• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

Aisyah Adnan

 Assalamualaikum

Ecah nak perkenalkan pada semua, bisnes baru ecah. Cewah. 


Alhamdulillah berpeluang untuk mencuba buat sesuatu yang baru yang ecah suka, iaitu kristal. Dah lama suka pakai kristal, asyik beli je sana sini. Kalau kawan2 nak beli kristal pun mereka suruh ecah suggest dan pilih yang mana cantik. So bila dah lama2 ni berminat pulak nak cuba kembangkan sayap bisnes iaitu dari menjadi pembeli, jadi la pulak penjual. hehe

Tapi bisnes baru mula, kecil-kecilan. Maka ecah prepare cyrstal beads untuk kanak2 dahulu. So far ada Rose Quartz, Amethyst dan mix of both.

Jemput like Instagram kristal ecah: Hiragems.co. Korang boleh follow SINI. 

Doakan bisnes ecah ni berkembang dengan baik dan ecah dapat bantu semua memilih kristal yang berkualiti dan cantik2. Range harga untuk kids bracelet kali ni adalah rm50-rm60. High quality crystals tau bukan batu sintetik or fake. 

Ecah share sikit gambar untuk tatapan. Boleh la DM ecah kt ig untuk order sebab limited pieces yang ecah sediakan sebelum ecah buat bracelet untuk dewasa pula. 




Insya-Allah from time to time ecah akan perbaiki IG ecah dan upload banyak lg gambar2 comel. 

Be Healthy, Be Happy!
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 Assalamualaikum

Baju sendiri dah sendat ni memang bikin panas.

Tapi kalau baju anak2 yang dah sendat? Bikin sedih hati mak. Huhuhu

Cepat nya anak membesar, tau2 dah meninggi, membesar. Sampai baju tak muat. 

Kadang2 salahkan diri jugak, lama sangat dah ke x belikan baju anak sampai semua dah singkat, x muat ni? Adoiii, maafkan mama anak2. 

Dalam nak elakkan membazir beli baju, mama terlebih jimat sampaikan anak nak pakai baju tau2 sendat dan singkat. 

Maka mama pun bukak la Shopee, nahh beli baju 3-4 helai untuk korang. Belikan seluar sekali. Nak beli yg murah, tapi mesti la nak yg ada kualiti dan tahan lama kan. Search punya search, jumpa yg murah dan cantik. Tapi tak pernah pegang kain, beli jelah dulu.

Now baju dah sampai, mama puas hati. Meh ecah share untuk korang jugak sebab ecah suka material kain dia dan saiz pn memang okay untuk anak2.

Rasya 9yo, pakai saiz 9-10thn

Anaqi 7yo, pakai  saiz 7-8thn

Yummy 4yo, pakai saiz 5-6thn


BELI UNTUK RASYA: BAJU CANTIK GIRL




BELI UNTUK ANAQI & YUMMY: BAJU CANTIK BOY



Selamat beli baju cantik2 untuk anak2. 


Be Healthy, Be Happy!

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
 Kisah semalam. Kami ke Young Living 9th Anniversary di Sentul Pavillion.
Masa ni aisah sebenarnya sedang x selesa badan sbb period. Alhamdulillah juga la aisah ni bukan jenis yg kena senggugut or migraine teruk masa period tp ujian utk wanita, bila period tetap macam2 dugaan sebab badan sedang melalui satu fasa dan hormon memang haywire. Mcm contraction nak bersalin, sakit tak sakit tetap kena lalui.
😣
Tapi semalam tak kena timing. Haha. Dari malam aisah dah emo, siap ckp kt bang Ridzuan x merajuk, x sakit, tapi tak tau kenapa tak selesa, tak cukup kasih sayang.
🤣
Serius tak tau nk kata apa sebab x sakit mana pun badan, tapi something wrong yg menyebabkan aisah x selesa. Dalam kereta membebel kt kawan ecah bgtau kenapa x selesa, sakit pinggang kot tp x sakit pun? Haaa x suka laaa! Kejap lg nak melawa2 gi event YL tp kita tengah serabut!
😭
Masa on the way nk pickup sorang kagi kawan, terus pm dia blh x nanti bawak la turun eo apa2, massage oil apa ke. Sakit pinggang kot ni, x selesa badan.
Dalam kereta dia pass Cool Azul cream ni, belum masuk Malaysia dia dh ada? Amboi! Rupanya mmg selalu beli dr YLUS. Ok la org dh bg kita pakai. Aisah sapu2 la kt mana patut.
First application, rasa panas2 hangat gitu. Ok lega la. Biasa sakit lenguh mcm ni badan mmg suka minyak2/krim panas kan. Layan.
Sampai masjid nk solat & tukar baju, perasan yg eh mana sakit2 lenguh tadi? Hilanggg? Panas krim pn hilang. Tu yg tersengih gembira. Alhamdulillah boleh go through the event dgn selesa. Takyah sapu banyak2 kali. So kompiden wangi dgn bau eo wangi2 bunga dan bukan bau eo herbs. Bau pn ada preference ikut situasi tauuu. Dh join event mesti la nak ber-eo bunga2.
Tq uya bg test Cool Azul cream ni! 10.10 dah release dlm market YL Malaysia, haa boleh la beli!

