. Sebab nampak komuniti area sini pun bawak anak ke klinik situ juga. 

So pada tarikh lahir anak ecah Anaqi Rizqi baru-baru ni, kami bawak la dia ke klinik. Hadiah sekali seumur hidup je mama bagi. Sunat pada hari lahir. haha. Malam sebelum tu dan siap celebrate tiup kek, hari bersunat pon mama gembirakan dia dengan bagi chocolate bouquet. Jadi nikmat apa yang kamu mahu dustakan Anaqi oi? Sunat jela dengan redha. haha.

rilek x rasa apa sebab main phone


Alhamdulillah dia okay dan tenang, masa kena bius tu je mama dengar sayup-sayup nangis. Dah selesai rilek je dia jalan. Tapiiii, sampai rumah dan bila bius dah habis, meraung la dia. Cuma nangis tu dh reda lepas dia bangun tido. Ecah sapu juga essential oils untuk bagi dia tenang, untuk bantu surut bengkak. Dont worry, sapu nya bukan di anu. Kita guna dengan common sense. hehe

Nak dijadikan cerita, hari ni dah masuk hari ke 5. Luka dah kering dan dalam fasa berkuping. Jadi dia dah start gatal sikit la. Tapi masih takut nak tengok dan pegang katanya. Lah macam mama dia jugak rupanya. huhu. Sakit tu dah takde, tapi takut yang lebih. Mama takleh nak marah lebih sangat la kalau dia over-react sebab semua tu datangnya dari mama punya traits juga. haha

Apa ecah buat sepanjang menjaga dia bersunat? Fokus utama adalah nak bagi luka cepat sembuh. Tak perlu nak bagi ubat pun, yang penting makan dia kena cukup nutrisi. Ecah bagi makan ikan dan sayur. Memang pesan kat dia nak luka cepat sembuh, protien kena cukup. Which is ikan tu la. Ayam dan telur ecah baru bagi pada hari ke 4. Hari 1-3 memang ikan sepenuhnya. Sup dan grill. Untung la Anaqi makan ikan mahal. hehe.

Then snacking dengan buah oren, epal pon sometimes bagi tapi dia prefer oren. Anaqi ni suka tomato, so ecah belikan cherry tomato dan jadikan snack dia sekali sekala. Dan pantang utama adalah junk food. Kalau tak dia kenyang makan tu je. So hari 1-3 memang tak masuk la junk food sangat dalam rumah. Hari ke 4 baru papa belanja sikit. As reward gitu, kanak-kanak kan suka la mende macam ni. Tak sihat tapi takde masalah nak bagi sekali sekala. 

muka dah ceria


Tips untuk parent yang nak sunatkan anak yg ecah nak share supaya boleh mudahkan korang.

1. Gi klinik bawa kain pelekat. Ecah suggest yg kids size supaya nanti tak meleret2 anak nak jalan. Plus beli yang belum jahit pinggang tu. Kang puas pulak nak sarung dari atas ke, dari bawah ke, renyah pulak.

2. Berpantang kt rumah ecah gunakan kain pelekat dewasa. So ambik yang papa dia punya je. Sebab kami tak gantung tali macam orang biasa buat. Kami letak meja jepun atas Anaqi dan sarung kain pelekat. So ruang dia luas dan Anaqi tak risau nak gerak dan tak risau nanti bergesel kain. Papa nak masuk skodeng pun senang. hehe.

3. Kami beli spentot helmet tu. Yang ada mangkuk kt depan tu, tapi guna pada hari ke 4 dan ke atas lepas luka dah kering. So anak boleh gerak dengan selesa tanpa bergesel. Sebab masa ni luka dalam fasa berkuping, jadi bila bergesel dengan kain akan sakit pulak tertarik kuping tu. Nak bagi anak confident bergerak, beli je spender tu. Tapi ecah beli 2 je. Anaqi belum pakai lagi sebab dia prefer kain dan dia belum gerak ke mana2. Memang penakut macam mama. haha

4. Apa yang ecah pakai dan sapu kat Anaqi. Nothing much, essential oils hanya untuk tenang. Dan ada few yang bagus untuk bantu luka cepat sembuh. Since papa kerja macam biasa, sapu pun tak la kerap sangat. Yang penting makanan dia cukup nutrisi. Fokus dia nak bagi luka cepat sembuh je dan taknak ada infection. 

