Daily Life: Pencapaian

by - Friday, November 11, 2016

Assalamualaikum

Apa point post kali ni pon xtau, masih cuba mencari feel blogging sebenarnya. Tapi keinginan dihati memang nak blogging sokmo. Hehe. 

Sebenarnya bila dah jadi surirumah ni hari-hari rutin dia sama jek. Siap boleh adjust lagi nak setel kerja bila, mana nak dahulukan, mana nak dikemudiankan. Tapi nak tanya la surirumah2 lain, penah tak rasa cam "alaaaa, malasnya nak masak hari ni". Rasa nak baring jek, masak xde mood, tapi makan ade mood pulak. Tapi xde sape nak masak. haha

Kadang-kadang ada jugak rasa macam tu. Tengah basuh beras dok terfikir, Hmmm..masak nasik lagi. Bosannya masak. Terasa macam nak buat kerja lain. huhu. Itu yg balik blogging ni. Rasa cam taip kerja kt workdesk je kan. Hihi

Nak kerja, nak ada kerjaya. Tapi nak flexible time. Boleh tak? Sebab nak jaga anak sendiri, nak tengok anak depan mata. Tapi passion utk berkerjaya masih membara. Dah abis belajar, nak belajar lagi. Rasa macam nak mengajar la pulak. Tapiiiiiii, bila ingat anak terbantut pulak perasaan tu. Nanti anak dah besar baru nak kerja ada orang nak ambik lagi tak? Masa tu umur 40an. Hihi

Dan sometimes, terfikir apa pencapaian aku setakat hari ni. Tapi tu la, sebenarnya kita kena bersyukur dengan apa yg kita ada. Dalam rasa penat dan bosan dengan aktiviti seharian yg macam ni, ada ramai lagi orang kt luar yg nak jadi seperti kita. Nak duduk rumah macam kita, jaga anak2 macam kita. So, kena bersyukur la sebab kita diberi peluang utk jadi macam ni. Stay at home mom. 

But still, dalam menjadi Stay At Home Mom ni, nak jugak generate income kan. So, nak buat apa ni?hehe

Be Healthy, Be Happy
Aisyah Adnan



You May Also Like

1 comments

  1. Ecahhh i feel u rasa mood malas tu dtg hahahha. Kita lagi teruk takde biz apa. Layan je anak2 hahaha tak reti nak berbiz sambil jaga anak. Tak terlayan rasanya hahaha blog pun terabai. Kesian. Hahahaha tua2 esok taktau la laku lagi ke nak kerja hehhe kecuali jadi cikgu ke ustazah ke...

    ReplyDelete