Korang nak beli or nak tau pasal YL produk boleh follow ecah kt IG okay! Cari je: aishareoils

Be Healthy, Be Happy!



Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 Assalamualaikum 

Hai korang!

Buat yang belum tahu, ecah dah jadi YL Brand Partner dah lebih 7 tahun dah pon. Alhamdulillah. Sambil membesarkan anak, cari side income untuk keperluan diri sendiri juga. Ecah discover yang ecah lebih happy dan rasa lebih lengkap hidup bila ada sesuatu yang boleh dibuat.

Kalo duduk rumah saje2 buat saya stress. huhu

Ecah jarang share pasal YL kt sini, ada la sekali sekala kan. Mostly ecah share di IG ecah: aishareoils. Korang boleh follow & say hi kt sana ye!

Oh ye, ecah nak announce yg Young Living tengah buat promo sempena Merdeka ni tau. Promo ni dah bermula 25/8 dan akan berakhir pada 29/8 nanti. So kalau korang memang dah biasa guna YLEO dan nak topup minyak pati dengan harga promo ha ini lah masanya. Yang baru nak try pon ada diffuser promo ni. Roger je ecah okay!



Ecah share poster kt sini, nanti nak order boleh je roger ecah. Insya Allah kita guide cara guna ye. 

Klik link ni: NK BELI EO

Be Healthy, Be Happy!


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 Assalamualaikum 

Lama dah ecah nampak orang asyik share link shopee ni. Sikit2 letak link kt post. Mula2 ingatkan scam ke ape kan. Plus x suka stail yg cerita out of context, pastu tiber suruh tekan link. Maybe ecah bukan la target market orang yg buat iklan sebegitu.

Tapi tak lama lepas tu ecah sendiri pun cuba2 la join affliate ni. Masa join tu pon spontan. Entah link siapa2 la ecah klik dan register je. At least rezeki untuk dia kan sebab ecah guna refferal dia. 

Tapi ecah jenis yang suka explore sendiri. Gigih ye daku dah buat affliate account pastu takes time nak update link socmed, profile dan bank details. Akhirnya siap jugak semua step yang Shopee perlukan. 

Bagi ecah, buat affliate shopee ni kalo korang jenis yang boleh sabar dan tak gelojoh nak income, maka boleh la join. Work at your own pace. Tapi hasil dia pun depends pada pace anda jugak la. hehe

Siapa nak try join boleh la slow2 explore. Toksah kalut, buat satu persatu. Tapi kena register tau, bukan main share je link pastu kang stress x dapat komisyen apa2 pun. huhu.

Korang nak klik link ecah pon okay. 

Referral code: BRDQEE9

Referral link: https://shope.ee/6pXPxLwHem


Satu je ecah pesan, share jela link dengan terang dan jelas. Ecah suka share link item yang ecah sendiri ada dan guna di rumah. Share apa yang best dengan link yang korang refer tu baru la orang berminat. 

Semoga murah rezeki korang. Mesti ramai yg lagi hebat guna sosial media ni. Ecah ni geng milennial. Masih boleh lagi la guna teknologi dll ni tapi x sehebat budak2 gen Z sekarang. Idea masing2 kebabommm. Tahniah! Gunakan kretiviti anda sebaiknya demi kebaikan dan rezeki yg halal. Gituuu


Be Healthy, Be Happy!


Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 Assalamualaikum

Kali ni ecah nak cerita pasal produk penjagaan kesihatan wanita. Haaa, mana yang tak berkaitan sila skip. Tapi bagi yang dah berkahwin (lelaki) kena baca demi isteri kesayangan anda! Gituu

Okay sebenarnya dah lebih 6 bulan ecah cuba menstrual cup ni. Tak sangka la berubah sepenuhnya pengalaman period ecah selama berpuluh-puluh tahun. Sangat berbeza dan menyenangkan betul! Bukan propa ye, ini pengalaman betul2. 

Okay pengalaman ecah selama period dulu2, setiap kali period datang rasa tak selesa nak handle, geli pon ya dan sentiasa la risau2. Isu yang kita hadapi biasanya bocor, gatal2 dan ruam dan bermacam jenis lagi la ketidakselesaan yang berlaku. Sampaikan pad kt pasaran pun dah macam2 jenis keluar. Yang bersayap, tak sayap, nipis tebal semua ada. Tinggal belum terbang je pad tu even dah bersayap pon. hehe. Ini baru kesukaran nak dapatkan period yang selesa, belum lagi nak melayan PMS, senguggut dan macam2 lagi dugaan hormon. So nampak tak betapa 7 hari cycle tu sangat merimaskan?

Jadi tahun lepas lepas ecah nampak menstrual cup ni muncul kat Malaysia ni ecah macam tertarik, tapi was2. Macam mana nak masukkan? Betul ke senang? Macam mana dia tampung darah, tak tumpah ke masa baring? Percaya lah ecah jugak yang datang dengan pelbagai jenis persoalan dan pemikiran skeptikal. Sudahnya tak beli! haha

Tapi bila ecah dapat jumpa booth orang yang jual ni depan2 dalam satu event minyak ecah join ( I am Young Living brand Partner), so ecah ajak  kawan beli sama2. So ada la geng nak merentan kalau susah ke ape kan. hehe

First month cuba, Masya Allah. Mudah nya mende ni, kenapa tak cuba dari awal. haha. Tido la kuak lentang ke ape, sikit pun tak risau. Kagum okay. Tak tau nak cakap betapa mudah dan bersihnya period yang ecah lalui lepas kenal menstrual cup ni.

Oh ya, menstrual cup ni dari company Malaysia, SUCI CUP namanya. Apa yang best, ecah dapat join support group dieorang utk belajar troubleshoot. Ada je yang masih kekok pakai, so ada la kawan2 yang ajar tips and tricks.

Lagi best, korang boleh gunakan Suci Cup ni sampai 10 tahun tau! Bayangkan berapa ribu pad kita dapat jimat? Earth-Friendly! 

Ecah dah cerita pengalaman ecah, korang boleh nilai sendiri dan baca sendiri kt link Suci Cup ni ye. Dari A-Z dia cerita. STUDY SINI PASAL SUCI CUP

Ecah harap dapat inspire ramai lagi wanita kt luar sana untuk merasai pengalaman period yang memudahkan dan bersih. Insya Allah. Nak tanya apa2 komen je ecah cuba jawab ikut pengalaman dan pengetahuan ecah okay. 


Be Healthy, Be Happy!

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

Assalamualaikum

Since anak-anak dah masuk sekolah, ecah selalu concern akan penglihatan dieorang. Sekali sekala tanya jugak la dalam kelas duduk kat mana, nampak tak apa yang cikgu tulis? Kalau tak nampak bagi tahu dan so on. Menda macam ni kena tanya jugak sebab nak tak nak, mereka memang terdedah dengan gadjet. So kita kena ambil peduli supaya anak tak ketinggalan atau jadi makin teruk. (Rabun)

Alhamdulillah so far anak masih okay. Dieorg bagitahu nampak apa yang cikgu tulis dan takde masalah. So mama lega la. Cuma lately anak sulung ecah kata bila kena matahari jadi sakit mata dan pening kepala. Haa mama dah risau, adalah tanda2 silau? Nak kena check segera ni.

So nanti ecah update la kemudian apa cerita anak dara sorang ni. Walaupun sebenarnya mama macam tak bersedia nak terima kenyataan nanti. hehe

So kat sini ecah nak share sikit la points yang kita as parent perlu ambik tahu dan bersedia untuk penjagaan mata anak2. 


1. Mengecilkan mata ketika membaca atau melihat jarak jauh. 

2. Mencondongkan kepala atau menutup sebelah mata untuk melihat/membaca sesuatu.

3. Duduk terlalu dekat dengan televisyen atau memegang handphone terlalu dekat dengan mata.

4. Menggosok mata secara berlebihan.

5. Mengadu sakit kepala atau sakit mata.

6. Mengalami kesukaran menumpukan perhatian pada kerja sekolah.

7. Mata berair yang terlalu berlebihan

Jadi ni di antara points yang kita perlu ambil tahu dan ambil tindakan bila nampak anak dah ada tanda2 rabun. Bagi ecah yang paling efektif nak kenalpasti anak ada masalah atau tidak adalah dengan berkomunikasi dengan mereka. Kena la rajin2 berborak, tanya anak dan check dengan cikgu. Kalau anak dah biasa dan selesa bercerita dengan kita, Insya Allah ada masalah apa2 mereka akan terus bagitahu. 


p/s: Teringat masa kecik dulu hadap tv betul2 dekat dengan skrin sampai mak marah. Rupanya rabun. hahaha. Darjah 5 dah mula pakai spec. Sebab mak memang rabun dari kecik, kena terima kenyataan yang anak ada kemungkinan juga rabun. Tapi selagi dapat delay kerabunan tu, delay la kan. Jaga nutrisi dan disiplin anak2 supaya tak terlalu terdedah dengan gadjet. (Pesanan ecah untuk diri sendiri. huhu)

Be Healthy, Be Happy!



Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Assalamualaikum




Its been a few month. Sedang berfikir tentang sesuatu. Mencari ilham dan semangat, adakah nak buat atau tak. Mampu buat atau tak. 

Actually sedang survey peluang sambung PHD. Debar setiap kali fikir. Debar memikirkan mampu ke buat. Dah tau dan sedar perjalanan dia bukan yang indah2 belaka. Risau je x mampu nak hadapi tekanan tu. Its not about running from something or dah takde pilihan langsung. Tapi more to ada satu impian ni, yang dah simpan dari dulu tapi masih belum tercapai. 

Tapi tu lah, nak sambung dalam bidang yang sama bila tengok most of university nak taja, kena ambik lesen pulak. Tapi dah lama grad, lesen pun belum berdaftar. Sah2 la masa interview nanti terciduk. haha. Yola, tak daftar, tak praktis. Mesti la penemuduga was2 adakah dia ni masih faham dan tahu nak implement teori2 yang ada?

So how? Sedang bertanya pada diri, semangat yang ada ni hangat2 tahi ayam kahhh.

Ada sesiapa tahu cara or macam mana nak refer perjalanan, langkah dan persediaan nak sambung? Sebab ecah nak betul2 tahu dan bersedia. Biar berpijak di bumi yang nyata bukan berangan je lebih. Hehe

Semoga Allah permudahkan. Masa depan tu rahsia Allah, tapi sebagai hamba, diri ni sentiasa tertanya2, langkah apa yang nak diambil untuk mencorak masa depan sendiri. 

Be Healthy, Be Happy!


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 Assalamualaikum

So keputusan ecah nak tukar dari Postpaid ke Prepaid ni adalah disebabkan ecah rasa overpaid setiap bulan. Data yang ecah bayar is rm98/50GB montly. Tapi total bill setiap bulan usually rm103.90 depends pada penggunaan kalo ecah call sesiapa dll termasuk tax la tu. Tapi ecah perasan usually setiap bulan juga data yang ecah gunakan tak sampai 30gb. Jadi ada extra lagi 20gb kt situ.



So ecah buat keputusan untuk downgrade kepada Prepaid sahaja. Ecah x plan lagi nak tukar ke Postpaid telco lain sebab belum survey sepenuhnya.

Kelebihan ecah guna Maxis setakat ni adalah kerana kelajuan internet dan line availability. Setiap kali ecah ke mana2, memang line sentiasa ada. Stay kt rumah, balik kampung, gi dusun pun sentiasa okay. Even hari tu roaming di USA/Qatar pun ecah rasa mudah dan berbaloi sebab xde hidden charge. Apa yg ecah subscribe, itu yg ecah dapat.

Tapi tu la, OVERPAID. Dan masalah pakai line ni, lambat bayar sikit kena bar. haha. Kite dah la sokmo bayar time paras2 hidung. So agak mengganggu la. 

Jadi pada hari ecah call Maxis 123, ecah pilih untuk bercakap dengan Operator. Dia sahkan ID, check status akaun dan pass ke agent penukaran. Status ecah dengan Maxis adalah tidak ada tunggakan dan tiada kontrak. Jadi dia boleh proses serta merta. 

Masa bercakap dengan agent bahagian penukaran tu dia ada la offer untuk stay dengan Maxis Postpaid tapi dapat yang murah iaitu offer direct HQ rm38/bulan. 500min call percuma ke semua telco & 10gb data bulanan. Tiada kontrak juga.

Ecah cakap nak fikir dan akan call dia semula la. Dia kata kena buat proses yang sama, call 123. Ok ecah hold dulu untuk terminate postpaid dan bincang dengan abg gambo serta ecah survey telco lain.

At the end, ecah rasa x berbaloi dan xnak la proceed. Kembali plan asal untuk terminate dan call semula 123. 