Alhamdulillah luka okay. Nak kata cantik ke tak tu masih belum recover sepenuhnya. So ecah assume masih ada inflammation (bengkak) tapi Anaqi tak sakit. Yela tempat tu trauma kan. So dia belum recover sepenuhnya lagi. Sabar dulu dan tengok macam mana nanti. Yang penting, kewajipan untuk sunat Anaqi dah berjaya dilaksanakan. Semoga Anaqi jadi anak yang soleh. Elok la tahun ni dah 7 tahun, dah kena tekankan ibadah solat untuk dia. Doakan Anaqi ye. 

nah ruang luas sebab pakai meja, siap boleh letak barang. haha


p/s: 

Bila masa yang sesuai untuk bersunat sebenarnya? Ecah dan abg gambo pun berkira-kira pada mulanya. Nak sunat seawal baby, kos dia mahal tau. hehe. Tapi ecah rasa itu lebih mudah. Kami tak buat la sebab yes, cost matters for us. Mahal jadi KIV la. Pengalaman abg gambo sunat masa umur 12 tahun (darjah 6) dan masa ni dalam fasa hidup ecah, most of the boys pun sunat sekitar usia ni. Abg gambo pun kata dia takde nangis dan merengek dan kebanyakan masa dia jaga diri dia sendiri. hehe

Tapi bagi ecah, around 7yo ni pun dah okay. Usia dia luka cepat sembuh dan kita boleh jaga sepenuhnya. Umur 12 tahun mama nak tengok pun segan la. haha. Masa 7 tahun ni pun mama jeling2 sipi je. Dan senang mama nak heart to heart bab adab jaga aurat dan lain2. Mereka mudah absorb. Usia 12 tahun, anak dah banyak open dengan kawan2 dan pandai simpan. 

Usia sekarang dia luah je apa dia rasa dan nak cakap dan kita boleh comfort anak, pujuk dan manja2kan sebenarnya. Anaqi pun dah ready, lepas sunat rasa menyesal sakit tu biasa la. Mama pun kadang rasa cam eh kesian pulak sakit tapi sekejap je sebenarnya. Mama boleh jaga betul2. Alhamdulillah hati mama kata this is the best time.

Cuma Yummy nanti, (adik Anaqi) ecah plan dia akan bersunat hujung tahun pulak. Usia yg sama tapi hujung2 tahun. Tengok macam mana nanti. Lain anak lain perangai dia. So Yummy ni macam dah boleh assume perangai dia. haha

Selesai dah ibadah bersunat utk Anaqi. May Allah protect & guide u to be a good caliph. Amin


Good luck parents yang nak sunatkan anak! Semoga Allah balas dengan pahala dan rezeki berganda untuk anda. 

Be Healthy, Be Happy!


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 Assalamualaikum

Pengalaman masuk hospital sebab bersalin lagi mudah dan boleh manage berbanding masuk wad sebab injuries! Serius ecah betul2 rasa susah betul fasa recovery ni. 

Lepas bedah, rutin kt wad hanya makan ubat dan akan tuam dgn ice cast. Syok la misi letak sehari beberapa kali. Sebab nak bagi bengkak kurang sikit dan sekaligus bantu juga untuk legakan rasa sakit. Ubat tahan sakit pun kena makan juga.



Ecah stay 2 malam lagi lepas warded, so ada Physiotherapist yang datang dan ajar kita cara untuk manage diri sendiri ke tandas dan cara gunakan tongkat. Struggle jugak la nak beringat supaya gunakan tongkat dan jangan guna kaki. Untuk condition ecah, kalau tak silap dalam masa 2 minggu kot doktor tak bagi ecah jejak lantai. Tak boleh gunakan kaki yang dh dibedah tu untuk pijak, so kena pakai tongkat je. Bila ecah tengok orang lain yang bedah ACL or Meniscus relax je dieorang lepas beberapa jam jalan macam biasa (dan bertongkat la). Tapi jalan guna 2 kaki. Ecah boleh guna 1 kaki je. Maybe faktor berat kot. haha





Ok apa yang membuatkan ecah tak suka fasa recovery ni adalah, selain dari tak boleh berjalan ecah kena pakai cast kaki tu setiap masa! Untuk first 2 weeks kalau tak silap, doktor suruh pakai cast tu directly kat kaki. Means ecah tak boleh nak pakai seluar or legging dulu baru sarung cast. Kena pakai cast dulu baru sarung apa2. Memang stressful dan tak selesa. Lagi rimas bila gatal, Masya Allah rasa nak garu sampai luka pon ye! Bayangkan la mereka yang kena simen tu, lagi la tak boleh nak capai bahagian yg gatal/tak selesa. Sampai nangis2 la emo ke kaki yang gatal punya pasal. haha. Pastu rumah 2 tingkat, tapi nak jugak turun naik. Makanya naik tangga mengesot ler kita. 

Cast tu pulak ingatkan 2 minggu je pakai, rupanya dekat sebulan. haha. Tapi dah boleh la nak pakai atas seluar. Jadi xde la rasa gatal. Cuma masalah dia asyik nak meleret la pulak sebab licin. 


So dalam minggu ke 4 baru ecah boleh pijak lantai dengan gunakan half bodyweight. Bayangkan baru nak letak kaki kt lantai, rupanya kaki dh kebas tak rasa apa. Bila pijak lantai rasa mencucuk2. huhu. Lagi satu ecah perasan kulit tapak kaki senang nak kikis lepas mandi. Panic kejap sis ingat kaki dh rosak takleh guna. haha



Alhamdulillah by this date, ecah dah boleh berjalan dengan normal, dah boleh solat dengan normal. Actually makan masa 6 bulan jugak baru ecah dapat solat macam biasa. Kalau tak kena solat atas kerusi lagi sebab bila lipat lutut tu rasa ngilu dan berdenyut. Sekarang dah lega, dapat solat macam biasa, dapat rasa nikmat nya semula solat tu. huhu

Tapi ni merupakan pengalaman yang ecah tak rasa nak jalani semula la. Siapa je nak kan. Memang la orang jaga, tapi kita seksa sebab tak boleh gerak, dan sebenarnya tak boleh nak demand macam2 kat tukang penjaga. Tak sampai hati. hehe.

