24 December 2016

Motherhood: Anak Berkahak, Apa Nak Buat?

Assalamualaikum

Bila dah jadi mak2 ni, bukan kesihatan diri sendiri je nak kena cakna. Kesihatan suami kita jaga, kesihatan anak2 pon kita jaga. Lagi2 bab anak la. Ni datang pulak musim demam, selesema dan batuk. Dah kalah doktor persiapan mak nak merawat anak. Matlamat utama, nak anak sihat cepat dan janganlah sampai nak kena admit hospital. Sekian hal pulak nak kena berkampung. Kalau anak sorang boleh la hadap dia je, admit pon macam check in hotel. Kalau anak dah 2,3,4? Duduk kt hospital dah macam ayam nak bertelur sebab risau ke anak2 lain. Huhu

Kalau dulu, asal anak sakit je angkut terus gi klinik. Berdesup x fikir apa. Lagi2 sebab xyah bayar (at the moment la) sebab pakai GL abg gambo. Risau sangat kononnya. Masa Rasya la pantang x sihat terus pecut klinik. Tapi Anaqi ni mak maintain sket. Tengok dulu simptom teruk ke, idok ke. Bukan sebab x sayang, tapi sebab lebih berilmu dan berpengalaman. Hehehe

Tapi lepas menceburi bidang minyak ni, mak lagi bertenang. Anak sakit cuba dulu ikhtiar dengan essential oils. Sapu mana2 EO yang berkenaan utk tackle batuk ke, selesema ke, or demam ke. Pastu pantau la perubahan anak. Kalau makin okey, teruskan jela rawat sendiri, kalau dalam sehari tu tengok makin panas, makin teruk sakit even dah cuba macam2 consistently, bawak la gi klinik. 

So, apa ecah guna kalau anak2 x sihat? Dalam kes selesema, batuk dan berkahak ecah suka pakai EO RC dan Breathe Again. Dapat pon masa register jadi ahli, so alang2 menda dah ada, cuba guna jelakan. Bukan anak2 je boleh pakai, mak bapak pon join sama. Asal batuk je calit, selesema je calit. Setel. Ingat, kalau x setel sila jumpa doktor. 


Haa, ni la mendanye..Alhamdulillah so far ecah guna essential oils ni hasilnya baik2 aje. Anaqi buang poo2 pon nampak keluar sekali lendir kahak, kalau malam batuk koh koh tu sapu Breathe Again lega sikit, kalau x siksa nak dengar dia batuk. Kesian dia. 

Sambil ecah cerita pasal anak ni sambil nak bagitau la yg ecah skang pon dh jd Independet Distributor Young Living yg jual essential oils dan segala mak nenek yg sama waktu dengannya. hehe. So kalau korang berminat, boleh PM ecah ye. Nanti dalam post2 lain ecah cerita la pasal EO, Diffuser dan segala produk yg berkaitan utk kesihatan keluarga kita. (^_^)

Be Healthy, Be Happy!
Aisyah Adnan
019-9256626

21 December 2016

Temuduga Pegawai Psikologi S41 (2016)

Assalamualaikum

Seminggu yang lepas ecah duduk kat kampung, bawak anak-anak tinggal dengan tokma dan mak sedara dieorg. Dah lama sangat tak balik, so abg gambo bagi kebenaran stay kat kampung lama sikit tanpa dia. Al-kisahnya ada la satu hari ni dapat email dari SPA. Rupanya ada interview untuk jawatan seperti yang di atas. Berdebar iols sebab dah lama tak gi interview. Pulak tu sekarang takde exam tapisan dah ye. Tapi bagi ecah mudah sikit la kot, iols selalu kantoi bab tu sebab bahagian Math tu alahai pening.

So, semalam (20/12/2016) tiba lah giliran ecah utk ditemuduga. Risik2 dengan kengkawan dan website SPA, temuduga ni ambil masa dari 14 Dec-29 Dec dengan calon 484 orang, 5 yang akan dipilih, 30 calon simpanan. Omakaih ramai bebeno ni. hahaha. Tapi ecah x pasti la kesahihan info tu. Yang pasti tarikh interview tu memang ada kt website SPA.

So back to the point, pepagi kejut anak2 bangun, bawak mandi, layan ragam sorang2 yang bukan jenis bangun pagi, pastu 7:30am berjaya la sampai ke SPA Putrajaya. Beli breakfast dulu, pukul 8am baru dapat naik Blok C Aras 6. Bagi dokumen utk staff yg sambut tu semak dan kemudian dapat no giliran. Ecah perasan sesi pagi tu ada 14 orang calon yang akan ditemuduga.

Giliran ecah yg ke-5, ada la dalam 1 jam 30 minit menunggu, baru la sampai giliran. Dari luar boleh dengar sayup2 je, ade yg jawab kuat2, ade yg seronok siap bergelak ketawa, ada yg lama gila sesi dia. Debar sungguh menunggu.

Ok sampai turn saye, bagi fail, panel tanya kenal x siapa dieorang (panel kata: biasa calon2 ni dia buat homework dulu kan siapa yang nak iv dieorg utk impress panel tu). Tapi ecah krik krik krik. Maaf tuan saya tak kenal. Pastu masa sesi baru la recall muka panel sebab ecah dah tgok dalam internet sebenarnya. huhuhu. Cuma masa tu nervous, memang takleh nak sebut nama dieorg. So ni antara beberapa soalan yang ditanya


-Apa beza course yg belajar masa sarjana muda dengan sarjana.
-Apa itu stress, macam mana nak kenal stress, kalau buat kursus pasal stress 3 hari apa modul nak pakai, inventori tentang stress
-Pengalaman kerja lama, pengalaman program ecah buat kat penjara dulu (dia tengok sijil)

Pot pet pot pet, dah habis sesi saya. Sekejap je dalam 20 minit. Calon sebelum tu punya la lama sesi dia. So iols rasa cam sob sob la jugak. hahaha. Tapi mungkin sebab dia rasa dah banyak dah dia tanya ecah, pusing2 pon pasal stress je. Dan ecah rasa puas hati sebab dah dapat berikan yang terbaik.

So pada sesiapa yang bakal gi iv ni, GOOD LUCK! Enjoy sahaja sesi anda tu, banyakkan selawat dan bertenang. Kalau dah rezeki, 1000 calon pon jawatan tu tetap milik kita kan. Doa banyak2. 

Oh ya,ecah nak add sikit, nanti masa daftar kat kaunter masa mula2 sampai tu rajin2 la tanya staff yg bertugas kt situ panel hari tu siapa, so nanti sementara menunggu boleh juga google2 pasal panel. Ecah x terfikir nak tanya masa tu. huhu. So korang jadikan pengajaran ok. (^_^)

Be Healthy, Be Happy!
Aisyah Adnan

© Aisyah Adnan 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis