Have I Done Enough?

by - Friday, May 12, 2023

 Assalamualaikum,


Pernah rasa tak, macam apa yang kita buat ni mungkin tak cukup? Bukan tak cukup dapat harta ke ape ke. Tak cukup dari segi usaha. Macam rasa, tak cukup lagi apa yang aku sumbangkan ni. Apa lagi yang aku boleh buat? Macam mana lagi nak buat supaya rasa macam "haaa, macam ni la rasa berusaha sungguh2". 

Tapi apa definisi berusaha bersungguh2? Adakah sampai tak makan, tak minum, tak cukup tido?

Adakah dengan betul2 burn out baru nampak macam kita dah berusaha bersungguh2?

Adakah dengan tak cukup masa, nampak sibuk ke hulu ke hilir baru nampak macam kita orang yang buat kerja?

Macam mana nak berusaha bersungguh2?

Kadang kan, tengok orang berniaga susah payah tepi jalan, ada orang yang sampai pulun 3-4 kerja sekali jalan, ada yang berpenat lelah sampai angkut anak. Rasa macam eh, selesa betul aku ni? Adakah aku tak cukup berusaha?

Adakah kena penat nak mati baru betul nampak kita orang yang bekerja keras?

Entah kan?

Rasa macam nak bagi lagi, sumbangkan lagi kudrat yang ada. Tapi macam mana lagi?


I am the one who always wondering.



Be Healthy, Be Happy!

You May Also Like

2 comments

  1. selalu rs mcm tu bla berkait soal kerja.. kdg letih dok fikir... smpi 1 tahap rs... biar je laaa

    ReplyDelete
  2. Untuk atasi perkara seumpamanya buat sesuatu kerana Allah Taala. Dengan cara ini kita akan bersungguih-sungguh dan sedaya upaya yang ada. Kalau tidak berjaya seperti yang kita nak...bersyukur saja kerana kita sudah buat yang terbaik.

    ReplyDelete