Pengajaran untuk ecah juga adalah untuk jaga diri, jaga kesihatan. Alhamdulillah tahun ni ecah sambung semula azam nak kurus tu. Tapi ubah, NAK SIHAT! Kurus itu bonus. Hehe


Be Healthy, Be Happy!

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum and Hai

  
So hari ni ecah nak sambung kisah Meniscus Tear haritu. Since ecah pilih untuk bedah, maka doktor set kan tarikh untuk buat operation Meniscus Repair. Mcm biasa post pandemic ni, setiap kali nak warded kita kena buat swab test dulu. So ecah buat swab kt klinik Puncak Alam area eco grandeur depan Caltex Family Mart tu. Kalau korang tau la. hehe. 

Alhamdulillah result test clear. So ecah pun admit la di Hospital UiTM Specialist dekat Sg Buloh. Kt sini kira hospital swasta la juga, kalo nak guna GL tu boleh ke Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) Puncak Alam. Mula-mula ecah nak admit kt sini tapi GL hanya cover ward, makan, dan operation sahaja. Untuk equipment bedah kena bayar sendiri. Kos dia around rm7000. Nangiss. haha 
admit dulu.kena tunjuk result PCR, husband tunjuk RTK je sebab nak teman


Okey, sambung kisah warded. Ecah masuk wad sehari sebelum operation sebab nanti kena puasa dan jumpa doktor dlu. Pakar bius pun nak jumpa kita dulu untuk early assesement dan dieorang terangkan la macam mana prosedur tu akan berjalan nanti. Doktor bagi option nak full bius or half bius. Ecah pilih half bius sebab doktor ortho tu prefer ecah sedar supaya dia boleh terangkan apa dia buat, dan in case betul ecah jadi complete tear, dia akan tebuk tulang utk masukkan besi ke ape tah nak senang ikat meniscus tu. Sebab MRI tulis complete tear. Ecah pun dah risau dan doa banyak2 semoga koyak tu yang biasa je bukan yang teruk sangat. Biar la prosedur tu yang paling minimal. 

explore bilik walaupun masa ni tak tau nak rasa apa

bab makan mmg win. hehe


Malam warded dah tak boleh tido walaupun mengantok, pelik je rasa sunyi tanpa anak2. Walaupun sepatutnya boleh tido tenang. haha. Gitu la mak2 kan. Sunyi bila anak takde even sometimes tu mengeluh juga sebab penat handle anak. Nah bila Allah bagi duduk jauh dengan anak, rasakan. Terus rasa bersyukur anak depan mata riuh rendah. huhu 


ok dah siap tukar baju!


Bangun pagi bersiap2 tukar baju OT, nurse tolak kita sekali dengan katil sampai ke bawah. Debar pulak sebab ni first time. Nurse sembang2 sepanjang jalan. Tanya pernah masuk OT tak, pernah kena bius ke. Semua nya tak pernah. Labour room pernah la masuk tapi x pernah bius. Pengalaman kena bius tu memang mendebarkan tapi takde la sakit sangat, ecah tak sangka sebenarnya kena bius kt tulang belakang. Kira epidural la tu kot? Sebab dia cucuk kt spine kan. Haha. Gitu rasanya ibu2 mengandung cser. 

Once doktor ortho datang, diaorang prepkan la ecah, bius dah mula take effect. Walaupun ecah boleh tengok tapi dieorang tutup kaki kita tu dengan kain. Macam ibu bersalin tu, separuh badan kite memang tak boleh nampak apa. Doktor angkat kaki ape semua tak nampak jugak. Rasa apa pun tak. Doktor twist kaki tu rasanya sebab nak bagi better angle sebab dia cerita apa dia akan buat tapi nasib baik la tak nampak weh. Kalo tak mau meraung gak kat situ sebab ngeri. Haha 

Oh ya, doktor bagi kita tengok tu bukan la kite boleh tengok darah2 apa semua tu. Tengok kat tv dia sediakan once doktor dah masuk camera dalam kaki baru la nampak. Jadi takde la ngeri sangat. Cuma nampak dalam kaki tu macam ada dalam air, ada tisu bergoyang2 macam dalam air. Doktor kata: Ni Aisyah, tisu awak yang koyak, Alhamdulillah tak koyak habis so saya tak perlu tebuk. Masa ni nangis syukur sebab ecah takut betul tebuk2 tu macam lutut kita ni dah berubah keadaan. haha. Nak menjalani pembedahan ni pun ecah rasa macam satu violation to my body. haha. Gitu sekali kita punya perasaan tau.

Pembedahan ecah ambik masa dalam 40 minit rasanya. Alhamdulillah semuanya lancar, lepas rehat 30 minit dalam ruang menunggu baru la nurse hantar naik atas. Masa dalam OT sampai keluar dari OT ecah mengigil teruk. Memang sejuk betul. Pengalaman selepas bedah lagi la menggugat emosi dan perasaan. huhu. Nanti ecah cerita lagi kot. Penat pulak ittew menaip. Dah lama tak menaip macam ni.

Thank you for your time!

Be Healthy, Be Happy!
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Assalamualaikum


Hai, tahun 2023 ni kan, sedikit demi sedikit ecah nak ceritakan fasa-fasa yg ecah lalui sepanjang tahun yang lalu untuk simpanan memori ecah. Ecah perasan bila baca entri-entri lepas, rasa seronok sangat bila tengok how I lived my life in the old days. So why not do it again kan. Dan sebenarnya menulis ni bagus juga untuk dump out some stress, memories dan perasaan supaya kita tak memendam sangat. But I wont share my problem here la. hehe

So kisah ecah injured yang membawa kepada diagnosis meniscus tear tu. Actually tahun lepas ecah ni konon-konon nak azam tahun baru la. Azam yang ecah rasa hampir semua orang ada dan simpan dalam list azam mereka iaitu NAK KURUS. haha

semangat!

Maka ecah pun mulakan la setiap pagi morning walk selama 30min-60min pusing taman area rumah ecah ni. Dan hasilnya ecah memang sangat suka morning walk. My mood improved, dapat exercise dapat sunning. Memang best dan rasa lebih happy. Rutin harian pun rasa lebih tersusun. So kita rasa macam kita ada life. haha. Biasa la surirumah kan. Bila petang pulak ecah buat light exercise selama 30 min. Takde la lompat sangat tapi kena gerak kiri kanan jugak la. Ecah siap search low-impact exercise lagi tau. Idok la saya menonong nak exercise semberono. Ecah pilih juga yang ecah rasakan kena dengan beratku ini. Hehe

bawak budak ni sebab dia takleh mama hilang
Bila dah aktif dan ligat exercise, rasa macam nak cabar diri buat Strength Training pulak. So kita follow la kat youtube juga. Buat at least 30min-40min jugak. Ecah even buat challenge 300x squat ye. Amboi sangat kesian lutut hang. haha. Hasil nya Alhamdulillah berat memang ada penurunan tapi tidak lah terlalu banyak sebab makan masih macam biasa. haha

Tapi kan ecah perasan yang kaki ada rasa cramp yang tak hilang. Pastu masa solat lutut sakit bila duduk antara dua sujud. Bila bersila, dan nak tukar postur kaki akan ada bunyi "pop". Ecah tak pasti bila ecah jatuh berdebuk or ter'twist' kaki tapi in between lifestyle baru ni, memang tiba datang sakit tu. Mana la kita sedar bila tengah terjoget2 tu ada jatuh tertwist ke apa kan. haha.

Sakit ni pulak lama kelamaan jadi sakit yang menganggu kehidupan seharian. So ajak la abg gambo jumpa doktor. Doktor hantar physio, tapi setelah beberapa kali PT, therapist kata macam ada simptom Meniscus Tear, cuba mintak doktor confirmkan balik. So kami jumpa doktor, dia check simptom dan acknowledge yang macam ada possibility meniscus tear. Note that sebelum PT tu juga ecah dan buat x-ray tapi takde masalah apa2. Tapi meniscus tear memang takkan nampak dalam x-ray biasa. Kena MRI baru nampak. 


Nah kena physio

So MRI la kita. Berdebar ye masa nak MRI ni. Tapi nasib baik half-body je dan takde nak kena suntik apa2 dalam badan. Sebab masa sign consent tu dia kata akan cucuk dye untuk bagi lebih jelas dalam result MRI. Tapi mungkin situasi ecah tak perlu maka takde la cucuk dye. Lega betul.huhu

Pengalaman masuk mesin MRI memang menakutkan. Tak boleh pakai apa2 yang ada besi. Jam, phone, kerongsang semua kena buang. Masa baring tu dia pasang cast dekat kaki ecah supaya tak gerak2. Jadi memang tak selesa langsung walaupun masuk separuh badan. Tapi ecah tahan la dari bergerak. 

Bunyi dalam bilik MRI? Masya Allah, bising betul! Bergema2 tau sampai bingit dan dengung telinga. 30-40 minit terasa berjam. Tabah jela walaupun memang tak selesa. Nak tido pon takleh sebab bunyi bising. Nasib ecah tak banyak gerak, jadi takde kena repeat scan la. Alhamdulillah. Result pula akan keluar kemudian dan appointment dengan doktor selepas 2 minggu kot. Doktor kata kalau urgent dia akan call.

Tapi doktor takde call dan kami datang pada hari appoinment. Masa ni ecah dah fikir yang baik2 je. Takde call means nothing serius la kan. Rupanya taaakk. huhu. Situasi ecah is meniscus tear yang hampir complete tear. Doktor risau pulak tear tu dekat dengan root ke ape dia panggil so procedure akan jadi lebih rumit. Kalo meniscus repair biasa maybe ambik masa 30min-40min sahaja dalam OT. Doktor tanya pendapat, nak bedah ke tak. Ecah sebenarnya taknak bedah. Tapi keadaan tu macam dah ganggu keselesaan ecah menjalani kehidupan seharian, plus doktor kata the tear wont seal back by itself. Malah ada possibility makin koyak, maka ecah pun decide untuk jalani pembedahan la. huhu


debar nak mri

ni dah siap mri

Ecah buat prosedur ni di Uitm Specialist Sg Buloh. Alhamdulillah proses dia mudah dan sekejap je walaupun warded 4 hari 3 malam. Doktor sangat baik, awesome and very attentive to my needs. Dia siap terangkan macam2 la ecah tak rasa macam dia nak get the job done ASAP. Dia terangkan sebaiknya dan  bagi tips2 la untuk survive the operation. Siap tak bagi full bius sebab nak tunjuk kt ecah macam mana dia buat tu nanti senang nak bincang. Haha. Sepanjang warded tu semua best tapi first time berpisah dengan anak so jadi tak keruan. Tido pun tak lena. Sudahnya duduk dlm ward tengok Netflix habis all season The Big Bang Theory. haha. Tapi ni nanti ecah ceritakan la kisah warded tu dan bagaimana life ecah dalam proses recovery. 

That's it for now dengan pesanan, bila exercise tu jaga diri elok2, jaga postur dan sebolehnya cari la Personal Trainer! haha. Especially orang yg overweight tau sebab kita tak tahu exercise mana yang selamat dan tidak. Kita takleh nak all out juga dan elakkan dulu high impact exercises. Kena slow2 dan paling utama untuk turunkan berat badan, PEMAKANAN. Itu la yang ecah belajar sepanjang 2 tahun ni. So korang, jumpa next post ya!

Be Healthy, Be Happy!

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 Assalamualaikum

Post ni agak sensitip di kalangan masyarat Melayu sebab kita kan bangsa dan budaya yang lemah lembut, sopan santun dan malu2. Gituu. 

Tapiiiii, nowadays anak-anak dan teknologi dah semakin maju. Semua di hujung jari je kan, so info dan maklumat tu senang je nak cari. Jadi ecah nak cerita la serba sedikit berkenaan Menstrual Cup ni berdasarkan pengalaman ecah sendiri yang memakai. Mana tau ada wanita2 yang mencari dan nak tau apa pengalaman pakai cup ni. Plus pemakaian menstrual cup ni hukumnya HARUS. Jadi xde isu2 lain la sebab pakai dia pun masa period kan. 




Disclaimer awal: Ecah hanya rekemen pada wanita yang dah berkahwin ye. Anak dara muda remaja lagi tak perlu lagi la kot sebab menyusahkan sikit. Cukup sampai di situ. Hehe

Okay, apa sebenarnya menstrual cup ni? Dia ni sejenis cawan silikon yang digunakan untuk mengumpul cecair ketika 'period'. Instead of pakai pad or tampon, kita pakai cup ni sahaja.

Kelebihan dia? Cup ni reusable dan tahan sehingga 10 tahun tau. Hanya perlu cuci dan simpan sahaja. Kalau pakai pad, kan puas nak kena buang, beli pelbagai jenis saiz. Sebab ecah pun memang jenis beli untuk setiap flow. Dari hari pertama sampai la hari period dah nak habis. Bayangkan la sebulan berapa bajet nak kena belanjakan?

Jadi menstrual cup sangat2 la berguna dan jimat. Jangan risau sebab kita cuci dia dengan bersih dan simpan elok2, jadi boleh la pakai lama. Ada cara nak guna dan tips untuk pakai dia dengan mudah. 

Mana ecah beli menstrual cup ni? Ecah gunakan brand SUCI CUP yang dijual oleh orang Malaysia juga dan ada circle Suci Sisters a.k.a support group untuk pakai cup ni. Memang first time beli, macam2 nak tanya kan. So suci sisters akan share tips dll. 

Kalo korang banyak persoalan, check je kt link SUCI ni dan kalo nak beli boleh je terus beli kt situ sebab dari awal dia akan bagi explanation juga supaya terang dan jelas. 

Jangan risau tau pakai, sebab bila dah pakai korang memang akan jatuh hati sangat2. Ecah rasa sangat bersih masa period dan selesa! Takde dah gelabah tiba period datang kita tak ready nak beli pad sebab cup ni sentiasa ada standby! Rugi tau kalo x cuba. 


Lets confident with Suci!