Dapat bercakap dengan agent penukaran lagi sekali tapi orang lain pulak. Kali ni dia offer rm68/bulan, unlimited call, unlimited data ke apa tah. Lupa pulak sebab masa tu dlm kepala fikir rm68= NO. haha

So bila dah dipujuk2 dan ecah x terpujuk jugak, maka dia tukar la Postpaid ecah kepada Prepaid. Serta merta dan terus ecah download app Hotlink. Sebelum ni pakai app Maxis. 

Alhamdulillah lega, dah kurang 1 komitmen bulanan, still dengan nombor sama, telco sama. Kemudian2 la kalau nak pakai postpaid baru consider pulak. Jadi itu la dia pengalaman ecah, Alhamdulillah sangat mudah sebab xde kontrak dan ecah dah settle semua bill sebelum mintak dia terminate. 

Harap membantu korang. Ecah malas nak email or ke Maxis Centre sebab recurrent statement ecah 6 June nanti. Dok menunggu2 nanti bill refresh dah sehal pulak nak menunggu sebulan. Baik buat serta merta. Lega dah x yah fikir. 

Good luck utk korang yang dlm situasi yg sama!

Be Healthy Be Happy!

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 Assalamualaikum

Last week, ecah bawak anak2 ikut kakak ecah (awong kepada budak2 ni) ke Melaka. Sebab awong dieorg kerja, maka anak2 sedara pulak tumpang tido hotel dan of course, main swimming pool.

Seronok la budak2 ni lepas tau yg dieorg akan ke hotel dan mandi manda. Excited tak terkira sampaikan kejut bangun pagi pun berdesup siap tukar baju.

First stay kami di Hotel Amverton Heritage, awong ada kursus kt sini la. Tapi sayang masa  ni kids pool tutup sebab tengah renovation tukar tiles. Kecewa la kanak2 ni, pool dewasa pulak dalam  bebenor. Kalau tengok gambar, pool dia memang sangat menarik dan besar. Dah macam kids waterpark pula.  Tapi bukan rezeki dieorg. Insya Allah next time kita gi sini lagi lepas hotel dah siap renovate.

Disebabkan takde apa boleh buat sebab xde pool, awong book kan hotel kt bandar pulak. Kononnya bila dah duduk sini mama pon boleh jalan2 ke, senang nak oder makanan ke. Bila sampai, tengok hotel dia ada kids swimming pool juga! Wah terus la kanak2 excited.

Hari ke-2 ni kami check in kt Ibis Hotel. Memang seronok pool dia. Anak2 mcm biasa bangun pagi siap kejut mama. Ontime betul masa dia kan. Masa kt rumah punya payah nak kejut. hihi

Kita share gambar jela ye. Mama pun enjoy bila tengok anak2 gembira. Alhamdulillah. Mama tak berjalan2 kt mana pon. Memang fully stay hotel. Nanti la ada papa kita gi attraction yg ada kt Melaka. 










Be Healthy, Be Happy!

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 Assalamualaikum,


Pernah rasa tak, macam apa yang kita buat ni mungkin tak cukup? Bukan tak cukup dapat harta ke ape ke. Tak cukup dari segi usaha. Macam rasa, tak cukup lagi apa yang aku sumbangkan ni. Apa lagi yang aku boleh buat? Macam mana lagi nak buat supaya rasa macam "haaa, macam ni la rasa berusaha sungguh2". 

Tapi apa definisi berusaha bersungguh2? Adakah sampai tak makan, tak minum, tak cukup tido?

Adakah dengan betul2 burn out baru nampak macam kita dah berusaha bersungguh2?

Adakah dengan tak cukup masa, nampak sibuk ke hulu ke hilir baru nampak macam kita orang yang buat kerja?

Macam mana nak berusaha bersungguh2?

Kadang kan, tengok orang berniaga susah payah tepi jalan, ada orang yang sampai pulun 3-4 kerja sekali jalan, ada yang berpenat lelah sampai angkut anak. Rasa macam eh, selesa betul aku ni? Adakah aku tak cukup berusaha?

Adakah kena penat nak mati baru betul nampak kita orang yang bekerja keras?

Entah kan?

Rasa macam nak bagi lagi, sumbangkan lagi kudrat yang ada. Tapi macam mana lagi?


I am the one who always wondering.



Be Healthy, Be Happy!

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Assalamualaikum

Selamat Hari Raya semua! Semoga raya kali ni disambut dengan penuh kegembiraan bersama ahli keluarga tersayang.

