Discover Doha

by - Thursday, March 30, 2023

 Assalamualaikum

Hari ni ecah nak share part of my travel to US last year. Disebabkan perjalanan yang panjang, kami ada transit yang lama di Hamad International Airport (Qatar). Masa perjalanan pergi, transit 8 jam je jadi kami stay dalam airport untuk solat subuh, makan dan lepak2 jela tengok keadaan dalam airport. Kali pertama ke luar negara pulak tu jadi xmau la ke sana sini sangat sebab risau. hehe

Tapi bila flight balik, transit kami 26 jam. Lama sangat2 kan. So tak nak la kami duduk dalam airport selama itu. Bosan pulak nanti plus ada baby dalam group kami ni. Kesian dia xkan nak letak dalam stroller je. Kalau keluar airport dapat la jugak golek2 atas katil.

Jadi plan kami stay di hotel di Qatar. Tapi masa ni, nak keluar dari airport kena ada RTK. Wajib buat dari negara kita berlepas. Kami memikir panjang jugak la sebab gerak dari US, so segala jenis test adalah USD. haha. Tapi akhirnya dapat lab yang buat test virtual. Kita swab depan dia, dan dia akan sahkan result dia kemudian keluarkan report. Alhamdulillah selesai di situ. Isi pulak borang permohonan nak masuk bandar Qatar. Siap upload vaksin semua la dh kt situ. 

Plan kami di Doha ni adalah untuk tengok2 mana yang sempat. Tapi xnak la menonong sangat xtau arah tuju. Jadi kami ambik pakej tour dengan Qatar Airways, iaitu pakej Discover Doha selama 3 jam naik bas. Harga pakej ni QAR90. Dah sampai airport malam dalam pkl 8pm mcm tu. Bila kami nak register tour, dia offer la slot malam 9pm or boleh je nak ambik slot esok pagi. 

Kami ambik slot malam sebab nak jimat bayar hotel. Kalau kami tour pagi, sah2 la kena checkout seawal 7am dan gerak ke airport semula. Padahal check in masuk malam sangat dah. So tak berbaloi kan. Tour malam pun ok rupanya sebab esok pagi masa kami check out around 10am, panas dia Masya Allah sampai rasa susah nak bernafas. Memang x nampak orang di mana2. Kami je yang keluar masa ni. haha


























Sepanjang tour ni sempat la kami melawat Souq Waqif, market dia jual souvenir, baju dan makanan. Mcm uptown kt KL tp lagi tersusun. hehe. Kami sempat makan signature dish masyarakat kt sana sebab tour guide yang suggest, pastu beli la sikit souvenir. Antara tempat yang dia bawa selain Souq Waqif ni Katara Cultural Village, singgah kejap kt Corniche, ada waterfront kat sini tapi malam dah gelap x nampak sangat la.

Lagi menarik masa ni sebab dieorg tengah buat preparation World Cup, so nampak la stadium tengah di bina, bangunan2 pun ada poster pemain bola. Vibes dia sangat best. 

Keesokan hari kami check out hotel awal sebab nak jalan kt Souq Waqif lagi sekali sebelum ke airport, flight kami dalam 8pm mcm tu. So sempat la spend masa kt Souq Waqif tu sampai pukul 2pm. Dan shopping jubah. Cantik betul jubah kt situ siap boleh alter lagi. 
















Dapat la tengok suasana Qatar waktu siang. Nak tengok lama2 tak mampu. Paneh lit lit. haha. Selebihnya masa kami habiskan kt aiport, makan apa yang ditapau dan sejukkan badan. Siap memborong tumbler Starbucks Qatar lagi. Bila jalan2 macam ni nak tumbler yang ada signature nama negara tu. Baru la bermakna kan. Tapi balik rumah guna sungguh2 tau. Jangan buat hiasan, berdosa. hehe.

Pengalaman yang sangat best dan tak dapat dilupakan bila dapat jejak Qatar ni. Tak pernah ada dalam impian dan angan2 pon. Paling jauh teringin nak ke Mekah je untuk Umrah dan Haji. Tak sangka Allah bagi peluang tengok negara lain asbab dengan Young Living ni. Semoga anak2 ecah pun akan dapat peluang macam ni, tengok negara orang, budaya dan tengok kebesaran Allah. Aminnn

Itu sahaja buat masa ni, doakan ecah dapat travel banyak tempat lagi ye, nak bawak abg gambo pulak pasni! hehe

Be Happy Be Healthy!

You May Also Like

3 comments

  1. wahhh best bestttt👍👍👍 nak tgk ecah jubah sana? slalu tgk yg dubai je. btw ms ni ecah pegi sbelum world cup eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik2. Seriuuuss. Harga rm150 pon dh cantik sgt. Siap alter xde cas dh. Ecah pergi ni bln 10, lagi sebulan dua sebelum world cup. Nanti ecah share kt post gambar iols posing dgn jubah cantik. haha. Selamat berpuasa juga! Semoga diberikan pahala berganda utk setiap amalan di bulan berkat ni. Aminnn

      Delete