Be Healthy, Be Happy


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah, one step to Young Living Lavender Farm, Mona Utah, USA. Yahooo, ecah bakal ke amarekaaaa! (ini adalah throwback)

Excited kan? Tapi tungguuu, settlekan visa dulu. Nak lulus visa US, bukan lah semudah ABC. Banyak prosedur kena lalui dan ada maharnya nak kena bayar. Jadi ecah ceritakan secara ringkas jela ye pengalaman ecah ni sebab ni dah tahun 2023, dah ingat2 lupa pulak. hehe

Ok first, sebelum isi di website dia, kena la sediakan gambar visa. Gambar tu biar betul2 nampak satu muka sekali dahi licin anda. Jangan ada bayang or muncung tudung. Biar nampak jelas muka tau. Ecah follow BLOG INI untuk step satu persatu sebab dia ajar sangat details. Terima kasih sebab berkongsi.

Ecah cuma nak share pengalaman ecah sendiri pada hari kejadian untuk rujukan dan peringatan korang. Mesti la korang nak dengar2 jugak pengalaman orang yang pergi latest kan. So ecah cerita serba sedikit la.

Pertama: Kos

Ecah bayar dalam rm688 untuk apply visa ni. Tak termasuk buat gambar, kos ke embassy dan lain-lain. Untuk isi online apply visa tu sahaja begini kos nya pada waktu ecah gi iaitu bulan May 2022. Harga visa ni ikut turun naik currency katanya. Jadi doa2 la masa anda nak apply, harga dia tak mahal sangat. 

Kedua: Persiapan Dokumen

Ecah print segala dokumen nak kesana macam surat jemputan dari Young Living, IC, Komisyen atau Statement Bank supaya mereka tahu korang mampu untuk berbelanja kat sana dan bukan nak datang untuk cari kerja. Surat temujanji interview pun print, resit bayaran siapkan melainkan mana-mana yang dia dah inform tak perlu print. 

Ketiga: Pakaian

Simple je asalkan tak menjolok mata. Ecah pakai skema juga la baju blouse siap kasut bertutup. Sampai sana ada je yang pakai skirt dengan baju takde lengan. haha.

Keempat: Masa

Datang awal tapi tak masuk awal. Contoh masa yang dia bagi 10am, tapi korang tak kan masuk waktu tu la. Depends pada orang yang ada. Tapi sangat perlu untuk sampai awal ye. Korang akan beratur panjang2 kat luar, penat. Huhu

Kelima: Lokasi

Waze je. Tapi nak bagitau sebelah bangunan tu ada parking, kena alert la sebelum sampai embassy dlm 100meter ada lot parking berbayar. Jangan terlepas nanti kena pusing balik. Kalau ada orang drop off lagi la senang. 

Ok last, Flow.

Masa sampai, kami beratur ramai2 ikut masa interview. Bila dah sampai turn, kena drop phone dalam bakul dia bagi dan baru masuk. Nanti dapat tag, item dah scan baru boleh ambik balik. Jangan bawa beg besar. Bawa satu fail transparent tu dan letak segala dokumen dan kunci kereta. Handbag pun tak boleh ye. Tinggal la semua bag, laptop dalam kereta or kat rumah je. Bawa yang penting sahaja.

Masuk dalam tu follow je anak panah, sampai tu terus akan masuk area macam kaunter bank. Scan dokumen dan tunggu nombor dipanggil. Interview berdiri je macam dalam bank. 

Adab menjawab:

Simple je korang. Jangan describe beria2 nanti lagi dia pusing balik soalan korang. Jadi makan diri pulak. Jawab dengan terang dan tenang. Point dia, korang cuma perlu tunjukkan korang ke sana atas urusan kerja/jalan2 dan korang mampu untuk biaya diri. Kalau perlu tunjuk bukti berduit, masa ni la nak tunjuk bank statement. hehe

Kalau bekerja, bagi tahu kat mana. Macam ecah surirumah, panjang sikit la soalan dia. Suami kerja apa, ada kereta sendiri? Ada rumah sendiri? Pergi tujuan apa? Ada bisnes sendiri tak?

Elakkan jawab korang surirumah. Kalau ada bisnes bagitahu supaya dia tau kita orang yang berkemampuan untuk ke USA. Bukan KAYA RAYA. Tapi mampu untuk biaya diri kat sana. Sometimes dia akan tanya berapa duit nak bawa? Pun kena telus. 

Sebenarnya interview tu kejap sangat. Siap jawab YES, NO. Terus balik. Kalau dia bagi kertas putih, Insya-Allah lepas. Kertas putih yang bagi tahu apa perlu buat lepas abis interview. Kalau kertas pink, makna nya kita kena jawab lagi soalan dia melalui email. Ada mende la dia nak siasat lagi. Ada satu kertas putih yang bermaksud: KENA REJECT. huhu. Ini seram, tapi boleh je apply semula kalau kena reject. Cuma kena keluarkan another cost. Huuu

Lepas dah settle dan lulus, tunggu la dapat mesej untuk pickup passport. Biasanya dalam 2-3 hari siap la tu. Kalau pilih nak pickup kt Aramex, nanti gi sana je. Kalau nak dia pos, ada la kos dlm rm50 dan tunggu je passport sampai. 

Oh ya nak cerita pengalaman sikit: Masa beratur depan embassy tu, ambik gambar pun tak boleh tau sebenarnya. huhu. Kami punya la ambik gambar jauh2, tapi kena tegur dgn guard yg ada. Siap suruh padam gambar lagi. 