Kenangan raya tahun ni, dah lama kan x redah jem sejak PKP hari tu. Kali ni merasa la semula balik raya dalam jem. Kalau x silap ni pd 19 April, beberapa hari sebelum raya. Kami gerak lepas berbuka puasa. 10pm dah stuck sebelum keluar tol gombak. Stuck kt mrr2 depan Petronas yg ada mekdi dan starbucks tu. Tapi jem kali ni x stress sebab dah lama x merasa jem. haha

Ecah suka jalan malam dan bulan puasa, of course nak gerak malam. Senang nak makan2, nak beli kopi dll. Cuma paling mencabar is nak kena tahan mengantuk la. Walaupun husband yg drive, tapi kite xleh nak berdengkur sangat nanti berjangkit kt dia. hehe

Alhamdulillah kami sampai dengan selamat, dan memang mengantuk kaw2. Pukul 5am tau sampai Pahang, sampai terus sahur jek. Tapi xpela kenangan indah untuk semua.

Minggu ni panjang ke list open house? Ecah belum habis puasa 6 lagi ni, nanti la bila dh habis nak masak menu raya la. Teringin nak buat daging masak lemak cili api makan dengan lemang. Tahun ni x buat pulak, so sempena raya puasa 6 nanti, moh ler kita buat.


Selamat beraya!
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ni dah 14 Ramadhan. Sekejap je kan kite mengharungi bulan puasa, tau2 nanti nak Syawal dah. Semoga baki hari yang ada dapat dimanfaatkan sebaiknya. 

Tahun ni juga ecah berpuasa dengan dengan 2 orang anak yang dah boleh diajar berpuasa. Kakak Rasya dah boleh berpuasa penuh, now giliran Anaqi yang no-2 pulak untuk belajar. Kali ni struggle sikit la mama sebab anak lelaki ni lain macam peel dia kan. hehe

Anaqi punya puasa, pukul 12pm dah azan. Dia dah siap dah nak makan. Kalau tak bagi dia buat muka lembik macam dah kritikal sangat. haha. Tapi disebabkan puasa tu bukan jadi kewajipan dia lagi, jadi mama bagi la dia berbuka. Cukup dia paham erti puasa tu apa. Slow2 cuba. Alang2 dah masuk bulan puasa ni, kami dah mula ajar dia solat. Jadi setiap kali kakak solat dia kena ikut. Mula2 liat la, lama2 dia okay je. Cuma solatnya macam2 ragam. Sabor jela. 

Persiapan raya? Macam biasa sentiasa last minute. Kami jenis x beria bila raya. Baju pun xde nak tempah2. Sempat cari kita cari, x sempat kita recycle. hehe. Yang penting kita balik kampung jumpa keluarga. 

Korang dah rancang ke raya tahun ni? Risau pulak kan sejarah tahun lepas berulang lagi. Kelakar tengok strategi masing2 bagi nak elakkan raya kalut berulang. Semoga lancar urusan kita tahun ni. Amin

Selamat menghabiskan puasa yg berbaki!

Blue Mosque di Katara Cultural Village, Qatar.


Be Healthy, Be Happy

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 Assalamualaikum.

Tiber nak cerita pasal shopping pulak kan. Tapi sebab sis anies ada tanya ecah cantik ke jubah kt Doha tu, jadi ecah share la sikit kt sini gambar yg ada. Tak teringat pulak nak ambik gambar, nasib kawan ada share sekeping dua. haha

Tapi memang cantik, ecah yang tak pakai jubah ni pun tergoda nak beli sehelai. Harga convert Malaysia dgn Qatar. QAR1=MYR1.21 

Jadi tak banyak beza la sangat. So harga jubah yang kami tengok ada yg rm100-rm150. Makin cantik makin mahal la. Tapi yang best nya, dia boleh alter terus kt situ takyah tunggu lama dan alter takyah bayar apa2 kos dah. Beli banyak boleh mintak kurang. Pujuk je mintak kurang beberapa ringgit dia bagi. hehe. Peniaga kt situ banyak orang luar juga. Tapi bagus la mereka ada kedai, bukan jual tepi2 jalan secara haram ke ape tapi ada platform elok yang tersedia. Ecah tanya jugak dia keje situ jeke or ada bos yg memang Qatari, dia kata tu kedai dan bisnes dia. Tapi biasa la foreigner kan, nampak macam ada bisnes sendiri tapi kos disebaliknya lebih tinggi. Gitu la bila mencari rezeki tak kira di mana. Tapi asalkan kita berusaha, Insya-Allah ada bahagian kita. 

