Review Menstrual Cup
Assalamualaikum
Kali ni ecah nak cerita pasal produk penjagaan kesihatan wanita. Haaa, mana yang tak berkaitan sila skip. Tapi bagi yang dah berkahwin (lelaki) kena baca demi isteri kesayangan anda! Gituu
Okay sebenarnya dah lebih 6 bulan ecah cuba menstrual cup ni. Tak sangka la berubah sepenuhnya pengalaman period ecah selama berpuluh-puluh tahun. Sangat berbeza dan menyenangkan betul! Bukan propa ye, ini pengalaman betul2.
Okay pengalaman ecah selama period dulu2, setiap kali period datang rasa tak selesa nak handle, geli pon ya dan sentiasa la risau2. Isu yang kita hadapi biasanya bocor, gatal2 dan ruam dan bermacam jenis lagi la ketidakselesaan yang berlaku. Sampaikan pad kt pasaran pun dah macam2 jenis keluar. Yang bersayap, tak sayap, nipis tebal semua ada. Tinggal belum terbang je pad tu even dah bersayap pon. hehe. Ini baru kesukaran nak dapatkan period yang selesa, belum lagi nak melayan PMS, senguggut dan macam2 lagi dugaan hormon. So nampak tak betapa 7 hari cycle tu sangat merimaskan?
Jadi tahun lepas lepas ecah nampak menstrual cup ni muncul kat Malaysia ni ecah macam tertarik, tapi was2. Macam mana nak masukkan? Betul ke senang? Macam mana dia tampung darah, tak tumpah ke masa baring? Percaya lah ecah jugak yang datang dengan pelbagai jenis persoalan dan pemikiran skeptikal. Sudahnya tak beli! haha
Tapi bila ecah dapat jumpa booth orang yang jual ni depan2 dalam satu event minyak ecah join ( I am Young Living brand Partner), so ecah ajak kawan beli sama2. So ada la geng nak merentan kalau susah ke ape kan. hehe
First month cuba, Masya Allah. Mudah nya mende ni, kenapa tak cuba dari awal. haha. Tido la kuak lentang ke ape, sikit pun tak risau. Kagum okay. Tak tau nak cakap betapa mudah dan bersihnya period yang ecah lalui lepas kenal menstrual cup ni.
Oh ya, menstrual cup ni dari company Malaysia, SUCI CUP namanya. Apa yang best, ecah dapat join support group dieorang utk belajar troubleshoot. Ada je yang masih kekok pakai, so ada la kawan2 yang ajar tips and tricks.
Lagi best, korang boleh gunakan Suci Cup ni sampai 10 tahun tau! Bayangkan berapa ribu pad kita dapat jimat? Earth-Friendly!
Ecah dah cerita pengalaman ecah, korang boleh nilai sendiri dan baca sendiri kt link Suci Cup ni ye. Dari A-Z dia cerita. STUDY SINI PASAL SUCI CUP
Ecah harap dapat inspire ramai lagi wanita kt luar sana untuk merasai pengalaman period yang memudahkan dan bersih. Insya Allah. Nak tanya apa2 komen je ecah cuba jawab ikut pengalaman dan pengetahuan ecah okay.
Be Healthy, Be Happy!
6 comments
menarik ni! cuma nak tahu macam mana nak pakai?
ReplyDeleteTutorial dia ada kt link suci cup tu. kt situ segala Q& A terjawab. hehe.
Deleteharga mesra poket tak ecah?
ReplyDeleteHarga dia of coz lg mahal dari beli sebungkus pad sebulan. Tapi sekali beli x perlu beli pad selama 10 tahun, Insya Allah. hehe. Harga dlm rm100 depend pd set mana kita nak ambik tu. Dlm link tu ada ajar sizing, dan cara pilih yg mana sesuai. Ada 2 jenis saiz je.
ReplyDeleteboleh tahan je... kalau jumpa nnt nak try laa... mana tahu kan... serasi..
Deleteboleh je try any brand asalkan menstrual cup yg silicone dan grade nya ok. Skrg ni kt farmasi pon ada siap dia letak sample kt depan so blh la picit2 test kelembutan silicone nya. hehe
Delete