Jadikan peringatan untuk korang juga ye. Good luck utk siapa2 yg nak buat visa US!

Be Healthy, Be Happy!

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

ASSALAMUALAIKUM AND HAPPY 2023!


Its been almost 8 years since ecah habis belajar di UKM. Dan ecah juga pernah share pengalaman ecah tangguh semester sebab mengandung dan nak bersalin. Sejak tu, ramai juga adik2 yang bertanya cara dan minta contoh surat. Maaf ye ecah jarang bebeno buka blog dan sometimes ada yang directly email, ecah pun share juga la.

Since dah berkali-kali tukar laptop/PC maka surat tu entah ke mana. Tapi ada 2 contoh surat yg ecah masih simpan jadi ecah share terus la butiran dia kat sini. 

Cuma untuk guide adik2, basic nya dalam surat tu:

1. Kena ada alamat anda, alamat individu yang nak ditujukan contoh: Head of Faculty ke, MARA ke, MyBrain ke or siapa2 lah yang sponsor pengajian anda. 

2. Tajuk untuk rujukan

3. Dalam surat letakkan details Nama, IC, No Matrik, Course

4. Bagitahu la apa sebab nak tangguh dan letakkan tarikh/semester yang anda dah rancang untuk tangguh pengajian untuk rujukan mereka.

5. Then tutup jela surat dengan ucapan terima kasih dan mintak pertimbangan mereka. 

Sekian terima kasih. 


Gitu jela basic nya. Kena pandai mengayat sikit. Hehe. Lepas tu surat yang sama, tukar sahaja kepada siapa ditujukan. Buat copy jika nak address to Head of Faculty/MARA/MyBrain (ada lagi ke mybrain?huu)

Bila nak sambung balik, untuk faculty ecah tak hantar surat pun sebab masa nak daftar, daftar je macam biasa. Tapi untuk pihak yang sponsor/loan anda tu, hantar surat untuk maklumkan anda bakal sambung pengajian. Supaya mereka tahu dan sambung la masukkan dana tu. Make sure hantar suratnya sebulan atau 2 bulan awal ye. Jangan seminggu nak masuk baru nak hantar nanti lambat pulak masuk duit. 

Itu je ye. Ecah copy paste siap sini. Korang tukar jela details diri sendiri, nama faculty dan lain2 tu ye.

Harap membantu anda. 

CONTOH SURAT UNTUK FAKULTI

Nama Pengirim

Alamat Pengirim

 

Dr. Nasrudin Bin Subhi,

Penyelaras Program,

Sarjana Sains Sosial Psikologi Kaunseling,

Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia,

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 Bangi,

Selangor Darul Ehsan.

 

Timbalan Dekan,

Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia,

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 Bangi,

Selangor Darul Ehsan.                                                                                                Tarikh di sini

 

Tuan/Puan,

 

1. PERMOHONAN MENANGGUHKAN PENGAJIAN

 

Merujuk perkara di atas, saya Nama Pengirim(No Pelajar) ingin memohon untuk menangguhkan pengajian bagi sesi pembelajaran semester III 2013/2014 (Februari 2014).

 

2.         Penangguhan ini adalah kerana saya sedang mengandung dan dijangkakan bersalin pada pertengahan semester akan datang. Sehubungan itu, saya ingin memberikan sepenuh perhatian terhadap bayi yang akan lahir dan tidak mahu menjejaskan prestasi dalam pembelajaran lantaran saya akan kekurangan masa untuk ke kelas dan menyiapkan proposal thesis.

 

3.         Saya memohon untuk menangguhkan pengajian selama satu semester dan akan melapor diri semula untuk pengajian pada sesi akan datang.

 

4.         Bersama surat ini saya sertakan lampiran surat dari doktor bagi mengesahkan jangkaan saya bersalin pada semester akan datang. Diharapkan pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini.

 

 

Sekian, Terima Kasih

 

Yang Benar,

 

----------------------------------

(Nama)

Siswazah,

Sarjana Sains Sosial (Psikologi Kaunseling).

 

 

Sk: Dekan Pusat Pengurusan Siswazah


2. CONTOH SURAT UNTUK MAKLUMAN SAMBUNG PENGAJIAN SEMULA

Nama Pengirim

Alamat Pengirim

 

Bahagian Biasiswa, 
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6 Presint 5,
Kompleks Kerajaan Persekutuan,
62200 PUTRAJAYA.
(u.p : Unit MyBrain15)                                                                                  Tarikh di sini

 

Tuan/Puan,

MAKLUMAN SAMBUNG PENGAJIAN

Merujuk perkara di atas, saya Nama Pengirim (No IC) ingin memaklumkan bahawa saya akan menyambung semula pengajian bagi semester akan datang (1 SEP 2014 – 28 FEB 2015) seperti yang telah dipersetujui oleh pihak tuan/puan.