Ok sambung. Ecah nak share gambar jubah. hehe

ni tempat souvenir

nampak kan siap ropol2 jubahnya

Haa ni nak share ecah punya jubah pulak. Beli 1 je sebab risau x pakai. Pastu ecah rasa hanya sesuai untuk majlis kenduri yg meriah2 je. Majlis doa selamat ke, nak menziarah org sakit or kematian tak sesuai sebab meriah nau. huhu





Ecah rasmi jubah ni 2 minggu lepas balik dr Qatar. Pakai kt kenduri sambut menantu adik. Ok la tu, nanti buka puasa kt mana2 boleh la pakai lagi. haha. Persoalannya, cantik tak jubah tu? haha

Selamat berpuasa semua!

Be Healthy, Be Happy!

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 Assalamualaikum

Hari ni ecah nak share part of my travel to US last year. Disebabkan perjalanan yang panjang, kami ada transit yang lama di Hamad International Airport (Qatar). Masa perjalanan pergi, transit 8 jam je jadi kami stay dalam airport untuk solat subuh, makan dan lepak2 jela tengok keadaan dalam airport. Kali pertama ke luar negara pulak tu jadi xmau la ke sana sini sangat sebab risau. hehe

Tapi bila flight balik, transit kami 26 jam. Lama sangat2 kan. So tak nak la kami duduk dalam airport selama itu. Bosan pulak nanti plus ada baby dalam group kami ni. Kesian dia xkan nak letak dalam stroller je. Kalau keluar airport dapat la jugak golek2 atas katil.

Jadi plan kami stay di hotel di Qatar. Tapi masa ni, nak keluar dari airport kena ada RTK. Wajib buat dari negara kita berlepas. Kami memikir panjang jugak la sebab gerak dari US, so segala jenis test adalah USD. haha. Tapi akhirnya dapat lab yang buat test virtual. Kita swab depan dia, dan dia akan sahkan result dia kemudian keluarkan report. Alhamdulillah selesai di situ. Isi pulak borang permohonan nak masuk bandar Qatar. Siap upload vaksin semua la dh kt situ. 

Plan kami di Doha ni adalah untuk tengok2 mana yang sempat. Tapi xnak la menonong sangat xtau arah tuju. Jadi kami ambik pakej tour dengan Qatar Airways, iaitu pakej Discover Doha selama 3 jam naik bas. Harga pakej ni QAR90. Dah sampai airport malam dalam pkl 8pm mcm tu. Bila kami nak register tour, dia offer la slot malam 9pm or boleh je nak ambik slot esok pagi. 

Kami ambik slot malam sebab nak jimat bayar hotel. Kalau kami tour pagi, sah2 la kena checkout seawal 7am dan gerak ke airport semula. Padahal check in masuk malam sangat dah. So tak berbaloi kan. Tour malam pun ok rupanya sebab esok pagi masa kami check out around 10am, panas dia Masya Allah sampai rasa susah nak bernafas. Memang x nampak orang di mana2. Kami je yang keluar masa ni. haha


























Sepanjang tour ni sempat la kami melawat Souq Waqif, market dia jual souvenir, baju dan makanan. Mcm uptown kt KL tp lagi tersusun. hehe. Kami sempat makan signature dish masyarakat kt sana sebab tour guide yang suggest, pastu beli la sikit souvenir. Antara tempat yang dia bawa selain Souq Waqif ni Katara Cultural Village, singgah kejap kt Corniche, ada waterfront kat sini tapi malam dah gelap x nampak sangat la.

Lagi menarik masa ni sebab dieorg tengah buat preparation World Cup, so nampak la stadium tengah di bina, bangunan2 pun ada poster pemain bola. Vibes dia sangat best. 

Keesokan hari kami check out hotel awal sebab nak jalan kt Souq Waqif lagi sekali sebelum ke airport, flight kami dalam 8pm mcm tu. So sempat la spend masa kt Souq Waqif tu sampai pukul 2pm. Dan shopping jubah. Cantik betul jubah kt situ siap boleh alter lagi. 
















Dapat la tengok suasana Qatar waktu siang. Nak tengok lama2 tak mampu. Paneh lit lit. haha. Selebihnya masa kami habiskan kt aiport, makan apa yang ditapau dan sejukkan badan. Siap memborong tumbler Starbucks Qatar lagi. Bila jalan2 macam ni nak tumbler yang ada signature nama negara tu. Baru la bermakna kan. Tapi balik rumah guna sungguh2 tau. Jangan buat hiasan, berdosa. hehe.

Pengalaman yang sangat best dan tak dapat dilupakan bila dapat jejak Qatar ni. Tak pernah ada dalam impian dan angan2 pon. Paling jauh teringin nak ke Mekah je untuk Umrah dan Haji. Tak sangka Allah bagi peluang tengok negara lain asbab dengan Young Living ni. Semoga anak2 ecah pun akan dapat peluang macam ni, tengok negara orang, budaya dan tengok kebesaran Allah. Aminnn

Itu sahaja buat masa ni, doakan ecah dapat travel banyak tempat lagi ye, nak bawak abg gambo pulak pasni! hehe

Be Happy Be Healthy!