 

2.         Berikut merupakan maklumat pembiayaan saya dari pihak tuan/puan:

 

Peringkat : SARJANA

Kursus : SARJANA SAINS SOSIAL

IPT : UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

Tempoh Pembiayaan : 1 FEB 2013 - 31 JUL 2014 (18 bulan)

Kategori : M3

Mod Pengajian : SEPENUH MASA

3.         Bersama surat ini saya sertakan lampiran surat maklumbalas pihak tuan berkenaan permohonan saya bagi tujuan rujukan. Setinggi penghargaan dan terima kasih atas maklumbalas dan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan/puan.

 

 

Sekian, Terima Kasih

 

Yang Benar,

       Aisyah Adnan

----------------------------------

(Nurul Aisyah Binti Adnan)

Siswazah,

Sarjana Sains Sosial (Psikologi Kaunseling)

Universiti Kebangsaan Malaysia.


Ingat, tukar je kepada siapa tu. Isi dia sama je, pihak yang nak dihantar tu boleh ubah. Selain dari 2 surat ni, ecah tiada simpan dah surat lain. Puas dah korek tapi xde juga. huhu

Good luck!


 




Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About me


Aisyah Adnan. A mom and an oiler. Young Living Essential Oils Independent Distributor. Find me at IG: aishareoils

Readers are Leaders!

Sponsor

Blog Archive

  • ▼  2023 (24)
    • ►  November 2023 (1)
    • ►  October 2023 (2)
    • ►  August 2023 (2)
    • ►  July 2023 (2)
    • ►  June 2023 (2)
    • ►  May 2023 (3)
    • ►  April 2023 (2)
    • ►  March 2023 (3)
    • ▼  February 2023 (7)
      • MOTHERHOOD: ANAK BERSUNAT
      • Meniscus Repair: Post-Op Aftercare
      • Pengalaman Kena Bedah Meniscus Tear
      • PENGALAMAN MENISCUS TEAR: HOW IT HAPPENED
      • Menstrual Cup: BERBALOI KE BELI?
      • PENGALAMAN INTERVIEW VISA (USA)
      • UPDATE: SURAT PENANGGUHAN SEMESTER/BELAJAR
  • ►  2021 (4)
    • ►  May 2021 (1)
    • ►  April 2021 (1)
    • ►  March 2021 (1)
    • ►  February 2021 (1)
  • ►  2018 (5)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  March 2018 (4)
  • ►  2017 (13)
    • ►  October 2017 (1)
    • ►  July 2017 (1)
    • ►  May 2017 (2)
    • ►  March 2017 (2)
    • ►  February 2017 (4)
    • ►  January 2017 (3)
  • ►  2016 (5)
    • ►  December 2016 (2)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  October 2016 (1)
  • ►  2014 (58)
    • ►  December 2014 (1)
    • ►  November 2014 (1)
    • ►  October 2014 (6)
    • ►  September 2014 (7)
    • ►  August 2014 (7)
    • ►  July 2014 (1)
    • ►  June 2014 (3)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  April 2014 (1)
    • ►  March 2014 (16)
    • ►  February 2014 (9)
    • ►  January 2014 (5)
  • ►  2013 (127)
    • ►  December 2013 (13)
    • ►  November 2013 (23)
    • ►  October 2013 (11)
    • ►  September 2013 (9)
    • ►  August 2013 (7)
    • ►  July 2013 (1)
    • ►  June 2013 (16)
    • ►  May 2013 (14)
    • ►  April 2013 (11)
    • ►  March 2013 (10)
    • ►  February 2013 (7)
    • ►  January 2013 (5)
  • ►  2012 (123)
    • ►  December 2012 (2)
    • ►  November 2012 (5)
    • ►  October 2012 (12)
    • ►  September 2012 (2)
    • ►  August 2012 (4)
    • ►  July 2012 (11)
    • ►  June 2012 (25)
    • ►  May 2012 (16)
    • ►  April 2012 (12)
    • ►  March 2012 (15)
    • ►  February 2012 (12)
    • ►  January 2012 (7)
  • ►  2011 (136)
    • ►  December 2011 (7)
    • ►  November 2011 (19)
    • ►  October 2011 (21)
    • ►  September 2011 (9)
    • ►  August 2011 (26)
    • ►  July 2011 (25)
    • ►  June 2011 (16)
    • ►  May 2011 (9)
    • ►  April 2011 (4)

Keeping Up with The Bloggers

  • Aku Sis Lin
    TORAMARU WAGYU YAKINIKU - PENGALAMAN MAKAN GRILL PREMIUM DI TENGAH BANDAR JB!
  • Anies♥You
    #SoloTravel #Bangkok - singgah Hard Rock Cafe dan Gaysorn Village
  • BEN ASHAARI
    Makan telur pun diorang jadikan isu panas !
  • Dunia Blog IQ
    Kasut Jazz Pallas Sentiasa Menjadi Pilihan Anak Untuk Ke Sekolah!
  • MRHANAFI
    Baru faham bagaimana rasanya malas
  • MENJARING IMPIAN
    Lokasi Menarik untuk Percutian ke Taiwan
  • ♥♥Puan mah♥♥
    MUSIBAH...
Show 5 Show All

Created with by ThemeXpose