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Newer Posts
Older Posts

About me


Aisyah Adnan. A mom and an oiler. Young Living Essential Oils Independent Distributor. Find me at IG: aishareoils

Readers are Leaders!

Sponsor

Blog Archive

  • ▼  2023 (24)
    • ▼  November 2023 (1)
      • Gelang Kristal Kanak-Kanak
    • ►  October 2023 (2)
      • Baju Dah Sendat!
      • Young Living: Cool Azul Cream tu apa?
    • ►  August 2023 (2)
      • Promo Merdeka!
      • Senang Ke Buat Shopee Affliate?
    • ►  July 2023 (2)
      • Review Menstrual Cup
      • Macam Mana Nak Tahu Jika Anak Perlukan Cermin Mata?
    • ►  June 2023 (2)
      • WHAT FUTURE HOLDS?
      • Pengalaman Terminate Maxis Postpaid
    • ►  May 2023 (3)
      • FUN ADHOC RETREAT TO MALACCA
      • Have I Done Enough?
      • Salam Syawal 1444
    • ►  April 2023 (2)
      • Ramadhan 1444
      • Shopping Jubah Cantik Di Souq Waqif, Doha
    • ►  March 2023 (3)
      • Discover Doha
    • ►  February 2023 (7)
  • ►  2021 (4)
    • ►  May 2021 (1)
    • ►  April 2021 (1)
    • ►  March 2021 (1)
    • ►  February 2021 (1)
  • ►  2018 (5)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  March 2018 (4)
  • ►  2017 (13)
    • ►  October 2017 (1)
    • ►  July 2017 (1)
    • ►  May 2017 (2)
    • ►  March 2017 (2)
    • ►  February 2017 (4)
    • ►  January 2017 (3)
  • ►  2016 (5)
    • ►  December 2016 (2)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  October 2016 (1)
  • ►  2014 (58)
    • ►  December 2014 (1)
    • ►  November 2014 (1)
    • ►  October 2014 (6)
    • ►  September 2014 (7)
    • ►  August 2014 (7)
    • ►  July 2014 (1)
    • ►  June 2014 (3)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  April 2014 (1)
    • ►  March 2014 (16)
    • ►  February 2014 (9)
    • ►  January 2014 (5)
  • ►  2013 (127)
    • ►  December 2013 (13)
    • ►  November 2013 (23)
    • ►  October 2013 (11)
    • ►  September 2013 (9)
    • ►  August 2013 (7)
    • ►  July 2013 (1)
    • ►  June 2013 (16)
    • ►  May 2013 (14)
    • ►  April 2013 (11)
    • ►  March 2013 (10)
    • ►  February 2013 (7)
    • ►  January 2013 (5)
  • ►  2012 (123)
    • ►  December 2012 (2)
    • ►  November 2012 (5)
    • ►  October 2012 (12)
    • ►  September 2012 (2)
    • ►  August 2012 (4)
    • ►  July 2012 (11)
    • ►  June 2012 (25)
    • ►  May 2012 (16)
    • ►  April 2012 (12)
    • ►  March 2012 (15)
    • ►  February 2012 (12)
    • ►  January 2012 (7)
  • ►  2011 (136)
    • ►  December 2011 (7)
    • ►  November 2011 (19)
    • ►  October 2011 (21)
    • ►  September 2011 (9)
    • ►  August 2011 (26)
    • ►  July 2011 (25)
    • ►  June 2011 (16)
    • ►  May 2011 (9)
    • ►  April 2011 (4)

Keeping Up with The Bloggers

  • Aku Sis Lin
    TORAMARU WAGYU YAKINIKU - PENGALAMAN MAKAN GRILL PREMIUM DI TENGAH BANDAR JB!
  • Anies♥You
    #SoloTravel #Bangkok - singgah Hard Rock Cafe dan Gaysorn Village
  • BEN ASHAARI
    Makan telur pun diorang jadikan isu panas !
  • Dunia Blog IQ
    Kasut Jazz Pallas Sentiasa Menjadi Pilihan Anak Untuk Ke Sekolah!
  • MRHANAFI
    Baru faham bagaimana rasanya malas
  • MENJARING IMPIAN
    Lokasi Menarik untuk Percutian ke Taiwan
  • ♥♥Puan mah♥♥
    MUSIBAH...
Show 5 Show All

Created with by ThemeXpose